Sabtu, 31 Julai 2021

Berdamailah Dengan Takdir Kita

Apa itu takdir?

Takdir itu sesuatu ketetapan daripada Allah buat kita.Ada takdir yang baik,ada juga takdir yang buruk.Ada takdir yang boleh diubah,ada juga takdir yang tak boleh diubah.Kita kena merelakan setiap takdir yang berlaku atas diri kita.

Takdir yang boleh diubah sebagai contohnya daripada gemuk kepada kurus.Kulit berjerawat kepada flawless.Takdir yang tak boleh diubah,kaki cacat.Kanser.Tapi Allah bukan saja-saja timpakan takdir itu kepada kita melainkan ada hikmah yang tersembunyi.Ada rahmat di sebalik takdir itu.

Boleh jadi asbab kaki yang cacat itu Allah permudahkan jalan kita menuju syurgaNya.Asalkan kita redha dan berdamai dengan takdirNya.Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Allah menurut sangkaan hambaNya.Boleh jadi juga asbab kanser itu,kita lebih mengingati Allah dan sentiasa bertafakur padaNya.Padahal sebelum ini,Allah langsung kita tak peduli.Solat entah ke mana.Berseronok selalu tanpa batas syariat.

Sudah,jangan bersedih terlalu lama.Perasaan sedih itu benar tapi jangan terlalu diikutkan.Hidup perlu diteruskan dengan menjadi diri sendiri yang lebih baik.Terima kejadian diri sendiri dengan ikhlas.Siapa lagi yang mahu terima dan sayangi diri kita kalau bukan kita sendiri? 

Mukmin yang kuat itu lebih Allah sukai daripada mukmin yang lemah! Allah lebih suka kita kuat dan tak berputus asa daripada rahmatNya.Kalau Allah dah suka,siapa yang mampu halang kita daripada mendapat kasih sayangNya? Redha Allah itu yang utama.

Manusia caci atau hina tiada kesan buat amal kita.Ikhlaslah menerima segala kekurangan diri.Orang tak suka? Orang tak mahu menerima?Jangan gundah,Allah sayang kita.Asalkan kita berakhlak baik dan beramal hanya keranaNya.Kita hidup untuk redha Allah,bukan untuk redha manusia.

Maka,berdamailah dengan takdir kita.



Khamis, 29 Julai 2021

Kehidupan Yang Terumbang-Ambing Di Kala Pandemik

Ramai yang kehilangan pekerjaan,ramai juga yang dikurangkan gaji malah ada juga yang cuti tanpa gaji.Kita terkadang keliru dengan semua ini.Apakah yang telah diaturkanNya?Kita rasa tak berupaya untuk hadapi semua ini di kala pandemik semakin parah.Kes Covid-19 di Malaysia masih tiada perubahan.Semakin hari semakin meningkat.

Duit simpanan semakin hari semakin susut.Anak-anak tak keruan dengan pendidikan yang tak tentu.Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini,pandemik ini mencabar kekuatan emosi dan perasaan terlalu dalam.Jika tiada sokongan yang kuat boleh rebah tanpa noktah.Mahu atau tidak,virus ini telah hidup dalam komuniti.Kita tak berdaya menghalangnya lagi.


Tiba masa untuk kita bangkit kembali untuk teruskan kehidupan walaupun perit.Kepedihan hidup buat sekian kalinya ditambah dengan keluarga yang turut sama merasai kesakitan hidup dalam pandemik membuatkan kita tak boleh rebah begitu saja.Kita harus saling menguatkan antara satu sama lain.

#KerajaanGagal #KerajaanDerhaka semakin berkicauan di media sosial kerana tidak mampu membantu rakyat.Hanya rakyat yang jaga rakyat sekarang.Sedang mereka berbahas tanpa henti,berpolitik sampai mati tapi rakyat tetap perlu teruskan hidup demi amanah nyawa yang diberi tuhan.Semoga kita tak leka dalam perjalanan ini.Teruskan usaha sebaik mungkin,moga rahmat ilahi sentiasa mengiringi.




Isnin, 19 Julai 2021

Kini Google Adsense Dipaparkan Dalam Blog From View of My Eyes(Official)

Oleh Mas FVOME(masfvome@gmail.com)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Blog merupakan hobi yang amat menyeronokkan bagi kebanyakan mereka yang introvert.Golongan introvert ini selalunya tidak selesa berada di khalayak ramai terlalu lama.Tenaga seolah-olah diserap oleh orang ramai dan menjadikan mereka penat.Dengan wujudnya platform seperti blog,kini mereka boleh berdiam diri di rumah dengan selesa tanpa tertekan memikirkan punca pendapatan. Terdapat pelbagai info menarik yang boleh didapati pada setiap entri yang dihasilkan para blogger. Selain daripada info menarik dan situasi semasa, kita dapat menyelami kehidupan setiap orang yang berbeza. Pelbagai pengalaman menarik dapat diperolehi menerusi pembacaan setiap entri para blogger. 

Suri rumah juga tidak terkecuali menjadikan blog sebagai platform buat menjana pendapatan. Kini kebanyakan suri rumah tidak hanya sekadar duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak namun turut menjadikan blogging sebagai kerjaya. Hal ini membantu suri rumah melegakan tekanan akibat kerja rumah yang tiada berkesudahan. Platform ini merupakan sesuatu yang bagus buat suri rumah bagi berkongsi isu-isu di dalam rumah tangga yang boleh dijadikan teladan dan tauladan.

Para suri rumah boleh berkongsi teknik-teknik memguruskan hal ehwal rumah tangga seperti cara menguruskan anak-anak,pengurusan masa membuat kerja rumah di samping berkongsi resepi masakan dan lain-lain.Perkongsian ini dapat dijadikan panduan bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga dan juga yang ingin memahami dengan lebih dalam lagi selok-belok dalam rumah tangga.Tidak sekadar tulisan yang kosong,kini terdapat pelbagai iklan yang boleh dipaparkan di blog masing-masing bagi menjana pendapatan sampingan.Malah ada yang sudah berjaya mendapat pendapatan melebihi keperluan hanya dengan berblogging.

Google Adsense merupakan salah satu alternatif untuk menjana pendapatan bagi para blogger. Setelah beberapa hari berhibernasi, Google Adsense telah memberi kejutan dengan meluluskan paparan iklan di blog From View of My Eyes(Official).Keadaan ini membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk terus berblog. Semoga rakan-rakan blogger dan para pengunjung dapat memberi sokongan atas kelulusan ini.Moga semua blog lebih maju jaya di masa yang akan datang.



Isnin, 12 Julai 2021

Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom

 Oleh Mas FVOME(masfvome@gmail.com)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini kita sertai pula giveaway daripada blog ShalimarYusofDotCom.Sebagai blogger yang kejap muncul kejap menghilang umpama pelangi di kaki langit,giveaway ini amat membantu saya untuk mengesan dan blogwalking ke blog-blog yang masih aktif.Blog ShalimarYusofDot.Com telah memberikan empat tujuan giveaway ini diadakan.Dan semua tujuan itu tidak dapat dinafikan kebenarannya.Maka bagi mencapai keempat-empat tujuan itu,marilah kita beramai-ramai menyertainya.

Syarat-syaratnya begitu mudah,hanya buat entry di blog post masing-masing.Dan segalanya selesai! Hanya tunggu waktu untuk nama salah seorang di antara peserta naik untuk mendapat hadiah yang tak kurang menariknya! Cabutan ini akan dibuat secara rawak.Semuanya atas rezeki masing-masing.Kita usaha dan ikhtiar sahaja.Giveaway ini akan tamat pada 4 Ogos 2021.Jom sertai segera sebelum tamat tempoh.

Hadiah yang ditawarkan bukan Kaleng-Kaleng.Pemenang tempat pertama bakal memiliki 1 unit jutebag dan 1 unit kad touch n go dengan custom sticker.Manakala cabutan kedua bakal memiliki 1 unit jutebag ditambahi 1 unit custom sticker kad bank/kad touch n go.Tidak habis setakat itu,bukan calang-calang bagi tempat ketiga bakal memiliki 1 unit kain batik viral! Dan dua orang pemenang saguhati bakal memiliki custom sticker kad bank/kad touch n go! Bagaimana pendapat anda? Menarik bukan! 

Dalam menyertai giveaway sebegini,kita dapat menghubungkan rakan-rakan blogger di Malaysia malah seantero dunia.Marilah kita saling kunjung-mengunjungi dalam PKPD ini walaupun secara maya.Ringankan beban kerja dari rumah(WFH)sebentar bagi yang bekerja dari rumah.Bersiar-siar di dalam dunia tanpa sempadan ini.Banyak benda yang boleh kita terokai.

Apa tunggu lagi! 

Durian datang berduyun-duyun,
Ayuhlah kita segera hayun!



Ahad, 11 Julai 2021

Cara Mendapat Tarikh Temu janji Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera Dengan Segera

Oleh Mas FVOME(masfvome@gmail.com)

Kadar vaksinasi virus Covid-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang ketara seiring dengan jumlah kes positif yang tiada tanda akan berhenti menaik setakat 11 Julai 2021.Perkembangan positif vaksinasi ini memberi harapan kepada negara di mana tak lama lagi kita akan membentuk imuniti kelompok. Dengan imuniti kelompok ini, kita akan bebas bergerak dengan norma baharu tanpa takut dijangkiti. Walaupun kadar jangkitan masih tinggi, kesan teruk jangkitan dan kadar kematian terhadap individu selepas divaksin dapat dikurangkan. 

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk divaksin setelah kempen meluas yang menggalakkan pengambilan vaksin yang dilaksanakan pelbagai pihak sama ada NGO mahupun pihak kerajaan. Hal ini memudahkan negara kita untuk mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat. Namun begitu, masih ada yang tidak mendapat tarikh temu janji walaupun telah mendaftar sekian lama. Jadi bagaimana caranya untuk mendapat tarikh temu janji vaksin dengan segera?

Terdapat teknik viral yang diperkenalkan oleh individu yang tak dikenali tersebar di laman sosial mahupun whatsapp group. Ramai yang telah mencuba teknik tersebut dan ternyata berjaya mendapat tarikh temu janji dalam masa terdekat. Namun ada juga yang gagal dan meluahkan rasa ketidakpuashatian menanti saban hari. Baru-baru ini saya sendiri telah mencuba dan selepas beberapa hari mendapat email helpdesk,tarikh temu janji untuk dos 1 telah diberikan.


Tidak dapat dipastikan sama ada kerana teknik tersebut atau sememangnya sudah tiba masa untuk nama saya naik dalam sistem.Namun,kandungan email berkenaan berpesan supaya tidak mempercayai perkara viral ini dan tiada jalan singkat kecuali hanya dengan sabar menunggu.Dan terbaru,terdapat pengguna twitter yang menggunakan cara update aplikasi MySejahtera dan terus dapat tarikh.Hal ini sebenarnya bergantung pada rezeki masing-masing.Tak salah untuk kita ikhtiar walau dengan apa cara sekalipun.Mana tahu salah satu teknik itu boleh mempercepatkan kemunculan tarikh temujanji.

Walau bagaimana pun pergerakan vaksin di negara kita merupakan antara yang terpantas sejak kebelakangan ini.Dari minggu lepas sehingga ke hari ini sudah ramai yang mendapat tarikh temu janji vaksin. Semoga kepantasan ini kekal berterusan sehingga negara kita berjaya mencapai imuniti kelompok.

Rujukan

1.https://twitter.com/JKJAVMY/status/1414039254057971712?s=19
2.https://twitter.com/wsmakrm/status/1411489397132779521?s=19
3.https://twitter.com/_Aafje/status/1414205245576515584?s=19

Sabtu, 10 Julai 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp

http://www.mamapipie.com/2021/07/giveaway-road-to-3m-mamapp.html

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu ini kita santai..ambil nafas..kes Covid-19 setakat 10 Julai 2021 masih melepasi angka 9K ya anak-anak. Jom tenangkan fikiran dengan join giveaway daripada blog Mamapipie

Mamapipie akan melepasi jangkaan pengunjung lebih 3 Juta! Woww ! Kamu mampu? Saya tak mampu. Tahniah buat Mamapipie ! Semoga blog makin maju dan berjaya di masa akan datang. Inspirasi untuk dapatkan pengunjung yang lebih ramai.

 Menariknya giveaway ini, Mamapipie akan memberi hadiah sebanyak RM50 ringgit kepada sesiapa yang berjaya screenshot jumlah pengunjung pada counter di blog beliau. Screenshot itu haruslah dihantar ke email beliau secepat yang mungkin bagi membuktikan anda telah berjaya !

 Tak lupa juga hadiah secara rawak buat mereka yang menyertai giveaway ini iaitu inpods yang menggiurkan sesiapa saja yang sudah lama mengidam untuk memilikinya. Terdapat 5 warna bagi 5 pemenang bertuah antara warna idaman biru SEBIRU HARI INI dan juga merah jambu SELEMBUT HATIMU.

Bagi yang mendapat screenshot angka yang terdekat pula turut diberi habuan sebanyak RM30 ringgit sehingga 20 peluang. Jom kawan-kawan,apa lagi jangan lepaskan peluang keemasan ini.Syarat-syaratnya pula amat mudah iaitu hanya ikuti blog dan semua laman sosial beliau.Apa tunggu lagi! Moh kiter!

“Wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine."

Jumaat, 9 Julai 2021

Giveaway Aku Dan Kamu

 

Tekan Sini Untuk Menyertai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dah lama saya tak sentuh blog dan bersiaran blogwalking daripada blog ke blog.Selalu "turn off" tapi masih sayang.PKPD di Selangor memberikan saya ruang dan peluang untuk kembali menaip di blog.Sudah lama jari-jemari tidak menari di papan keyboard.Terubat rasa rindu di jari dan hati mengimbas kembali nostalgia aktif berblogging suatu ketika.

Saya berhasrat untuk lebih aktif dalam dunia blog dengan menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti dan sahih sumbernya.Semoga mendapat sokongan para pengunjung dan pembaca setia.

Saya membuka ikatan ukhuwah dengan menyertai giveaway Aku Dan Kamu daripada blog Turtle Runner.Tuan blog membuat giveaway ini sempena ulang tahun beliau dan suami pada bulan Julai ini.Giveaway ini akan tamat pada penghujung Julai iaitu 31 Julai 2021.

"#asaliff Semoga mahligai yang dibina bersama kekal dilimpahi dengan sakinah,mawaddah dan warahmah!Semoga Allah memberkati ikatan cinta halal kalian dengan redhanya.Semoga dikurniakan anak-anak soleh solehah penyejuk di mata penenang di hati.Semoga kekal taat dan bahagia bersama sehingga ke syurgaNya.Allahumma aamiin"

Khamis, 8 Julai 2021

Sejarah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2021

Oleh Mas FVOME (masfvome@gmail.com)

      Berkuatkuasa pada 7 Julai 2021,Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan bagi melancarkan pentadbiran negara.1 Manakala dalam masa yang sama, Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin. Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin diminta berundur dengan cara terhormat lalu digantikan dengan Perdana Menteri Baharu Sementara bagi mencapai imuniti kelompok sebelum berundur bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya ke-15.2

Bagaimanapun sebagai komponen dalam Perikatan Nasional,PAS telah menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.3 Pakatan Harapan pula mengeluarkan kenyataan Media pada 8 Julai 2021 menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan UMNO seterusnya hilang majoriti Ahli Parlimen maka beliau turut diminta berundur secara terhormat.4


Manakala Kes Covid-19 di Malaysia terutamanya Negeri Selangor masih tiada tanda-tanda akan reda walaupun PKPD telah dilaksanakan. Kilang-kilang juga telah mula dibenarkan beroperasi mengikut  SOP SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN(PKPD Selangor) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara(Rasmi).Namun begitu, suntikan vaksin menunjukkan angka peningkatan di mana pemberian vaksin lebih tertumpu pada kawasan PKPD. Hal ini menunjukkan perkembangan positif bagi mencapai imuniti kelompok sedikit masa lagi.5

Sepanjang pandemik ini, kebanyakan rakyat sudah kehilangan pendapatan dan tempat bergantung. Daripada hidup selesa akhirnya terduduk tanpa bekalan makanan dan wang perbelanjaan. Semoga setiap pemimpin tidak kira parti di Malaysia mendapat keputusan sebulat suara bagi melaksanakan cara terbaik untuk mengatasi pandemik ini agar Malaysia terus berdaya saing dan maju di mata dunia. Paling tidak, menyelamatkan rakyat yang tersepit di antara hidup dan mati akibat tekanan PKP yang tiada berkesudahan ini.

 Trivia

Salah seorang anak Timbalan Perdana Menteri merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-5 dengan tagline “Baekk punyaaa” iaitu Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi. Beliau tersingkir pada minggu ke-8 dalam pertandingan nyanyian tersebut dan pernah popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” yang dirakamkan oleh KRU Studios.6

Rujukan

1.Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri(7 Julai 2021)

https://twitter.com/MuhyiddinYassin/status/1412696275405873156?s=09

2.Kenyataan Media UMNO(7 Julai 2021)

https://twitter.com/DrZahidHamidi/status/1413038726209433600?s=08

3.Kenyataan Media Presiden PAS(7 Julai 2021)

https://twitter.com/abdulhadiawang/status/1413054874875355141?s=08

4.Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan(8 Julai 2021)

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1413083234074710019?s=09

5.Jumlah Pemberian Kumulatif Vaksin(7 Julai 2021)

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1412941049266196481?s=09

6.Akademi Fantasia Musim Ke-5 (2007)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia_(musim_5)

Rabu, 7 Julai 2021

Takdir Yang Kau Pilih

Perjalanan hidup kita di muka bumi ini mempunyai banyak mehnah dan ujian. Terkadang kita berasa sedih terkadang kita gembira terkadang kita buntu dalam perjalanan. Tak sedar kita hendak ke mana. Bagaikan hilang arah. Dunia yang luas ini kita terasa amat sempit. Kita seakan terlupa sebenarnya kita hendak ke mana. Jadi sebenarnya kita hendak ke mana guys?

Lagi pula bila PKP di Malaysia tiada tanda-tanda akan berkesudahan. Turun paras 5,000 sehari selepas itu naik kembali. Sehingga ramai yang telah buntu dan hilang kewarasan akal dan fikiran. Kejadian terbaru berlaku di sebuah tanah air di utara Malaysia di mana si mati telah membunuh diri akibat kemurungan diberhentikan kerja dan tak mampu menanggung peritnya sebuah kehidupan. Dan mungkin ada banyak lagi kejadian seumpama itu yang tidak mendapat liputin. Mungkin itu saja jalan terakhir yang boleh difikirkan mereka untuk mengakhiri kesengsaraan hidup ini.

 Tapi guys!

 Sabar dahulu.

Jika ada dalam kalangan kita yang tertekan, kemurungan dan mula berfikir bukan-bukan. Tolong. Tolong jangan duduk berseorangan, keluarlah melihat pemandangan ciptaan Allah dan cara hidup orang lain. Dari situ dengan izinnya akan kita temui hikmah pada setiap kehidupan. Pandanglah hidup dengan pandangan rahmat Allah. Masih ada sinar untukmu bagi meneruskan kehidupan selagi mana kudrat dan nyawa di badan.

Jika masih tidak dapat mengawal tekanan setelah meluahkan dan bersembang dengan orang-orang sekeliling, berjumpalah doktor pakar dalam bidang kesihatan mental. Doktor itu tak wujud dengan sengaja. Adanya dia untuk membantu setiap sakit yang dimiliki untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. Sehingga akhirnya kita dapat menjalani kehidupan dengan tenang sehinggalah ajal datang mendekat. Pada waktu yang sepatutnya.

Dunia ini susah dan memang tak adil bagi sesetengah orang. Itulah hakikatnya tapi ia hanyalah fatamorgana. Dunia ini bersifat sementara. Semua akan mati, dunia ini pun akan hancur binasa. Bagaimana tahu semua akan mati? Cuba lihat di tanah perkuburan, bukankah dahulu mereka semua pernah hidup? Begitulah takdir kita suatu hari nanti. MUNGKIN HARI INI HARI ESOK ATAU NANTI.


Dan takdir sebaiknya yang boleh kita pilih adalah buat yang terbaik buat diri sendiri dahulu! Cintai dirimu walau apa pun kekuranganmu maka kau akan tenang menjalani hidup ini.Jangan mati sebelum mati yang sebenarnya.Walau sesusah mana pun hidupmu teruskan bertahan,pasti ada sinar di hujung jalan.Allah memerhatikanmu sentiasa.Tetaplah beriman! Pertolongan Allah itu dekat.

Ganbatte!

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

(Al-Mulk 67:2)