Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2022

2022 : Akhirnya tewas dengan Covid-19

Dalam tempoh kuarantin,

Tak tahu nak buat apa,tiba-tiba teringat ada blog.Maafkan saya kerana sibuk meneruskan kehidupan sehingga terabai blog.Sekarang adalah hari ke-4 saya menjalankan kuarantin di rumah.Tiada langsung gejala yang dialami kecuali bosan dan sepi sendiri.Tiberr.

Malam ini kita bakal memasuki bulan ramadhan 1443H yang mulia.Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghadapi bulan yang mulia ini.Semoga disempatkan juga puasa hari pertama esok.Semoga kita tak lupa,kita hamba Allah sepanjang tahun dan seumur hidup kita di dunia ini sehingga abadi.

Bulan ramadhan dihadiahkan buat kita bagi membersihkan kembali hati dan nurani yang penuh noda dan dosa.Terpaut pada dunia yang sementara.Sangat sibuk akan urusan dunia sehingga lupa menambah amal buat diri menuju syurga.Masa untuk muhasabah diri.Boleh dah kita perlahankan langkah mengejar dunia pada bulan ramadhan ini.

Kejar dunia takkan berkesudahan,letakkan ia hanya di tangan bukannya di hati.Kejar jodoh apatah lagi.Ehhh..tiberr.Serahkan segalanya pada Allah.InsyaAllah Allah takkan sia-siakan kita,hanya kita yang selalu melupakan Dia.Allahu.

Moga kita dapat berjumpa malam yang dinanti.Beramal sungguh-sungguh demi menggapai redhaNya.Kejar redha Allah,jangan kejar redha manusia.Biarpun manusia tak hargai kita,sentiasa ingat Allah sentiasa melihat dan mengawasi.Semoga yang dijangkiti Covid cepat sembuh seperti sediakala.Jumpa lagi.


Khamis, 29 Julai 2021

Kehidupan Yang Terumbang-Ambing Di Kala Pandemik

Ramai yang kehilangan pekerjaan,ramai juga yang dikurangkan gaji malah ada juga yang cuti tanpa gaji.Kita terkadang keliru dengan semua ini.Apakah yang telah diaturkanNya?Kita rasa tak berupaya untuk hadapi semua ini di kala pandemik semakin parah.Kes Covid-19 di Malaysia masih tiada perubahan.Semakin hari semakin meningkat.

Duit simpanan semakin hari semakin susut.Anak-anak tak keruan dengan pendidikan yang tak tentu.Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini,pandemik ini mencabar kekuatan emosi dan perasaan terlalu dalam.Jika tiada sokongan yang kuat boleh rebah tanpa noktah.Mahu atau tidak,virus ini telah hidup dalam komuniti.Kita tak berdaya menghalangnya lagi.


Tiba masa untuk kita bangkit kembali untuk teruskan kehidupan walaupun perit.Kepedihan hidup buat sekian kalinya ditambah dengan keluarga yang turut sama merasai kesakitan hidup dalam pandemik membuatkan kita tak boleh rebah begitu saja.Kita harus saling menguatkan antara satu sama lain.

#KerajaanGagal #KerajaanDerhaka semakin berkicauan di media sosial kerana tidak mampu membantu rakyat.Hanya rakyat yang jaga rakyat sekarang.Sedang mereka berbahas tanpa henti,berpolitik sampai mati tapi rakyat tetap perlu teruskan hidup demi amanah nyawa yang diberi tuhan.Semoga kita tak leka dalam perjalanan ini.Teruskan usaha sebaik mungkin,moga rahmat ilahi sentiasa mengiringi.




Sabtu, 24 Oktober 2020

Tragedi 24 Oktober 2020,Covid-19 di Malaysia cecah 4 angka

Benarkah perkhabaran ini?

Ya,inilah realiti yang harus diterima Malaysia.Gara-gara penangan PRN Sabah.

Rata-rata sepakat menerima kejutan.Selalu mendengar negara jiran mencecah angka 4 sudah biasa katanya.Tiba-tiba Malaysia digemparkan dengan kejutan angka mencecah 4 angka iaitu 1,228 ribu pada 24 Oktober 2020.Ini bukan lagi gurauan.


Jangan pula ia menjadi igauan.Semoga angka ini tidak kekal dan hanya kejutan buat tarikh ini saja.Jangan alpa dan jangan pula kita leka dengan virus ini yang tak mengenal sesiapa.Dulu rapat-rapatkan saf sekarang jarak-jarakkan saf.Demi menghentikan penularan virus ini.

Semoga vaksin yang akan dibawa masuk kelak berkesan menangani virus yang tidak tahu bila akan berakhir ini.Marilah kita duduk dalam norma baharu.Elakkan sentuhan,jaga jarak dan pakai mask di tempat yang sesak terutama yang bergejala.Let fight this together!