Sabtu, 5 Disember 2020

PKPB Negeri Selangor dan KL Dilanjutkan Sehingga 20 Disember 2020 Namun Dibenarkan Rentas Negeri

Pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang telah dinantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bermaustautin di Negeri Selangor dan KL ditunggu dengan penuh debaran.Bermula pukul 4 petang rupanya ditunda sehingga 4.30 petang.Akhirnya keputusan yang dinantikan telah tiba.Namun berita duka buat mereka yang berada di Negeri Selangor dan KL kecuali di daerah Kuala Selangor,Sabak Bernam dan Hulu Selangor.PKPB akan dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.

Namun begitu,beberapa SOP penting telah dipinda bagi kemudahan orang awam menjalankan aktiviti seperti biasa dalam norma baharu.Hal ini mungkin bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah kehidupan norma baharu memandangkan virus ini hidup sekitar kita.Terdapat dua pindaan SOP dalam kawasan PKPB iaitu :


1.Orang Awam Dibenarkan Merentas Daerah Dan Negeri Bagi Kawasan PKPB Kecuali Kawasan PKPD-Tidak Perlu Surat Kebenaran PDRM

Kedengaran pelik bin ajaib bunyinya.Rata-rata pelayar garis masa menzahirkan perasaan kurang senang namun ada juga yang menarik nafas lega kerana boleh berulang-alik tanpa sekatan seperti tular di media sosial.Hal ini agak membimbangkan juga seperti mana yang kita ketahui kebanyakan kes meningkat akibat kegiatan rentas negeri oleh pesakit yang dijangkiti Covid-19.Imbas kembali bagaimana kes Covid-19 di semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada PRK Sabah yang lalu akibat merentas negeri? Adakah sejarah mungkin berulang? Moga yang bergejala tidak terlibat dalam pergerakan ini.

2.Tiada Lagi Had Penumpang Mengikut Kapasiti Kenderaan

Semua lapisan masyarakat meraikan berita ini.Sekarang satu keluarga boleh keluar bersama-sama tanpa ada yang tertinggal menangis di belakang pintu.Tak ada lagi menangis sambil selubung bawah selimut sebab tak boleh ikut keluar.Maka muncullah keluarga bahagia bersiar-siar menaiki kenderaan bersama-sama.Cuti perancangan anda dengan hebat dan elakkan kawasan berisiko tinggi.Berjalan bersama-sama,dijangkiti bersama-sama.Mohon dijauhkan.Amalkan norma baharu.Kerap cuci tangan,guna pembasmi kuman dan jaga jarak anda.

Semoga pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara ini membuatkan kita lebih berasa selamat,aman dan tenteram.Yang penting tetap kita jaga kita.Jika sudah dijangkiti maka tiada siapa yang mampu menjaga walaupun orang tersayang kecuali orang yang diselubungi PPE datang memberi ubat dan makanan.Tetaplah hidup walaupun dalam norma baharu.Hidup perlu diteruskan walau apa pun keadaannya sehingga dikembalikan semula ke asal.

Sabar itu iman,

Perjalanan masih panjang,

Cekalkan hati ke arah satu tujuan.

Sabtu, 28 November 2020

Allahul Kafi Lirik Dan Terjemahan Oleh Bazli UNIC


Sumber : https://youtu.be/fEjtC-Ps3mw

(Allahul Kafi, Rabbunal Kafi, Qosodnal Kafi, Wajadnal Kafi, Likulli Kafi, Kafanal Kafi,

Wa Nik’mal Kafi, Alhamdulillah)

 Allah yang mencukupi, tuhan kita yang mencukupi, tujuan kita adalah Allah yang mencukupi, dan kita menemukan-Nya yang mencukupi, terhadap segala sesuatu Allah lah yang mencukupi, yang memenuhi segala keperluan kita adalah Allah dan Allah itu sebaik-baik zat yang mencukupi, segala puji bagi Allah

(Allahul Kafi Rabbunal Kafi Qosodnal Kafi Wajadnal Kafi Likulli Kafi Kafanal Kafi

Wa Nik’mal Kafi Alhamdulillah)


Muda mudi di ini zaman

Bukan tak pandai pengetahuan

Ilmu dan adab ditinggalkan

Sehingga diri bagaikan haiwan

 

 (Allahul Kafi Rabbunal Kafi Qosodnal Kafi Wajadnal Kafi Likulli Kafi Kafanal Kafi

Wa Nik’mal Kafi Alhamdulillah)


Hari ke hari yang difikirkan

Kisah cinta dan kasih sayang

Lupa mati tinggalkan sembahyang

Sesal diri tak kepalang

 

(Allahul Kafi Rabbunal Kafi Qosodnal Kafi Wajadnal Kafi Likulli Kafi Kafanal Kafi

Wa Nik’mal Kafi Alhamdulillah)

 

Harta di cari setiap hari

Siang dan malam lupa diri

Anak dan isteri lupa mengaji

Sesal di kubur di hari nanti

 

(Allahul Kafi Rabbunal Kafi Qosodnal Kafi Wajadnal Kafi Likulli Kafi Kafanal Kafi

Wa Nik’mal Kafi Alhamdulillah)


Cukup sudah nasihat ini

Untuk orang yang punya hati

Jika ingin selamat diri

Dekatkan Allah dan juga Nabi

Ahad, 8 November 2020

3 Pengumuman Penting Yang Berlaku Pada Awal November 2020

Tahun 2020 telah hampir ke penghujungnya namun pergerakan manusia terbatas gara-gara virus COVID-19 yang melanda seluruh dunia tak terkecuali Malaysia secara amnya.Tiada siapa yang mampu lari dan terlepas daripada pandemik alam ini.Suatu yang perlu diketahui bahawasanya ini adalah peringatan yang tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah.Makhluk sesungguhnya tiada kuasa.Hanya dengan kedatangan virus ini telah mengubah hidup manusia keseluruhannya dengan norma baru.

Oleh itu ini adalah tiga pengumuman penting yang berlaku pada awal November 2020 di Malaysia.

1. PKPB SELURUH NEGERI DI SEMENANJUNG KECUALI PERLIS,PAHANG DAN KELANTAN BAGI TEMPOH 4 MINGGU BERMULA 9 NOVEMBER-6 DISEMBER 2020

Perintah kawalan pergerakan bersyarat ini telah diumumkan oleh YAB Dato' Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Pertahanan kerana peningkatan angka kes harian yang kekal mendadak berturut-turut sehingga 4 angka.Sebenarnya PKPB ini telah ditunggu oleh sebahagian rakyat kerana bimbang akan kes yang meningkat semenjak penularan gara-gara PRN Sabah.Namun masa yang diambil untuk membuat PKPB agak sedikit lewat mungkin kerana lebih tertumpu membuat PKPD secara bersasar.Tak lupa juga risau akan ekonomi negara yang hampir lumpuh semenjak diserang COVID-19.Betapa COVID-19 telah mengubah hidup manusia keseluruhannya sehingga ada yang diberhentikan kerja walaupun mempunyai banyak pengalaman dan telah berpuluh tahun kerja.

"Tiada jaminan pekerjaan yang kukuh kecuali rezeki itu datang daripada Tuhan,Usaha semampu!rahmatNya akan sentiasa mengiringi"-Mas FVOME

2. PENUTUPAN SEMUA SEKOLAH TERMASUK KOLEJ VOKASIONAL SELURUH NEGARA BERMULA 9 NOVEMBER HINGGA 17 DISEMBER 2020

Penutupan semua sekolah ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan iaitu Radzi Jidin.Setelah beberapa kali cubaan membuka sekolah selepas angka kes COVID-19 menurun,kini tak dapat dibendung lagi penutupannya sehingga bulan Disember. Angka kes COVID-19 yang semakin meningkat amat membimbangkan sehingga ada para pelajar yang terkesan.Tahun 2020 merupakan tahun impian bagi mereka yang malas untuk ke sekolah namun tidak bagi mereka yang dahagakan ilmu.Selagi mana boleh belajar selagi itulah mereka berusaha walaupun belajar secara alam maya.Tak dapat dielakkan,kita perlu mempunyai akses internet yang kukuh.Segalanya kini hanya di hujung jari.Betapa hal ini memberi kesan kepada para pelajar daripada golongan B40.Semoga ada jalan buat mereka pencinta ilmu.

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka untuk meraih ilmu(menuntut ilmu),maka Allah akan mudahkan jalannya menuju syurga"(HR Muslim)

3. TARIKH PEPERIKSAAN SPM/SVM/STAM DIPINDA DAN AKAN BERMULA 22 FEBRUARI TAHUN DEPAN MANAKALA STPM AKAN BERMULA 8 MAC 2021

Dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak kerajaan,rata-rata netizen meluahkan rasa bercampur baur.Ada yang seronok kerana boleh ambil peluang ini dengan belajar lebih masa lagi.Bagi pelajar yang lambat tangkap ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk cemerlang.Anda boleh ubah takdir yang sering gagal dengan penundaan ini.Fokus!Dan teruskan ulangkaji bersungguh-sungguh di samping mengingati Allah.Pandanglah hikmah di sebalik ujian,pasti kita akan tercengang.Namun ada pula yang sedih kerana sudah puas mengulangkaji.Jangan risau! kerana mengulang-ngulang ilmu itu adalah zikir.Ia takkan pernah sia-sia.Belajarlah lebih lagi dengan kefahaman.Semoga menjadi pakar pada setiap subjek yang diulang.Lalu memberi manfaat pada dunia kelak!Semangat! 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."(Al-Asr:1-3)

Pesanan khidmat masyarakat :Sila follow telegram Majlis Keselamatan Negara(Rasmi) untuk dapatkan info yang cepat,tepat dan sahih. 

https://t.me/MKNRasmi

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.

Sabtu, 24 Oktober 2020

Tragedi 24 Oktober 2020,Covid-19 di Malaysia cecah 4 angka

Benarkah perkhabaran ini?

Ya,inilah realiti yang harus diterima Malaysia.Gara-gara penangan PRN Sabah.

Rata-rata sepakat menerima kejutan.Selalu mendengar negara jiran mencecah angka 4 sudah biasa katanya.Tiba-tiba Malaysia digemparkan dengan kejutan angka mencecah 4 angka iaitu 1,228 ribu pada 24 Oktober 2020.Ini bukan lagi gurauan.


Jangan pula ia menjadi igauan.Semoga angka ini tidak kekal dan hanya kejutan buat tarikh ini saja.Jangan alpa dan jangan pula kita leka dengan virus ini yang tak mengenal sesiapa.Dulu rapat-rapatkan saf sekarang jarak-jarakkan saf.Demi menghentikan penularan virus ini.

Semoga vaksin yang akan dibawa masuk kelak berkesan menangani virus yang tidak tahu bila akan berakhir ini.Marilah kita duduk dalam norma baharu.Elakkan sentuhan,jaga jarak dan pakai mask di tempat yang sesak terutama yang bergejala.Let fight this together!


Rabu, 29 Julai 2020

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 disabitkan hukuman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020

Tercatat dalam sejarah Malaysia,

Buat pertama kali seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas 7 pertuduhan membabitkan kes SRC International.Mengikut sumber berita negara,hukuman dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri ke-6 yang juga ahli Parlimen Pekan,Pahang sebanyak 12 tahun penjara dan didenda sebanyak Rm210 juta.

Jika bayaran tidak dapat dilangsaikan maka hukuman penjara boleh ditambah 5 tahun lagi.Dalam proses ke mahkamah rayuan,beliau diikat jamin sebanyak Rm1 juta dengan dua penjamin.Beliau boleh menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen seperti biasa dan belum hilang kelayakan selagi mana belum menjalankan hukuman.Keputusan akan ditentukan di Mahkamah Rayuan.

Berita ini tentu memberi impak yang amat besar kepada rakyat Malaysia amnya.Terutama kepada sekalian ahli parti politik Melayu terbesar di Malaysia dan para penyokong beliau.Bangkitlah kembali dan teruskan jalan demi agama,bangsa dan negara jika benar jalan perjuangannya.Kesilapan hanya boleh diperbaiki dengan muhasabah diri,insafi kekhilafan dan rombak kembali kepimpinan dengan nafas baru.

Semenjak sekian lama,dunia politik acapkali dikotorkan dengan mainan duit,harta,pangkat dan kuasa.Bolehkah keadaan ini berubah? Dalam kerangka pandangan orang politik yang tidak kukuh pegangan dan halatuju,mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibanteras kecuali menukar fikrah dan sudut pandangan daripada belenggu dunia semata-semata ke arah pengabdian dunia menuju jalan ke akhirat.

"Tanpa belas,ketamakan akan menjerumuskan insan ke arah kebinasaan"

Baik kawan mahupun lawan,baik kerajaan mahupun pembangkang,tiada yang kekal di antara keduanya.Pergolakan di antara kebenaran dan kebatilan sentiasa berterusan.Yang pasti salah satu akan menguasai negara.Hanya kita yang menentukan menggunakan akal yang diberi tuhan.Siapakah yang lebih kurang mudaratnya.

Asalkan ia memberi manfaat dan tak kejam terhadap sesuatu pihak,pasti sokongan akan diberi tanpa dinanti.Kita yang memerhati dan selalu dikejutkan dengan berita-berita yang menyesakkan,terkadang tak mahu lagi ambil peduli dan cakna dengan isu semasa dan politik negara.

Namun ini negara kita,

Jangan biarkan ia di tangan yang menghancurkan perpaduan mahupun kesimbangan dalam keharmonian negara.Bangkitlah wahai anak muda,sedarlah ayahanda dan ibunda! Ini negara kita,berbilang kaum dan pelbagai agama dan bangsa kita di bawah langit yang sama.

Sayangi Malaysiaku!

                                             Google Image

Rumah kita bersama,jangan biarkan sesiapa menggugat keharmoniannya! Hatta ahli politik sekalipun! Undi kita tanggungjawab kita bersama membina negara yang selamat untuk hidup dalamnya!

Moga kita tak tersalah pilih.

Yakin pasti ada yang terbaik di antara mereka walau tak sempurna mana.

Kerana kita,manusia biasa.

Namun bukan alasan untuk berbuat durjana.

Selasa, 14 Julai 2020

Perempuan Umpama Kain Buruk Selepas Berkahwin

Dari kejauhan kelihatan seseorang menghampiri meja kami.

"Ohh..akak HijauTwo..janganlah duduk sini..namun.."

Akak HijauTwo mengambil tempat di kerusi yang kosong di sebelah aku.Suasana yang agak sunyi bertambah hening dengan kehadiran beliau.Tak sampai beberapa saat,dua tiga orang akak Hijau yang lain datang bertanyakan sesuatu pada akak HijauTwo secara serentak.

Suasana bertukar hingar-bingar.

Beliau kelihatan agak kusut.Manakan tidak,dua tiga orang datang serentak bertanyakan itu ini membuatkan akak HijauTwo mengomel-ngomel.Lalu menyampaikan luahannya pada kami yang sedang ralit membuat kerja.

"Budak-budak sekarang manja tak boleh kena marah dah nak buat muka"

"Akak dulu susah tau..mula-mula buat kerja nie tak senang macam korang sekarang ni"

"Akak dulu memang daripada keluarga yang susah memang matlamat nak tolong mak ayah,tak tahulah matlamat korang apa dia untuk kerja ni.."

"Akak dulu memang kalau boleh nak duduk rumah jaga anak tapi sebab suami akak kurang kemampuan akak terpaksa kerja.Bukan jodoh akak dengan pakwe lama dulu.Dia orang senang.Tapi tak apalah mungkin ada hikmahnya kehidupan ini."

                                           Google Image

Kita ni bila dah kahwin umpama kain buruk.Kalau tak kerja,kita tak ada apa-apa.Kalau suami sakit atau berlaku apa-apa yang tak diingini kita hilang arah.Jadi perempuan kena kerja sebagai back up suami dan keluarga untuk suatu hari yang tak pasti.

Kata-kata beliau buatkan aku tak semena-mena termenung jauh.Merenung jauh menembusi dimensi.Cita-cita dan impian untuk seronok dan bahagia dalam rumahtangga sirna seketika.Lebih banyak mehnah dan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan.

Teringat aku akan peribahasa melayu,

"Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai"

Perkongsiannya buatkan aku lebih memikirkan.

Aku gerun.

Namun iman mengatakan,tak perlu takut untuk membina sebuah mahligai cinta jika benar niat asalnya.Hanya kerana Yang Satu.Berjanji Ingin bersama-sama tabah mengharungi ujian mengikut landasanNya demi bahagia yang diimpi iaitu keredhaan ilahi lalu hidup di Syurga Nan Abadi.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

At-Tawbah:71

Di sana nanti.

Pasti takkan sia-sia jerih perihmu di bumi.


Rabu, 1 Julai 2020

Julai 2020,Sekelip Mata.Sekolah,IPT Bakal Dibuka Semula

Julai 2020,

Siapa sangka kita dah masuk Julai 2020.Sudah hampir ke penghujung.Mengapa 2020 berlalu begitu laju sedangkan kita idamkan untuk menikmati hidup yang sudah sedang pada tahun ini? Mungkin kerana banyak bencana yang melanda lebih daripada kebahagiaan.

Pandemik Covid.

Melajukan waktu 2020.Membuatkan seluruh dunia dalam ketakutan.Sampai sekarang masih tiada vaksin untuk itu.Dunia sedang berusaha mencari penawarnya.Benarlah,kita berada di atas bumi yang sama.Tiada yang terkecuali merasainya.Tidak boleh lari ke mana-mana.Mujurlah ia kini berlalu pergi perlahan-lahan meninggalkan Malaysia dan seantero dunia.

Pada yang belum tahu,

                         Sumber Berita Sinar

Sekolah bakal dibuka bermula 15 Julai 2020.Manakala buat sekolah rendah daripada darjah 1 sehingga darjah 4 bermula 22 Julai 2020.Pelajar IPT pula dah boleh bersiap sedia kerana ia masih dalam perbincangan bila akan dibuka.Takut nanti terlupa nak balik rumah sewa atau hostel sebab dah selesa duduk rumah.

"Jihad menuntut ilmu jangan dilengah!"

Belajarlah rajin-rajin semoga bila dah grad kelak membawa manfaat ilmu buat ummah.Menyebarkan ilmu Allah yang luasnya lebih daripada hamparan bumi.Ilmu yang membawa kita lebih dekat kepadaNya.

Selamat Maju Jaya buat yang bergelar pelajar!

You Can Do it!

KeranaNya kau bersungguh-sungguh kan berkat ilmu yang dicurah.Kan mencurah rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."

(Al-Ĥaj:54 )

Selasa, 30 Jun 2020

Lalu Burung-Burung Pun Berkicauan Mencari Pasangan

Sejenak ku termenung,

Awan pun mulai murung..ehh..lagu Wany Hasrita tu..lirik lagu kebanyakan sangat puitis menggambarkan apa yang dirasa.Begitulah saat ini ingin menggunakan doa mengirimlan rindu kepada yang belum ditemui.

"Kapan kau mahu muncul?"

Kawan sekerja tanya tadi,

Kak Mas tak rasa apa-apa ke,kawan-kawan sebaya semua kebanyakan dah kahwin dan berkeluarga.

Aku?

Kau pun boleh tak jangan gelabah.Jangan bandingkan perjalanan hidup kita dengan perjalanan hidup orang lain.Kau takkan rasa tenang menjalani kehidupan ini.Nikmati saja segala apa yang ada di depan mata.Bukan yang tidak tahu entah di mana.

                                                  Google Image

Tapi sebenarnya rasanya gimana yaa..hmmm..tipulah kalau tak rasa apa-apa.Tapi aku tak cakap pun perasaan aku.Cakap pun orang takkan faham bagaimana rasanya.Fitrah manusia membuatkan hati bergelora.Namun biarlah waktu yang menentukan.Bukankah takdirNya telah tertulis indah?Kita hanya perlu bersabar sedikit saja lagi.

"Mahu gimana lagi yaaa.."

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

(Yā-Sīn:36)

Kekal tenanglah menjalani hidup ini.Bukan fikir soal pasangan saja.Fikir juga mengenai komitmen hidup yang setia di sisi.Terutamanya komitmen hidup kita sebenarnya untuk apa?

Ya.Itulah Dia.

Anda tahu jawapannya.

Selasa, 23 Jun 2020

Musibah Itu Hikmah,Ada Rezeki Untuk Kita

Hari demi hari.

Minggu demi minggu tiada berkesudahan.Pergi pagi balik malam.Kerja kerja dan kerja lagi mencari duit duit dan duit lagi.Selagi tak tercapai keinginan,selagi tak puas mendapat apa yang diimpikan.Kerja lagi dan lagi dan lagi.

Tapi,

Bukan itu saja,kerja bukan untuk dapat apa yang diimpikan tapi juga untuk meneruskan kelangsungan hidup yang tak tahu entah sampai bila.Kerja untuk simpanan kecemasan seandainya sejarah seperti Covid-19 berulang.

Ramai yang dibuang kerja,ramai yang diberhentikan,ramai pula yang diberi notis 24 jam membuatkan mereka terduduk termangu memikirkan tanggungan yang ada.Apa yang hendak diberi makan? Ke mana hendak diadukan.Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

                                                   Google Image

Musibah itu hikmah.

Lagu UNIC,Seindah Sabar (https://youtu.be/6uRpb9N3Pdw) indah memujuk hati supaya tetap tabah kerana di situlah letaknya keimanan.Renungkan kembali jauh ke dalam diri..lalu aku hidup sebagai apa? Kata Buya Hamka.Rezeki melangit luas,di langit di darat dan seluruh alam semesta.Walau secebis sisa tetap akan ada untuk yang bernyawa.

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."

(Hud 11:6

Khamis, 18 Jun 2020

OMBAKBERGIGI Mencari Bloglist Baru

Ombak berGigi..

Teringat Ombak rinduu.

Luar biasa namanya.Tak kenal lagi owner dia tapi tadi ada nampak segmen beliau.Apa lagi guys! Jangan lepaskan peluang ini,jom kita support! 

                              Tekan : Blog Ombak Bergigi

Hanya follow blog dan IG beliau.

"What u give,u get back"

Lama terdiam sepi.Beberapa hari tak blogwalking.Jalan-jalan sebentar.Rehat lama.Takut nak rehat lama-lama.Takut tinggal terus.Jadi lebih baik sedikit tapi istiqomah.

Jangan malas-malas.

Recharge energy.Get ready to blogging!

Selasa, 16 Jun 2020

Seharian Mengejar Dunia,Jangan Kita Lupa Dia

Tatkala mata menahan kantuk,

Kepenatan seharian bekerja demi mencari rezeki takkan Allah sia-siakan usahamu itu.

"Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata."

Yunus 10:61

Desir bisikan dunia,sungguh dunia ini memperdaya.Amat memenatkan untuk hidup di dalamnya.Penuh percaturan.Jika tiada pegangan maka hanyutlah dengan dosa dan noda.Berhiburan tanpa batasan untuk menghilangkan penat bekerja.

Lebih baik pulang ke rumah.Bersihkan diri.Muhasabah hati.Hendak ke mana kau sebenarnya ini? Apakah destinasi yang kau tuju? Syurga bukan? Atau sebaliknya.Tak berbaloi berlari ke arah malaikat Malik.Sedarkah kita dunia ini hanya sementara?

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

 Al-'An`ām:32 

Dunia ini hanyalah permainan yang sia-sia.Tidak perlu kita bersungguh-sungguh mengejar keuntungannya melainkan untuk disumbangkan semula untuk menegakkan agama Islam.Allah menyeru kita untuk berfikir.

Adakah kau berfikir?

Siapkah amalan untuk akhiratmu sedangkan kau sibuk dengan amalan untuk duniamu.Mengejar kerja yang tiada kesudahan sehingga lupa untuk tersenyum.Mengejar 'deadline' sampai lupa untuk solat.Mengejar KPI sampai lupa nak baca Al-Quran.

Penat bagaimana sekalipun jangan dilupakan kewajiban.Letih bagaimana sekalipun jangan pernah lupa baca kalamullah.Penat akan hilang namun pahala tetap tercatat di kitab amal memberatkan timbangan kebaikan.Moga kita kuat menempuh hari tanpa lupakan Sang Pencipta.

Sungguh aku ingin menjentik,

Hati ini dan hati kamu,


"Dunia ini hanyalah dongeng yang sebenarnya"

Sebelum pulang kepada pencipta,jika tanpa sebarang rasa.Pintalah hati yang berlandaskan keimanan.Kesedaran hidup hanya untuk Dia.Sesungguhnya kita akan pergi dari sini.Hanya sebentar,renungi diri hendak ke mana.Jika telah lama tersalah arah,

Allah Maha Mengasihi..

Kembalilah bersujud di atas sejadah.

Khamis, 11 Jun 2020

Dalam Harta Kita,Ada Hak Orang Lain

"Harta kamu bukan untuk kamu saja..Allah bagi rezeki lebih kepada kamu untuk dibahagi-bahagikan..berkongsilah rezeki itu"

Begitulah antara intipati sesi sembang akak-akak dalam lingkungan 30-an ke 40-an di tempat kerja sebentar tadi.Dalam pedas,ada pengajaran yang terselit.Bukan semua yang disembangkan itu kosong.Ada nilai kata untuk direnungi diri.Begitulah kita sebaiknya sentiasa berbaik sangka sesama manusia.

"Tak habis-habis gosip je akak-akak nie.." 

Tatkala terdengar hingar bingar suara di meja.Namun,pernahkah kamu dengar mereka dari awal masuk kerja sehingga jam menunjukkan waktu pulang?Bukan semua intipati mereka gosip semata-mata walaupun ada terselit kebenaran umpatan yang tidak mudah dihindarkan.Membahan sesama sendiri juga sudah biasa.Itulah erti sahabat yang saling mengenali.Tak mudah ambil hati kerana dia turut membahan.

Namun awas!

Jangan pula orang yang tak dikenali datang membahan.Bagai naga yang sedang kemarahan,pasti akan hangus anda dikerjakan.Hanya berjalan di sebelah meja mereka,mendengar sambil lalu takkan sama dengan duduk semeja.Mendengar atau masuk dalam perbualan.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Dengarkan saja yang positif.

                                                      Google Image

Kedengaran perbualan lain,

"Belanjalah kitorang..kau kan rajin OT",kata akak coklat.

"Aiyoo..saya banyak la nak kena bayar.." balas akak hitam.

"Tahu tak dalam islam semakin banyak kau memberi semakin murah rezeki kau?" sampuk akak hijau.

Terdetik saat ini.

Betul juga.Selalu dengarkan tazkirah sebegini? Hati dijentik dengan perbualan bersahaja mereka.Terkadang culas juga nak bersedekah tatkala dalam kesempitan.Misalnya,dalam dompet kau ada rm20 je untuk belanja.Tapi tiba-tiba ada orang nak pinjam Rm15 sebab keadaan dia yang lebih mendesak.Mesti kau rasa susah nak bagi pinjam kan? Aduhai sayang.Berkongsilah rezeki itu. 

Jangan khuatir.

"Jika kita memudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan urusan kita"

Takkan miskin jika kita bersedekah.Malah harta yang kita sedekahkan itulah yang membantu kita di sana nanti.Allah menjanjikan sebaik-baik pulangan.Dan sebenarnya,apa yang kita sedekahlah itu milik kita.Namun apa yang disimpan belum tentu lagi.Manakala bagi yang berfahaman lain,bersedekah itu juga mendamaikan hati dan membuatkan hidup menjadi lebih tenang.Cuba lihat hidup mereka yang kedekut.Mewahkah mereka? Ya.Mewah kan.Tapi tenang ke? hmmm..perlu direnungkan sejenak.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Al-Baqarah:268

Sungguh pengampunan Allah lebih kita perlukan.

Percayalah.

Tidakkah kita mahu diampunkan Allah?

Semoga Allah menghapuskan segala dosa dengan berkat bersedekah.

Ayuh kejar keampunanNya!

Selasa, 9 Jun 2020

Saat Terasa Getir Melangkah Mencari Rezeki

Getir.

                                                    Google Image

Hari ini mula kerja semula selepas cuti umum terasa beratnya mata,tapi apakan daya badan dah ada di tempat kerja.Jika kerja fleksibel kan seronok.Siapa tak nak.Tapi mana ada kerja bermudah-mudahan.Setiap kerja diiringi dengan amanah.Walau berat mana pun kerja kita,nak tak nak kena buat juga.

Ingatkah kau pada mereka yang dibuang kerja?Ingatlah pada mereka yang sukar mendapat kerja.Ingatlah juga pada mereka yang asyik ditolak permohonan kerja.Bersyukurlah dengan pekerjaan anda sekarang walau apa pun tugasannya.Lebih baik daripada mengemis simpati.

Merenung waktu,

Apa yang kau cari di dunia ini dengan kerja yang gah di mata manusia.Jangan kau sombong.Walau sekecil apa pun pekerjaan itu hatta mengutip sampah.Semuanya mulia di sisi Allah selagi tidak bercanggah dengan syariat.Tidak ada satu pekerjaan pun yang sia-sia.Pasti ada sebab kenapa kita di situ.Walaupun terkadang kita terasa berat namun tetap digagahi hari demi hari.Demi sesuap nasi.Menjemput rezeki ilahi.

"Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"

Tak ada satu perkara pun yang kita dapat tempuhi dengan tenang walau segetir mana pun ujian yang melanda melainkan dengan sabar.Ya.Bukan mudah nak sabar.Berkata sabar mudah tapi untuk mendidik hati sabar acapkali terkandas.Tapi tak rugi mendidik hati agar tetap bersabar.

Percaya pada diri,ada sesuatu yang lebih baik menunggu.Jangan ikutkan mainan perasaan.Lakukan kerja dengan sepenuh hati agar diberkati rezeki.Tumpukan sepenuh perhatian.Usaha gigih pasti membuahkan hasil.Kau hanya perlu bersabar.Sedikit masa lagi.Sedikit saja lagi.Sabar.

 "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."-Ar-Ra`d : 26

Asalkan kau beriman.

Itu sudah lebih daripada cukup.

Isnin, 8 Jun 2020

Selamat Hari Raya By Ummi (Tamat : 9 Jun 2020)

Masih gigih blogwalking,

banyak jumpa blog-blog yang menarik.Meriah sebenarnya dunia blogging ini kalau kita explore.More than you imagine.Kali ini saya terjumpa Segmen Hari Raya by Ummi. Mengira detik terakhir segmen akan ditutup,jom kita jangan lepaskan peluang sertai segmen Ummi ini.

                               Segmen Hari Raya by Ummi

Syawal tak habis lagi ya anak-anak.Bolehlah kita ziarah menziarahi sesama blogger dalam bulan yang meriah ini.Syarat-syaratnya mudah saja iaitu follow blog Ummi dan subscribe youtube beliau.Tak lupa masukkan blog Ummi dalam bloglist.

Hadiah untuk peserta yang bertuah tak kurang menariknya.Ada sedikit duit raya yang diberi,juga produk kopi 3 in 1 daripada Haco Swiss.Wuu.Tak lupa juga Caramel latte daripada Starbucks.

Apa tunggu lagi.

Ayuh guys!

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

Sekian lama tak aktif blogging,

Sekarang usaha nak naikkan blog From View of My Eyes (Official) pula.Semoga dipermudahkan.Blogwalking dari satu blog ke satu blog maka terjumpa Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

                                             Blog Azian Khalil

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai bagi meningkatkan prestasi blog.Jom kawan-kawan kita ramai-ramai menyertai.Support blogger.Semakin ramai yang menyertai,semakin meriah dunia blogging.

Antara yang menarik ialah 5 blog terawal akan dimasukkan ke dalam bloglist AzianKhalil sampai 31 Ogos 2020.Manakala 5 blog lain yang bertuah pula akan dipilih secara random pada 1 Julai 2020.Dan seorang peserta bertuah akan mendapat make up remover daripada Mary Kay.

Lumayan!

Moh ler kita.

Cuti Umum(8 Jun 2020) : Dirgahayu Tuanku! Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI

Bermula Isnin 8 Jun 2020 merupakan cuti umum buat rakyat Malaysia sempena Hari Keputeraan Sultan Abdullah,Yang Di-Pertuan Agong ke -16 Malaysia.Tarikh sambutan dipinda ke hari Isnin membolehkan rakyat bercuti sempena Hari Keputeraan Baginda.Daulat Tuanku! Semoga Malaysia diberkati di bawah pemerintahan Tuanku.

                                                    Google Image

Cuti umum ini merupakan cuti yang wajib diberi oleh majikan kepada pekerja.Dan gaji akan tetap dibayar untuk hari ini walaupun anda bercuti.Jika ada salah laku majikan yang tidak membayar gaji pekerjanya sempena cuti umum ini,anda yang teraniaya berhak membuat laporan kepada Pejabat Buruh atau pihak berkaitan.

Selamat bercuti buat semua.Jangan lepaskan peluang untuk merehatkan badan setelah penat bekerja menyara kehidupan diri dan keluarga.Rehatkan minda dengan suasana yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk alam pekerjaan.Ambil peluang cuti ini untuk buat aktiviti yang bermanfaat dengan keluarga.

"Hidup bukan untuk kerja semata-mata,berikan hak pada badan untuk berehat,berikan hak pada keluarga untuk bergembira bersama" -Mas FVOME

Ahad, 7 Jun 2020

Dah Boleh Rentas Negeri,Waspada Covid19 Masih Bertebaran

"Yeay dah boleh balik kg!" 

"Yeahhh..holidayy!"

"Yahoooo! Boleh berjimba-jimba dah"

                                                      Google Image 

Pengumuman oleh YAB PM Ke 8 pada hari ini mencetuskan riang tawa di hati rakyat Malaysia.Rata-rata menzahirkan ucapan syukur boleh merentas negeri bagi pulang ke kampung.Terutamanya bujang yang sekian lama tersadai di perantauan.Boleh sudah merancang pergerakan pulang ke kampung membawa rindu sarat di dada.

Namun jangan pula kita lupa,wabak ini masih belum berakhir walaupun hampir ke arah kemenangan.Sekarang kita berada di fasa pemulihan.Masyarakat merupakan watak utama bagi mengekang wabak ini kembali tersebar.Patuhi jarak sosial dan pastikan sentiasa mencuci tangan dengan sabun.Jaga kebersihan.Kita Jaga kita.

Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan(PKPP) akan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 ini menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang akan ditamatkan 9 Jun.Semoga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) selepas ini ditamatkan dengan jayanya.Marilah kita berdoa semoga Malaysia bebas daripada wabak Covid19,tak lupa juga buat seluruh dunia amnya.

Dalam perjalanan pulang balik dari tempat kerja pada hari ini kelihatan gerai-gerai tepi jalan sudah mula dibuka untuk menjemput rezeki.Semoga para peniaga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.Tak lupa juga buat yang kehilangan pekerjaan.Semoga dipermudahkan rezeki di tempat lain.Semoga Allah merahmati.

"Hilang kerja tak bermakna hilang rezeki namun jika hilang rezeki, pekerjaan apa pun takkan pernah cukup menampung hidup" -Mas FVOME


Jumaat, 5 Jun 2020

Meningkah Arus,Kumpul Aset Tanpa Cinta

"Bila nak kahwin?"

Soalan yang paling gerun untuk didengari jika sesiapa pun bertanya.Yang lebih menggerunkan, "bujang lagi kan?" Tak lebih menyeramkan, "umur berapa dah?" Semua itu pasti menggelisahkan bagi insan yang menginjak ke angka pertengahan 20-an.Lebih sensitif bagi perempuan.Lelaki umur berapa pun boleh buat selamba lagi.Betul ke lelaki sekalian? Sila utarakan jawapan anda.

Bagi perempuan bekerjaya,lebih lagi baru nak merasai hidup mampu menyara diri tanpa mengharapkan bantuan keluarga,soalan itu amatlah bagai angin lalu.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri tapi akan singgah di hati sebentar.Menjejak nurani seorang wanita.Bukan tak nak,bukan tak mahu,cuma belum tiba masanya.Kun Fayakun.

Bagi lelaki,

Mereka boleh memilih hendak wanita yang bagaimana untuk dijadikan surihati.Tak kira free hair atau bertudung labuh,jahil atau alim,cantik atau sederhana kerana sifatnya lelaki mendidik dan membimbing wanita.Walau bagaimana sekalipun seorang perempuan itu,mampu dicairkan oleh lelaki yang dikasihi sepenuh hati.

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita". 

An-Nisa' 4:34

Namun untuk wanita,

Tidak mudah memilih ayah buat bakal anak-anak.Pembimbing dari dunia nan fana menuju syurga nan abadi.Jika tersalah pilih,sukar untuk bahagia.Hanya mampu bersabar dalam derita.Tak mudah lelaki mengikut perempuan kerana keegoan yang tinggi kecuali yang ikhlas menyayangi.Tidak mengapa saudari,bersabarlah menanti yang terbaik daripada tergopoh-gapah ambil apa yang di depan mata demi keselamatan dunia akhirat.

"Sendiri itu lebih baik daripada mempunyai pasangan hidup yang membawa ke neraka" -Mas FVOME

Jika anda masih bersendiri saat ini,jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada mendengar.Tumpukan perhatian kepada yang lebih utama.Di saat menunggu jodoh menjemput ketahuilah ajal juga mencari.Tanpa ketahui siapa yang akan sampai dahulu,perbanyakkan amal sebelum dijemput agar kita lebih bersedia.Sama ada alam rumahtangga atau alam kubur.

Alam dunia pula,

Sendiri juga boleh bahagia.Catatkan matlamat dan impian anda,kumpul duit dan aset di samping memperbaiki diri.Bahagiakan diri dengan merealisasikan impian yang diidamkan.Semoga apabila disatukan dengan jodoh yang ditakdirkan Allah kelak,anda tidak menyesal tiada apa-apa.Nikmati waktu bersendiri anda sebelum dirampas waktu berdua.

                                                     Google Image

Khamis, 4 Jun 2020

Antara Kerja Dan Belajar,Dilemma Insan selepas SPM

Pada waktu ini sudah tentu ramai lulusan SPM 2019 yang mendapat keputusan sama ada lulus atau gagal untuk sambung ke IPT pilihan.Tahniah diucapkan buat yang mendapat kos dan IPT yang diingini.Manakala bagi yang tidak,jangan bersedih kerana ini bukan pengakhiran.Masih ada banyak peluang dan ruang di luar sana.

Terimbau pengalaman sendiri,

Selepas SPM aku lupa password untuk buka UPU.Dan ketika itu aku tak endah pun nak apply UPU atau mana-mana institusi sebab tak terdedah dengan pilihan.Dengan keputusan SPM yang cukup-cukup makan sudah tentu tak banyak pilihan yang ada.

Sehinggalah sampai beberapa surat dari kolej swasta.Mak Ayah amat menggalakkan aku untuk sambung belajar seperti kawan-kawan yang lain.Antara hendak dan tidak,aku menurut keinginan mereka untuk melihat anaknya berjaya.Lalu aku nekad di dalam hati untuk tebus kesilapan di bangku sekolah.

Masa itu mak ayah selalu berpesan,

"Akak jangan risaulah pasal duit,akak belajar je..tahulah ayah nak cari duit" -Ayah

Masa itu,aku menurut saja kata ayah.Memang tak fikir sangat pasal duit.Naif tak mengetahui kesusahan keluarga.Aku berusaha belajar siang malam walaupun semangat terkadang kaku timbul tenggelam.Aku teruskan juga dan berjaya mendapat keputusan yang agak baik bagi keseluruhan.Namun siapa sangka pinjaman pelajaran tetap menunggu,keputusan yang agak baik tidak cukup untuk melupuskan pinjaman.Sehingga ke hari ini tak terlangsai dengan mudah bila mana hanya bergaji minimum tak seperti yang diimpi.Kerjaya yang diangankan pula masih tak kesampaian.

                                                    Google Image

Buat adik sekalian,

Pesanan ikhlas daripada akak,jangan tersalah pilih kolej dan kos.Jika ada duit lebih(T20),teruskan ke kolej swasta tetapi jika cukup-cukup makan(B40) ambil peluang yang lebih kurang mudaratnya terhadap kewangan keluarga dan masa depan diri sendiri(menanggung hutang pelajaran bertahun lamanya).Walaupun keluarga kata,biarlah mereka berkorban demi pendidikan anak-anak namun ketahuilah jika kalian main-main dalam belajar,tak tertanggung peritnya di akhir nanti.

Ingin diingatkan sekali lagi,

Melainkan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga,jangan sesekali buat hutang pelajaran jika malas belajar.Bukan anda saja yang rugi,malah hutang pula menggunung tinggi.Jika rasa tak cerdas belajar tapi teringin untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi,eloklah bekerja dahulu untuk mengutip pengalaman dan wang ringgit.Sebenarnya,duit itu penting untuk menanggung kos kehidupan semasa belajar.Kelak,anda boleh pilih jurusan apa saja yang diingini sama ada secara sambilan atau sepenuh masa tanpa perlu risau masalah kewangan lagi.

                                                   Google Image

Bukankah kita menyambung pelajaran untuk kehidupan masa depan yang lebih baik?Baik bergaji besar mahupun berpangkat tinggi.Maka,jangan tersalah pilih jalan kehidupan kerana mulut dan tanggapan masyarakat.Berbincanglah baik-baik dengan keluarga dan orang berilmu penuh teliti perancangan masa hadapan,pelajaran dan kewangan.Bila sudah mendapat kata sepakat maka beristikharahlah.Minta petunjuk Allah,moga ditunjukkan jalan yang terbaik buat anda semua.

"Keputusan selepas perancangan itu lebih daripada tiada perancangan langsung" -Mas FVOME

Kenali potensi diri agar kelak tidak memakan diri.Bekerja untuk bayar semula pinjaman pelajaran amatlah tidak enak seperti diri ini.Masa tak boleh diputar kembali tapi kita yang dah terlajak ini boleh buat U-turn dan bagitahu adik-adik supaya jangan ikut jejak langkah abang kakak yang tak berapa nak cerdik ini.

"Orang yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya" -George Santayana

Ingat adik-adik,

Demi kehidupan yang lebih baik.Anda mesti bijak memilih antara kerja dahulu atau terus menyambung pelajaran.Sekarang,peluang pekerjaan bergaji besar juga memerlukan pengalaman kerja.Tak cukup sekadar pointer tinggi mahupun universiti yang gah.Kemahiran seringkali dijadikan ciri utama oleh majikan untuk menggaji pekerja.

                                                    Google Image

Utamakan yang lebih utama.Ilmu bukan saja di Universiti.Tidak pula di atas segulung kertas mahupun jubah.Melainkan ilmu yang dimanfaatkan.Jua ilmu di jalanan,paling berharga buat muhasabah diri.Tak perlu tergesa-gesa mengejar ilmu hingga berhutang tak mampu hapus 7 keturunan.

Bagaimana pula menurut kalian?

Rabu, 3 Jun 2020

Kau,Jangan Lembap Sangat Boleh?

Pernahkah korang terasa susah bila nak belajar benda baru? Setiap dari kita mesti pernah melaluinya.Bukan mudah nak belajar sesuatu yang baru ini lagi pula di tempat yang baru.Aku pernah rasa begitu masa zaman intern dulu hinggalah bila dah kerja sekarang.Lagi-lagi bila tukar department.Rasa macam "loser" juga la.Tak semena-mena "self esteem" jatuh ke peringkat yang paling bawah bila kawan seangkatan lebih cepat tangkap.

 Maka terkial-kial kita terkapai sendirian.Untung kalau kawan jenis nak tunggu dan tunjuk ajar kita dengan cara yang lebih mudah.Namun amat malang sekali jika dapat kawan yang memang sombong,tak nak hulurkan tangan ringankan beban seperti tagline Bersamamu TV3.Meraunglah jiwa sendirian sambil menyanyi lagu Tema Bersamamu oleh Jaclyn Victor.

"Kawan gembira mudah dicari,namun kawan tika berduka amat rare sekali"

Mas FVOME

Bila kau memang jenis yang lambat tangkap atau dalam bahasa kasarnya lembap.Memang agak meranalah hidup.Seperti diri ini yang mengaku agak lembap juga untuk tangkap sesuatu yang baru.Maka seringkali Deritaku BahagiaMu lah kehidupan ini serba serbi.Tapi jangan putus asa kawan-kawan! Tak ada yang mustahil dalam hidup ini.Semua orang boleh berjaya dengan cara tersendiri.

"Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia"

Walau apa pun orang kata,yang penting kita nak belajar dan perbaiki diri jadi lebih baik.Jangan pernah mengalah sebab hidup ini hanya sekali.Rugilah kita jika berputus asa di waktu sekarang sedangkan banyak benda yang sangat menyeronokkan di luar sana yang kita boleh terokai lebih mendalam.Itu juga memotivasikan diri aku.

Memang hidup ini tak mudah,tapi juga tak susah.Ingatlah firman Allah dalam surah Asy-Syarh,bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Bukan sekali tapi dua kali! Jadi, jangan mudah mengalah untuk belajar sesuatu yang baru meskipun mengambil masa yang lama.Tak kira dalam pelajaran atau pekerjaan.Yang terasa pahit akan manis juga di pengakhirannya.


Selasa, 2 Jun 2020

Peluang Blog Sebagai Punca Pendapatan

Annyeong!

                                                Google Image

Lambat-lambat nak tulis.Nak cuba konsisten update blog walaupun sehari sekali.Berkejar-kejaran dengan masa.Bukan dengan kekasih.Aku ada matlamat untuk blog.Macam orang lain juga,kesusahan mengajar kita untuk mencari pendapatan sampingan namun dengan cara yang berbeza.

Peluang buat income dengan blog ini mula aku temui bila zaman Bro Ben Ashaari buat segmen dulu-dulu.Beliau ada bercerita dan kongsikan dekat setiap entri yang santai bagaimana mahu buat duit dengan blog.Nuffnang,Churp-churp,iffinity*betul ke ejaan tu.Semua iklan yang dipasang di blog untuk menjana pendapatan.

Aku pun apa lagi tak lepaskan peluang namun semuanya hanya dusta.Hangat-hangat tahi ayam.Teruk lagi daripada itu.Masa itu,aku masih seorang pelajar.Mungkin akibat tekanan dan desakan masa maka blog dipadam begitu saja.

Begitu juga setelah itu, zaman menyertai bloglist dan giveaway.Alhamdulillah banyak juga tersenarai.Dan bermula dari sini pertama kali dapat review yang berbayar.Seronok! Dan aku juga ada menyertai satu group ini namun sama sahaja pengakhirannya.Tak dapat beri komitmen.Blog pula sudah lama tak berupdate maka ketinggalan begitu jauh beribu batu.

Dan saat itu aku menyambung pelajaran di peringkat seterusnya.Alhamdulillah dah selesai segala penat lelah belajar.Dan aku mula bekerja bermula akhir tahun 2018.Tahun yang di fikiran hanya ingin mencari duit untuk bayar hutang pelajaran dan kehidupan yang lebih baik.Yang lain tak lagi diendahkan.Apatah lagi blog.Kerana blog merupakan "passion" yang tidak mampu menampung kehidupan.

"Hanya minat tak cukup untuk teruskan,ia perlukan masa,usaha dan wang ringgit untuk berjaya"

Mas FVOME

Dan di sini,

Ibrah PKP.Taufiq dan hidayah menyuluh ke jalan online.Teringat kembali zaman kegemilangan berblog sambil berjalan-jalan tinggalkan jejak di blog kawan-kawan.Akhirnya,
setelah bertukar-tukar nama,URL blog dengan pelbagai nickname.Tibalah masanya  blog From View of My Eyes diwujudkan.Namun dijenamakan semula dengan URL baru berkuatkuasa May 2020.Wawasan 2020 satu pandangan jauhhh,jauh ke hadapan.

Aku ingin bermula semula.

Adakah yang ingin membantu? Hanya datang follow atau membaca atau tinggalkan jejak saja pun dah cukup menggembirakan insan kerdil ini.Apatah lagi komen dengan kata-kata yang memberangsangkan.Begitu amat dihargai.💕

"Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)
 

Isnin, 1 Jun 2020

Demi Masa! 1 Jun 2020 Sudahh!

Tup.Tup.

Dah 1 Jun 2020.

Terasakah anda tahun 2020 ini begitu pantas seperti lagu Sheila On 7? Ya.Memang tak dapat dinafikan masa amat mencemburui kita.Maka cuti seminggu pun berlalu begitu saja tanpa tahu apa yang telah dilakukan.Maka rugilah orang sebegini seperti yang dinyatakan di dalam quran surah Al-Asr.

Maksudnya,

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

(Al-'Asr 103:

Sentapnya itu menusuk tepat di hati.Petanda masih ada nur iman di dalam diri.Namun jika tak terasa apa-apa maka wajarlah kita memohon keampunan daripada Allah.Semoga dikurniakan nikmat iman yang berpanjangan yang tahu siapa tuhan yang esa.Yang memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Semoga hari yang mendatang seterusnya lebih baik daripada hari kemudian yang kita lalui.Kemudian,hari yang telah pergi takkan mungkin datang kembali.Fahamilah.Begitulah juga umur kita yang pergi takkan kembali lagi walau satu detik pun.

Semoga kita dapat mengisi hari dengan perkara yang lebih bermakna dan bermanfaat seperti menziarahi blog saya dan kawan-kawan.

"Terima kasih korang atas sokongan..saya akan balas kunjungan anda semua pada waktu malam..peace yo!"

Selingan saja,

Tak cukup dengan itu,lemparkan senyuman kepada sesiapa saja yang anda jumpa hari ini.Semoga ia membawa sinar mentari dalam kehidupan yang suram.Moga bertambah ceria hari ini!

Mari berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.Tak lupa,lemparkan senyuman anda seikhlas hati! Cheers!

                                              Google Image








Ahad, 31 Mei 2020

Yang Bujang Harap Bersabar,kata KKM

Pandemik yang belum berakhir membuatkan yang bujang dalam dilemma.Tambahan pula tweet KKM mengenai syarat merentas negeri tidak terpakai pada bujang.Sudah beberapa bulan tak balik ke kg sejak pandemik bermula.Tika undang-undang dikuatkuasakan untuk membendung virus Covid19,hati sudah mula tahu apa yang bakal dilalui.Rindu pada kampung halaman semakin meruncing namun hati tetap sabar menunggu waktu.

"Aku pilih derita merindui demi menjaga nyawa sesama kita"

Mas FVOME

Kes saban hari menunjukkan penurunan penularan dalam kalangan rakyat tempatan.Malah menunjukkan peningkatan dalam kadar kesembuhan membuatkan harapan semakin sinar buat negara kita yang tercinta ini.Kita lawan sama-sama.Kita pasti menang! InsyaAllah.

Cerita mengenai bujang,

                                                     Google Image

Ada bujang yang merindui kampung halaman,namun ada juga yang tidak mahu pulang ke kampung halaman walaupun selepas pandemik ini berakhir.Walau apa pun alasannya tidak mahu pulang ke kampung.Tolong jangan menyesal di kemudian hari.Marilah kita pulang ke kampung membawa hadiah buat keluarga tercinta sedikit masa saja lagi.Moga membawa senyuman bahagia pada wajah-wajah kesayangan setelah lama tidak bertemu.

"Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.

Riwayat al-Bukhari (594)

Walau mungkin nanti,cara kita dengan norma baru selagi mana vaksin belum ditemui.Memandang wajah emak,memandang wajah ayah,memandang wajah adik-beradik satu persatu,memandang wajah saudara mara seorang demi seorang hadir di depan mata sudah cukup membahagiakan walaupun dipisahkan dengan jarak satu meter.

Selagi mana tidak lagi dipisahkan dengan jarak berpuluh kilometer,selagi mana tidak dipisahkan dalam dua dunia yang berbeza,kita patut sudah cukup bersyukur.Jangan keluar rumah jika tiada keperluan.Contohnya merayap di mall-mall tanpa tujuan.Virus tak berbau.Keep strong together.Sikit je lagi.Kita pasti Menang!InsyaAllah.

Ahad, 24 Mei 2020

Gara-Gara Pandemik Covid19,Raya Aidilfitri 2020 Tanpa Keluarga Di Sisi

Salam Syawal kawan-kawan.

Bagaimana raya korang semua?

Saya?

Alhamdulillah ala kulli hal,beraya tanpa keluarga yang berada di Darul Makmur.Manakala anaknya ini tersadai di Darul Ehsan.Namun pagi raya tetaplah disambut dengan sederhana dan mengikut sunnah.

Sehari sebelum raya barulah buat gila membeli belah barang dapur dan baju raya.Di penghujung waktu timbul pula rasa bersalah jika tak sambut dengan kegembiraan tanda kesyukuran dan hari kemenangan kita sebulan berpuasa.Maka baju raya adalah salah satu alternatif hendak meningkatkan mood gembira.

Sampai waktu berbuka,barulah baju raya yang dirasakan sesuai buat diri diperoleh.Tapi terasa ralat..tak sedar ramadan dah berlalu sebaik saja azan maghrib berkumandang.Terasa lebih syahdu daripada tak dapat pulang ke kampung.

"Oh ramadan..semoga kita bertemu lagi 11 bulan akan datang..bulan berkat bulan mulia..bulan terbebas api neraka..kau pergi begitu pantas😭"

Kembali ke rumah sewa,saat-saat terakhir mengemas rumah sewa sambil memasak rendang untuk santapan pagi raya.Yang pergi tetaplah akan pergi tapi yang tiba jangan diabaikan.Kecil hati member.Perumpamaan untuk ketibaan Syawal.Alhamdulillah disambut dengan penuh kesyukuran.

                                                       Google Image

Seawal pagi,takbir bergema memuji ilahi.Kita bersihkan diri dengan niat sunat aidilfitri.Moga terhapus segala dosa dan kotoran daripada hati dan badan.Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita.Berwangi-wangian memakai pakaian baru.Menghias diri seindah peribadi.Walau apa pun rupa bentuk kejadian.Itulah sebaik-baik ciptaan Allah.Yang mencaci dan memaki.Awas! ciptaan siapa yang kamu hina.Muhasabah kembali.

Kita cantik dengan cara tersendiri.Ada keistimewaan yang diberi.Sayangi diri kita lebih daripada kita sayangkan orang lain.Jangan biarkan diri kita kesedihan kerana orang lain.Kita mampu mengubahnya.

"You're beautiful just the way you are." 

-Bruno Mars

Sayup-sayup kedengaran takbir di surau kediaman.Rasa bersyukur walau dari kejauhan masih terdengar suara memuji kebesaran ilahi.Petanda tempat ini selamat untuk didiami dan diberkahi sekitarnya kerana doa malaikat buat insan yang memuji Allah.Makanan yang dah siap terhidang dijamu penuh berselera.Syukur akhirnya menyempurnakan Syawal dengan menunaikan solat sunat aidil fitri walau bersendirian bertakbir memuji ilahi.Namun gemanya terdengar di langit yang sama.

"Maka Nikmat Manakah Yang Ingin Kau Dustakan?

-Ar-Rahman(QS)

Walau norma baru menyambut hari raya,namun kebiasaan kita hidup bertuhan jangan dilupakan.Seiring zaman takkan luput cara kita ibadah bertakbir,bertahlil dan bertahmid.Allah yang menentukan setiap sesuatu.Allah jua yang boleh mengangkat kembali bencana ini.Mudah-mudahan pandemik Covid19 ini akan beransur pulih seterusnya menghilang seperi hilangnya debu-debu dosa dengan istighfar.Allahumma aamiin.

Minal aidin wal faizin.

                                                

Isnin, 18 Mei 2020

Ramadan akan pergi,ayuh jangan lengah!

Apa khabar kawan-kawan?
Monday bluess ke?

Kalau begitu pun.Tak mengapa.Ia sudah berlalu.Marilah kita beradu menunggu hari esok yang sedingin salju.Ehh!

Jangan,semoga esok secerah mentari yang menyinari si kembang pagi.

Lebih kurang 5 hari setengah lagi ramadan nak berlalu.Apa khabar iman kawan-kawan? Apa khabar bacaan al quran kawan-kawan? Ada peningkatan atau masih di takuk lama? Jangan begitu.Kita tak nak biarkan ramadan ini pergi dengan sia-sia.

Datangnya membawa sejuta rahmat.

Perginya pasti akan dirindui segenap sudut hati yang inginkan pahala berganda.

Marilah kita isi dengan amal soleh bersama ramadan yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi ini.

Berinfaklah.

Bersedekahlah!

Berzakatlah!

Bangunlah di sepertiga malam.

Mohon keberkatan malam ramadan.Minta apa saja yang diingini.Pasti dimakbulkan jika rezeki tertulis buatmu.InsyaAllah.

                                                   Sumber twitter

Jika terpilih akan ketemu malam Lailalatul Qadar.Siapa tak nak jumpa kan? Usaha! Bangun di sepertiga malam.Bangun sahur awal sedikit.Bersiaplah di tikar sejadah.Semoga bertemu Sang pemilik hati dengan jiwa yang tenang.

Ayuh!
     


Jumaat, 15 Mei 2020

Lulus tak puasa hari ini? Atau Kurus~

Apa khabar kawan-kawan?

Sejak bila ada kawan ini.😂

Terinspirasi daripada blog .Amirul.

Nak ada post punya pasal dia pun mengajaklah sembang dalam entry dia.Nak tak nak aku kena buat juga ini.Kalau tidak bersawang lagi blog aku.Hanya tinggal kenangan.Oh No!! 

Apa khabar korang hari ini? Apa khabar iman? Semoga bertambah dalam redha Allah.Macam mana puasa hari ini? Penat tak?Harap lulus sampai berbuka.Paling kurang pun kurus saja kan sebab mengata orang banyak.Lagi-lagi kaki sembang.

"Ehhh!! pandai jer kauu..bukan mengata yer..bercerita je.."

Banyaklah korang.Ada beza tau antara mengata dengan bercerita.Mengata adalah menceritakan tentang aib seseorang.

Contoh :
"Kau kenal Mat Sengal tu..semalam aku nampak dia makan dengan kawan-kawan dia dekat kedai Ah Ngek..giler laa..tengah bulan puasa macam ni..bla..bla..bla.."

Manakala bercerita adalah memberitahu sesuatu khabar gembira atau duka.

Contoh :
"Semalam Cik Kiah dah lahirkan anaknya yang sulung..comel wehh!"

Kalau nak tahu mengata ini dalam bahasa lainnya ghibah aka mengumpat.Jangan tak tahu ada ayat al quran yang beri amaran pasal pengumpat ini.Boleh ambil al quran terjemahan sekarang buka surah Al-Humazah.Now!!

Dah buka dah? dah baca? Alhamdulillah sekarang boleh share dekat komen apa yang korang faham tentang ayat itu.Atau apa yang korang rasa dari lubuk hati yang paling dalam..agak-agak apa yang Allah nak bagitahu ya?

Dah terantuk barulah nak tengadah.Kita selalu buat silap.Tak lepas dari dosa.Hanya pada Allah kita berlindung dan meraih kekuatan dijauhkan daripada sekecil-kecil dosa hinggalah ke sebesar-besar dosa.Walaupun sukar namun tak susah jika ada niat nak berhijrah ke arah kebaikan.

"Ahh!! ini semua poyo!"

Poyo ke kalau buat baik dan mengikut acuan islam yang sebenar? Kalau begitu tanggapannya,marilah kita poyo sama-sama agar tiada yang terbakar oleh api neraka yang menjulang hingga ke ulu hati.

                                                Google Image

Nauzubillah min zalik.Jom kita sama-sama muhasabah.

Selasa, 12 Mei 2020

Mencari Lailatul-Qadar

Sepuluh malam terakhir ramadan
Kau mengetahui kewujudannya
Bahkan Al-quran menyatakan
Namun kau tetap di pembaringan

Seumur hidup tak tertanggung dosa
Sujudlah memohon ampunan Nan Satu
Satu malam seribu bulan menghapus debu
Berterbangan menjadi seputih salju

Maghfirah Allah seluas lautan
Walau dosa kau menggunung tinggi
Jangan gentar memohon rahmatNya
Takkan ia terbiar tanpa penghapusan

Sungguh Allah menyayangi
Ikhlaskan jiwa sucikanlah nurani
Redha Allah sentiasa mengiringi
Buat yang bangun di malam sunyi

@Mas_FVOME |12 May 2020 | 2302PM |BBB.

Isnin, 11 Mei 2020

Wahai Orang Yang Menunda Taubat Atas Alasan Masih Muda

Renungan untuk diriku

Pertandingan bola :    90 menit
Film serial               :    60 menit
Film action             :  130 menit
Shalat                      :       5 menit


Neraka Jahannam :  SEPANJANG HIDUP
Surga : SEPANJANG HIDUP


Mari kita merenung

Facebook    : 5000 kawan
Tweeter       : 2000 kawan
Whatsapp   : 100 kawan
Kontak        :    80 kawan
Kawan dikampung : 50 org
Kawan dimasa sulit : 1
Kawan di jenazahmu : keluargamu
Kawan di kubur : kau sendirian


Jangan merasa aneh, inilah kehidupan

Hakikatnya 


TAK ADA YANG MEMBERIMU MANFAAT SELAIN SOLATMU


Jika kau mendapati debu di mushafmu ( Kitab Alqur'an )
Maka Tangisilah dirimu sendiri !
Barangsiapa yang tidak membaca Al-Quran selama 3 hari tanpa ada uzur maka ia dinamakan Hajir / seorang yang meninggalkan Al-Quran

Aku tidak memaksamu untuk menyebar luaskan tulisan ini.Akan tetapi sebagai kepatuhan pada Firman Allah Ta'ala : "Peringatkan lah karena peringatan akan memberikan manfaat pada kaum mukminin"

Alam yang aneh,

Jenazah disusul dengan jenazah . . kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus bermunculan ada yang mati karena kecelakaan ada karena sakit ada yang tiba2 mati tanpa diketahui sababnya semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua kami kuburkan dan itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.
Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan karena masih muda

Maaf.....

Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja(kuburan tempat manusia segala usia)

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :

Hari Kelmarin : Kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi

Hari ini : Kita jalani namun tak berlangsung lama

Besok :Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi dan tidak ada jaminan kita bisa hidup sampai besok.

Maka saling memaafkan dan sedekahlah kerana Aku engkau dan mereka AKAN PERGI meninggalkan gemerlapnya dunia selamanya ...

Google Image

Ya Allah kami memohon padaMu husnul khatimah dan beruntung dengan mendapatkan surga dan selamat dari api neraka aamiin ya robbal alamiin

Saudara ku yang mulia 

Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu....
Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut....

Jika kau sudah membaca tulisan ini kau sudah mendapatkan pahala nya, namun bila kau menyebarkannya dan orang lain mendapakan manfaat juga maka akan dilipat gandakan pahala mu Insyaa Allah.

Ust. Bachtiar Nasir

Ahad, 10 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersambung sehingga 9 Jun 2020.-YAB Perdana Menteri-

 🎵Sayuuu...hati ini makin sayuu..rindu terkenangkan desa permai..wajah ayah bonda bermain di mata mengajakku pulang ke desa..🎵 

                                          Buletin TV3

Maka bergelinanganlah air mata rata-rata rakyat Malaysia setelah pengumuman PM pada pukul 2 petang sebentar tadi.Walaupun sudah dapat diramal PKPB akan bersambung namun secebis harapan agar dapat pulang ke kampung ada tersisa.Namun sisa itu kini berterbangan di udara bersama Covid19 setelah sahih berita yang diterima.

PM menyatakan agar kita bersabar sementara menunggu keadaan reda.Kelak pulih kita boleh pulang ke kampung.Aku redha.Beraya di perantauan buat pertama kali seumur hidup.Perantauan di antara negeri pula itu.Covid19 ini bukan mainan.Memutuskan jarak sosial sekaligus memutuskan nyawa jika tidak ditangani dengan baik.

                                        Google image

Jom #JagaJarak.Tidak mengapa berkorban raya tahun 1441H aka 2020 demi menyelamatkan nyawa kebanyakan.Semoga ada sinar di hari raya Aidiladha.Namun raya Aidilfitri takkan dilupakan.Bersederhana dalam menyambutnya untuk merealisasikan taqwa bahawa kita telah berjaya menghadapi rintangan sebulan dalam berpuasa.

"Mak ayah,selamat berhari raya dalam dua minggu lagi tanpa kehadiran anakmu di sisi untuk tahun ini saja.InsyaAllah,sebaik habis PKPB kita akan bertemu semula."

Jangan sedih kawan-kawan.

Allah maha mengetahui.Ada hikmah di setiap ujian yang diberikan.Semoga kita kekal kuat dan tabah menghadapi ujian ini bersama-sama.Selamat bertugas buat frontliners! Kami bersama anda! Ayuh,putuskan rantaian Covid19! Semoga kita beroleh kemanisan di akhir perjuangan.