Selasa, 10 September 2024

Monolog 2024 : Pasca Tawakkal

Hidup penuh dengan kejutan.

Boom!

Ya betul.

Begitu mengejutkan.

Siapa sangka hidup aku akan berubah sebegini rupa.

Ar-Ra'd 13: 11

Aku nekad setelah memberi peluang dan waktu buat diri sendiri.

Tak sangka aku boleh seberani ini dan sekuat ini.

Dalam kepayahan,berlegar-legar ketakutan demi ketakutan akan masa hadapan diselang-seli dengan kesakitan memberi sepenuh perhatian pada kerja yang diminati.Namun akhirnya tersungkur oleh erti keikhlasan dan ganjaran yang ditawarkan.

Ahh!

Apakah sebenarnya yang aku kerjakan selama ini? Menjadi hamba pada dunia namun terperangkap pada kasta yang terendah kerana kesungguhan dan ketekunan pada kerja yang diminati? Seperti apakah hidup aku ini?Aku cuba bermuhasabah diri.Perlahan-lahan menerima kenyataan yang pahit.Aku dalam fasa yang sepatutnya sudah boleh bertenang dan redha menjalani kehidupan tanpa perlu pusing memikirkan perkara berkaitan duniawi lagi.

Namun bukan semudah itu pusingan kehidupan ini.Tak mungkin aku akan redha begitu saja dengan perlakuan memanipulasi kudrat seorang hamba yang sepertinya patuh saja tanpa bantahan.Pada akhirnya tiada lagi keikhlasan,yang ada hanyalah jasad yang perlu meneruskan kehidupan tanpa harapan.

Aku nekad demi menghidupkan semula jiwa yang hampir mati di situ.Ku tawakkal mencari ruang baru untuk bernafas semula.Tak tersangka rupanya dunia ini lebih luas daripada apa yang kita bayangkan.Bukan hanya dalam minda semata-mata.Jika hilang satu peluang,akan ada peluang lain yang muncul.Jika hilang satu pekerjaan,akan muncul berjuta pekerjaan yang lain.

Baru aku nampak hikmahnya setelah nekad mengangkat kaki pergi jauh dari situ.Yang ditakuti hanya berlegar-legar dalam minda namun bukan itulah kenyataannya.Bangun dan terus bertindak.Maka itulah realitinya.Berani hadapi dan ketepikan rasa gentar maka anda akan merasai sesuatu yang baru dan luar dari kebiasaan.Paling utama : Tawakkal ! itulah penguatnya.