Oleh Mas FVOME(masfvome@gmail.com)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Blog merupakan hobi yang amat menyeronokkan bagi kebanyakan mereka yang introvert.Golongan introvert ini selalunya tidak selesa berada di khalayak ramai terlalu lama.Tenaga seolah-olah diserap oleh orang ramai dan menjadikan mereka penat.Dengan wujudnya platform seperti blog,kini mereka boleh berdiam diri di rumah dengan selesa tanpa tertekan memikirkan punca pendapatan. Terdapat pelbagai info menarik yang boleh didapati pada setiap entri yang dihasilkan para blogger. Selain daripada info menarik dan situasi semasa, kita dapat menyelami kehidupan setiap orang yang berbeza. Pelbagai pengalaman menarik dapat diperolehi menerusi pembacaan setiap entri para blogger.
Suri rumah juga tidak terkecuali menjadikan blog sebagai platform buat menjana pendapatan. Kini kebanyakan suri rumah tidak hanya sekadar duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak namun turut menjadikan blogging sebagai kerjaya. Hal ini membantu suri rumah melegakan tekanan akibat kerja rumah yang tiada berkesudahan. Platform ini merupakan sesuatu yang bagus buat suri rumah bagi berkongsi isu-isu di dalam rumah tangga yang boleh dijadikan teladan dan tauladan.
Para suri rumah boleh berkongsi teknik-teknik memguruskan hal ehwal rumah tangga seperti cara menguruskan anak-anak,pengurusan masa membuat kerja rumah di samping berkongsi resepi masakan dan lain-lain.Perkongsian ini dapat dijadikan panduan bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga dan juga yang ingin memahami dengan lebih dalam lagi selok-belok dalam rumah tangga.Tidak sekadar tulisan yang kosong,kini terdapat pelbagai iklan yang boleh dipaparkan di blog masing-masing bagi menjana pendapatan sampingan.Malah ada yang sudah berjaya mendapat pendapatan melebihi keperluan hanya dengan berblogging.
Google Adsense merupakan salah satu alternatif untuk menjana pendapatan bagi para blogger. Setelah beberapa hari berhibernasi, Google Adsense telah memberi kejutan dengan meluluskan paparan iklan di blog From View of My Eyes(Official).Keadaan ini membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk terus berblog. Semoga rakan-rakan blogger dan para pengunjung dapat memberi sokongan atas kelulusan ini.Moga semua blog lebih maju jaya di masa yang akan datang.