Ahad, 18 Disember 2022

"Kami Bukan Orang Baik-Baik"

Aku terdiam.

"Kalau dengar apa-apa yang pelik minta maaflah..kami bukan orang baik-baik"

Tak mampu berkata apa-apa.

Macam-macam perkara yang menerjah ke dalam fikiran.Kenapa dia berkata begitu?Sepertinya dia sedar yang dia bukan orang yang baik tapi tetap mahu dalam keadaan begitu.Bicaranya seolah-olah bangga menjadi dirinya dalam keadaan begitu.

Aku tak mampu berbahas apa-apa kerana tidak dapat meneka apa yang ada di benaknya.Pelbagai persoalan menerjah di fikiran namun tak diutarakan kerana bimbang dia akan melenting.Egonya bukan boleh dibuat main.

Aku pasrahkan saja kata-katanya.Hendak berhujah jauh sekali.Masih belajar melihat karakter manusia yang pelbagai.Jangan sesekali menghukum mereka jika kita tidak kenal asal usulnya.Cara setiap kita dibangunkan berbeza.Latar belakang keluarga dan pendidikan tidak juga kurang jurangnya.

Namun ibrah yang ku perhati,

Kuat atau goyahnya agama(lahiriah)seseorang bukan kayu ukur mereka berbuat baik sesama manusia.Itu hanyalah penanda aras asas ketaatan kepada tuhan.Namun yang menyatukan kita adalah sifat belas ihsan dan kasih sayang sesama insan.

Mereka merasakan mereka bukan orang baik-baik kerana tidak taat perintah tuhan namun pada pandangan dunia mereka baik kerana ada belas ihsan sesama manusia.Hanya tidak menjadikan agama sebagai tunjang utama kehidupan.

Sesuatu perlu dilakukan.


Sabtu, 2 April 2022

2022 : Akhirnya tewas dengan Covid-19

Dalam tempoh kuarantin,

Tak tahu nak buat apa,tiba-tiba teringat ada blog.Maafkan saya kerana sibuk meneruskan kehidupan sehingga terabai blog.Sekarang adalah hari ke-4 saya menjalankan kuarantin di rumah.Tiada langsung gejala yang dialami kecuali bosan dan sepi sendiri.Tiberr.

Malam ini kita bakal memasuki bulan ramadhan 1443H yang mulia.Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghadapi bulan yang mulia ini.Semoga disempatkan juga puasa hari pertama esok.Semoga kita tak lupa,kita hamba Allah sepanjang tahun dan seumur hidup kita di dunia ini sehingga abadi.

Bulan ramadhan dihadiahkan buat kita bagi membersihkan kembali hati dan nurani yang penuh noda dan dosa.Terpaut pada dunia yang sementara.Sangat sibuk akan urusan dunia sehingga lupa menambah amal buat diri menuju syurga.Masa untuk muhasabah diri.Boleh dah kita perlahankan langkah mengejar dunia pada bulan ramadhan ini.

Kejar dunia takkan berkesudahan,letakkan ia hanya di tangan bukannya di hati.Kejar jodoh apatah lagi.Ehhh..tiberr.Serahkan segalanya pada Allah.InsyaAllah Allah takkan sia-siakan kita,hanya kita yang selalu melupakan Dia.Allahu.

Moga kita dapat berjumpa malam yang dinanti.Beramal sungguh-sungguh demi menggapai redhaNya.Kejar redha Allah,jangan kejar redha manusia.Biarpun manusia tak hargai kita,sentiasa ingat Allah sentiasa melihat dan mengawasi.Semoga yang dijangkiti Covid cepat sembuh seperti sediakala.Jumpa lagi.