Dear blog,
Sebenarnya bukan lagi 2026 tapi sudah menghampiri penghujung 2026.Aku baru tersedar dalam kelekaan.Semacam sudah lama kehilangan arah dan minat.Hidup berpaksikan rutin kerja menunggu sehingga gaji seakan sudah sebati dalam diri hingga tak sedar apakah sebenarnya yang aku perlukan dalam hidup ini.Apakah sebenarnya yang aku mahukan dan apakah yang boleh aku buat untuk jadikan hidup ini bermanfaat.
Tiba-tiba seakan disapa sesuatu yang menyedarkan diri,aku tak boleh lagi hidup begini.Terlalu banyak sudah masa terbuang begitu saja dalam menjalani kehidupan harian.Sedangkan diri masih begini.Sendiri dan sunyi.Aku mula mencari apakah yang pernah buat aku excited tiap kali bangun untuk memulakan hari.Setelah sekian lama rasa tidak hidup,bagaikan hidup segan mati tak mahu.Aku kembali.
Ya, di sini.
Aku lupa aku dulu suka menulis di blog dan menceritakan rutin harian seperti sebuah diari walaupun selalu krisis dengan identiti diri sama ada mahu pamerkan diri atau sembunyi.Namun,fitrahnya insan mahu didengari tapi karakter setiap individu berbeza.Dan aku mahu didengari tapi tidak mahu dikenali.Begitulah yang menyebabkan blog terabai sekian lama.Dan sekian lama ini jugalah aku kehilangan diri kerana tiada tempat untuk we listen,we dont judge.
But now,hey! here i'am ! Aku sangat tidak selesa meluahkan di media sosial seperti kebanyakan orang malahan trend terkini thread umpama diari terbuka tanpa tapisan.Aku ingin menulis di blog dengan tenang sambil refleksi diri.Lega dia lain macam bila dapat menulis semula di blog.Macam mana la aku boleh lupa blog ini.
Oh my! Stay tuned~
Terlalu banyak yang nak dikongsikan sepanjang kehilangan aku di sini.Dan bagaimana kehilangan hidupku di dunia nyata.Felt like spill the tea to stranger more relieving than anyone else.Begitu banyak masa yang terbuang,jika tidak berkongsi kita tak akan ke mana seperti mana air yang tersekat akan membusuk begitulah ceritaku.Semoga ada catatan yang memberi manfaat untuk setiap yang membaca.
Moga kita menjalani hidup yang lebih bermakna untuk masa ke hadapan ini.
See yaa!
Nota : Penggunaan Kata Ganti Diri aku untuk keselesaan penceritaan.Kata Ganti Diri akan berubah mengikut situasi penceritaan.Terima kasih kerana memahami.