Memaparkan catatan dengan label Kekurangan diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekurangan diri. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Julai 2021

Berdamailah Dengan Takdir Kita

Apa itu takdir?

Takdir itu sesuatu ketetapan daripada Allah buat kita.Ada takdir yang baik,ada juga takdir yang buruk.Ada takdir yang boleh diubah,ada juga takdir yang tak boleh diubah.Kita kena merelakan setiap takdir yang berlaku atas diri kita.

Takdir yang boleh diubah sebagai contohnya daripada gemuk kepada kurus.Kulit berjerawat kepada flawless.Takdir yang tak boleh diubah,kaki cacat.Kanser.Tapi Allah bukan saja-saja timpakan takdir itu kepada kita melainkan ada hikmah yang tersembunyi.Ada rahmat di sebalik takdir itu.

Boleh jadi asbab kaki yang cacat itu Allah permudahkan jalan kita menuju syurgaNya.Asalkan kita redha dan berdamai dengan takdirNya.Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Allah menurut sangkaan hambaNya.Boleh jadi juga asbab kanser itu,kita lebih mengingati Allah dan sentiasa bertafakur padaNya.Padahal sebelum ini,Allah langsung kita tak peduli.Solat entah ke mana.Berseronok selalu tanpa batas syariat.

Sudah,jangan bersedih terlalu lama.Perasaan sedih itu benar tapi jangan terlalu diikutkan.Hidup perlu diteruskan dengan menjadi diri sendiri yang lebih baik.Terima kejadian diri sendiri dengan ikhlas.Siapa lagi yang mahu terima dan sayangi diri kita kalau bukan kita sendiri? 

Mukmin yang kuat itu lebih Allah sukai daripada mukmin yang lemah! Allah lebih suka kita kuat dan tak berputus asa daripada rahmatNya.Kalau Allah dah suka,siapa yang mampu halang kita daripada mendapat kasih sayangNya? Redha Allah itu yang utama.

Manusia caci atau hina tiada kesan buat amal kita.Ikhlaslah menerima segala kekurangan diri.Orang tak suka? Orang tak mahu menerima?Jangan gundah,Allah sayang kita.Asalkan kita berakhlak baik dan beramal hanya keranaNya.Kita hidup untuk redha Allah,bukan untuk redha manusia.

Maka,berdamailah dengan takdir kita.