Rabu, 29 Julai 2020

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 disabitkan hukuman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020

Tercatat dalam sejarah Malaysia,

Buat pertama kali seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas 7 pertuduhan membabitkan kes SRC International.Mengikut sumber berita negara,hukuman dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri ke-6 yang juga ahli Parlimen Pekan,Pahang sebanyak 12 tahun penjara dan didenda sebanyak Rm210 juta.

Jika bayaran tidak dapat dilangsaikan maka hukuman penjara boleh ditambah 5 tahun lagi.Dalam proses ke mahkamah rayuan,beliau diikat jamin sebanyak Rm1 juta dengan dua penjamin.Beliau boleh menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen seperti biasa dan belum hilang kelayakan selagi mana belum menjalankan hukuman.Keputusan akan ditentukan di Mahkamah Rayuan.

Berita ini tentu memberi impak yang amat besar kepada rakyat Malaysia amnya.Terutama kepada sekalian ahli parti politik Melayu terbesar di Malaysia dan para penyokong beliau.Bangkitlah kembali dan teruskan jalan demi agama,bangsa dan negara jika benar jalan perjuangannya.Kesilapan hanya boleh diperbaiki dengan muhasabah diri,insafi kekhilafan dan rombak kembali kepimpinan dengan nafas baru.

Semenjak sekian lama,dunia politik acapkali dikotorkan dengan mainan duit,harta,pangkat dan kuasa.Bolehkah keadaan ini berubah? Dalam kerangka pandangan orang politik yang tidak kukuh pegangan dan halatuju,mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibanteras kecuali menukar fikrah dan sudut pandangan daripada belenggu dunia semata-semata ke arah pengabdian dunia menuju jalan ke akhirat.

"Tanpa belas,ketamakan akan menjerumuskan insan ke arah kebinasaan"

Baik kawan mahupun lawan,baik kerajaan mahupun pembangkang,tiada yang kekal di antara keduanya.Pergolakan di antara kebenaran dan kebatilan sentiasa berterusan.Yang pasti salah satu akan menguasai negara.Hanya kita yang menentukan menggunakan akal yang diberi tuhan.Siapakah yang lebih kurang mudaratnya.

Asalkan ia memberi manfaat dan tak kejam terhadap sesuatu pihak,pasti sokongan akan diberi tanpa dinanti.Kita yang memerhati dan selalu dikejutkan dengan berita-berita yang menyesakkan,terkadang tak mahu lagi ambil peduli dan cakna dengan isu semasa dan politik negara.

Namun ini negara kita,

Jangan biarkan ia di tangan yang menghancurkan perpaduan mahupun kesimbangan dalam keharmonian negara.Bangkitlah wahai anak muda,sedarlah ayahanda dan ibunda! Ini negara kita,berbilang kaum dan pelbagai agama dan bangsa kita di bawah langit yang sama.

Sayangi Malaysiaku!

                                             Google Image

Rumah kita bersama,jangan biarkan sesiapa menggugat keharmoniannya! Hatta ahli politik sekalipun! Undi kita tanggungjawab kita bersama membina negara yang selamat untuk hidup dalamnya!

Moga kita tak tersalah pilih.

Yakin pasti ada yang terbaik di antara mereka walau tak sempurna mana.

Kerana kita,manusia biasa.

Namun bukan alasan untuk berbuat durjana.

Selasa, 14 Julai 2020

Perempuan Umpama Kain Buruk Selepas Berkahwin

Dari kejauhan kelihatan seseorang menghampiri meja kami.

"Ohh..akak HijauTwo..janganlah duduk sini..namun.."

Akak HijauTwo mengambil tempat di kerusi yang kosong di sebelah aku.Suasana yang agak sunyi bertambah hening dengan kehadiran beliau.Tak sampai beberapa saat,dua tiga orang akak Hijau yang lain datang bertanyakan sesuatu pada akak HijauTwo secara serentak.

Suasana bertukar hingar-bingar.

Beliau kelihatan agak kusut.Manakan tidak,dua tiga orang datang serentak bertanyakan itu ini membuatkan akak HijauTwo mengomel-ngomel.Lalu menyampaikan luahannya pada kami yang sedang ralit membuat kerja.

"Budak-budak sekarang manja tak boleh kena marah dah nak buat muka"

"Akak dulu susah tau..mula-mula buat kerja nie tak senang macam korang sekarang ni"

"Akak dulu memang daripada keluarga yang susah memang matlamat nak tolong mak ayah,tak tahulah matlamat korang apa dia untuk kerja ni.."

"Akak dulu memang kalau boleh nak duduk rumah jaga anak tapi sebab suami akak kurang kemampuan akak terpaksa kerja.Bukan jodoh akak dengan pakwe lama dulu.Dia orang senang.Tapi tak apalah mungkin ada hikmahnya kehidupan ini."

                                           Google Image

Kita ni bila dah kahwin umpama kain buruk.Kalau tak kerja,kita tak ada apa-apa.Kalau suami sakit atau berlaku apa-apa yang tak diingini kita hilang arah.Jadi perempuan kena kerja sebagai back up suami dan keluarga untuk suatu hari yang tak pasti.

Kata-kata beliau buatkan aku tak semena-mena termenung jauh.Merenung jauh menembusi dimensi.Cita-cita dan impian untuk seronok dan bahagia dalam rumahtangga sirna seketika.Lebih banyak mehnah dan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan.

Teringat aku akan peribahasa melayu,

"Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai"

Perkongsiannya buatkan aku lebih memikirkan.

Aku gerun.

Namun iman mengatakan,tak perlu takut untuk membina sebuah mahligai cinta jika benar niat asalnya.Hanya kerana Yang Satu.Berjanji Ingin bersama-sama tabah mengharungi ujian mengikut landasanNya demi bahagia yang diimpi iaitu keredhaan ilahi lalu hidup di Syurga Nan Abadi.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

At-Tawbah:71

Di sana nanti.

Pasti takkan sia-sia jerih perihmu di bumi.


Rabu, 1 Julai 2020

Julai 2020,Sekelip Mata.Sekolah,IPT Bakal Dibuka Semula

Julai 2020,

Siapa sangka kita dah masuk Julai 2020.Sudah hampir ke penghujung.Mengapa 2020 berlalu begitu laju sedangkan kita idamkan untuk menikmati hidup yang sudah sedang pada tahun ini? Mungkin kerana banyak bencana yang melanda lebih daripada kebahagiaan.

Pandemik Covid.

Melajukan waktu 2020.Membuatkan seluruh dunia dalam ketakutan.Sampai sekarang masih tiada vaksin untuk itu.Dunia sedang berusaha mencari penawarnya.Benarlah,kita berada di atas bumi yang sama.Tiada yang terkecuali merasainya.Tidak boleh lari ke mana-mana.Mujurlah ia kini berlalu pergi perlahan-lahan meninggalkan Malaysia dan seantero dunia.

Pada yang belum tahu,

                         Sumber Berita Sinar

Sekolah bakal dibuka bermula 15 Julai 2020.Manakala buat sekolah rendah daripada darjah 1 sehingga darjah 4 bermula 22 Julai 2020.Pelajar IPT pula dah boleh bersiap sedia kerana ia masih dalam perbincangan bila akan dibuka.Takut nanti terlupa nak balik rumah sewa atau hostel sebab dah selesa duduk rumah.

"Jihad menuntut ilmu jangan dilengah!"

Belajarlah rajin-rajin semoga bila dah grad kelak membawa manfaat ilmu buat ummah.Menyebarkan ilmu Allah yang luasnya lebih daripada hamparan bumi.Ilmu yang membawa kita lebih dekat kepadaNya.

Selamat Maju Jaya buat yang bergelar pelajar!

You Can Do it!

KeranaNya kau bersungguh-sungguh kan berkat ilmu yang dicurah.Kan mencurah rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."

(Al-Ĥaj:54 )