Memaparkan catatan dengan label Lulusan SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lulusan SPM. Papar semua catatan

Khamis, 4 Jun 2020

Antara Kerja Dan Belajar,Dilemma Insan selepas SPM

Pada waktu ini sudah tentu ramai lulusan SPM 2019 yang mendapat keputusan sama ada lulus atau gagal untuk sambung ke IPT pilihan.Tahniah diucapkan buat yang mendapat kos dan IPT yang diingini.Manakala bagi yang tidak,jangan bersedih kerana ini bukan pengakhiran.Masih ada banyak peluang dan ruang di luar sana.

Terimbau pengalaman sendiri,

Selepas SPM aku lupa password untuk buka UPU.Dan ketika itu aku tak endah pun nak apply UPU atau mana-mana institusi sebab tak terdedah dengan pilihan.Dengan keputusan SPM yang cukup-cukup makan sudah tentu tak banyak pilihan yang ada.

Sehinggalah sampai beberapa surat dari kolej swasta.Mak Ayah amat menggalakkan aku untuk sambung belajar seperti kawan-kawan yang lain.Antara hendak dan tidak,aku menurut keinginan mereka untuk melihat anaknya berjaya.Lalu aku nekad di dalam hati untuk tebus kesilapan di bangku sekolah.

Masa itu mak ayah selalu berpesan,

"Akak jangan risaulah pasal duit,akak belajar je..tahulah ayah nak cari duit" -Ayah

Masa itu,aku menurut saja kata ayah.Memang tak fikir sangat pasal duit.Naif tak mengetahui kesusahan keluarga.Aku berusaha belajar siang malam walaupun semangat terkadang kaku timbul tenggelam.Aku teruskan juga dan berjaya mendapat keputusan yang agak baik bagi keseluruhan.Namun siapa sangka pinjaman pelajaran tetap menunggu,keputusan yang agak baik tidak cukup untuk melupuskan pinjaman.Sehingga ke hari ini tak terlangsai dengan mudah bila mana hanya bergaji minimum tak seperti yang diimpi.Kerjaya yang diangankan pula masih tak kesampaian.

                                                    Google Image

Buat adik sekalian,

Pesanan ikhlas daripada akak,jangan tersalah pilih kolej dan kos.Jika ada duit lebih(T20),teruskan ke kolej swasta tetapi jika cukup-cukup makan(B40) ambil peluang yang lebih kurang mudaratnya terhadap kewangan keluarga dan masa depan diri sendiri(menanggung hutang pelajaran bertahun lamanya).Walaupun keluarga kata,biarlah mereka berkorban demi pendidikan anak-anak namun ketahuilah jika kalian main-main dalam belajar,tak tertanggung peritnya di akhir nanti.

Ingin diingatkan sekali lagi,

Melainkan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga,jangan sesekali buat hutang pelajaran jika malas belajar.Bukan anda saja yang rugi,malah hutang pula menggunung tinggi.Jika rasa tak cerdas belajar tapi teringin untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi,eloklah bekerja dahulu untuk mengutip pengalaman dan wang ringgit.Sebenarnya,duit itu penting untuk menanggung kos kehidupan semasa belajar.Kelak,anda boleh pilih jurusan apa saja yang diingini sama ada secara sambilan atau sepenuh masa tanpa perlu risau masalah kewangan lagi.

                                                   Google Image

Bukankah kita menyambung pelajaran untuk kehidupan masa depan yang lebih baik?Baik bergaji besar mahupun berpangkat tinggi.Maka,jangan tersalah pilih jalan kehidupan kerana mulut dan tanggapan masyarakat.Berbincanglah baik-baik dengan keluarga dan orang berilmu penuh teliti perancangan masa hadapan,pelajaran dan kewangan.Bila sudah mendapat kata sepakat maka beristikharahlah.Minta petunjuk Allah,moga ditunjukkan jalan yang terbaik buat anda semua.

"Keputusan selepas perancangan itu lebih daripada tiada perancangan langsung" -Mas FVOME

Kenali potensi diri agar kelak tidak memakan diri.Bekerja untuk bayar semula pinjaman pelajaran amatlah tidak enak seperti diri ini.Masa tak boleh diputar kembali tapi kita yang dah terlajak ini boleh buat U-turn dan bagitahu adik-adik supaya jangan ikut jejak langkah abang kakak yang tak berapa nak cerdik ini.

"Orang yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya" -George Santayana

Ingat adik-adik,

Demi kehidupan yang lebih baik.Anda mesti bijak memilih antara kerja dahulu atau terus menyambung pelajaran.Sekarang,peluang pekerjaan bergaji besar juga memerlukan pengalaman kerja.Tak cukup sekadar pointer tinggi mahupun universiti yang gah.Kemahiran seringkali dijadikan ciri utama oleh majikan untuk menggaji pekerja.

                                                    Google Image

Utamakan yang lebih utama.Ilmu bukan saja di Universiti.Tidak pula di atas segulung kertas mahupun jubah.Melainkan ilmu yang dimanfaatkan.Jua ilmu di jalanan,paling berharga buat muhasabah diri.Tak perlu tergesa-gesa mengejar ilmu hingga berhutang tak mampu hapus 7 keturunan.

Bagaimana pula menurut kalian?