Memaparkan catatan dengan label PKPB di Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKPB di Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Disember 2020

PKPB Negeri Selangor dan KL Dilanjutkan Sehingga 20 Disember 2020 Namun Dibenarkan Rentas Negeri

Pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang telah dinantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bermaustautin di Negeri Selangor dan KL ditunggu dengan penuh debaran.Bermula pukul 4 petang rupanya ditunda sehingga 4.30 petang.Akhirnya keputusan yang dinantikan telah tiba.Namun berita duka buat mereka yang berada di Negeri Selangor dan KL kecuali di daerah Kuala Selangor,Sabak Bernam dan Hulu Selangor.PKPB akan dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.

Namun begitu,beberapa SOP penting telah dipinda bagi kemudahan orang awam menjalankan aktiviti seperti biasa dalam norma baharu.Hal ini mungkin bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah kehidupan norma baharu memandangkan virus ini hidup sekitar kita.Terdapat dua pindaan SOP dalam kawasan PKPB iaitu :


1.Orang Awam Dibenarkan Merentas Daerah Dan Negeri Bagi Kawasan PKPB Kecuali Kawasan PKPD-Tidak Perlu Surat Kebenaran PDRM

Kedengaran pelik bin ajaib bunyinya.Rata-rata pelayar garis masa menzahirkan perasaan kurang senang namun ada juga yang menarik nafas lega kerana boleh berulang-alik tanpa sekatan seperti tular di media sosial.Hal ini agak membimbangkan juga seperti mana yang kita ketahui kebanyakan kes meningkat akibat kegiatan rentas negeri oleh pesakit yang dijangkiti Covid-19.Imbas kembali bagaimana kes Covid-19 di semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada PRK Sabah yang lalu akibat merentas negeri? Adakah sejarah mungkin berulang? Moga yang bergejala tidak terlibat dalam pergerakan ini.

2.Tiada Lagi Had Penumpang Mengikut Kapasiti Kenderaan

Semua lapisan masyarakat meraikan berita ini.Sekarang satu keluarga boleh keluar bersama-sama tanpa ada yang tertinggal menangis di belakang pintu.Tak ada lagi menangis sambil selubung bawah selimut sebab tak boleh ikut keluar.Maka muncullah keluarga bahagia bersiar-siar menaiki kenderaan bersama-sama.Cuti perancangan anda dengan hebat dan elakkan kawasan berisiko tinggi.Berjalan bersama-sama,dijangkiti bersama-sama.Mohon dijauhkan.Amalkan norma baharu.Kerap cuci tangan,guna pembasmi kuman dan jaga jarak anda.

Semoga pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara ini membuatkan kita lebih berasa selamat,aman dan tenteram.Yang penting tetap kita jaga kita.Jika sudah dijangkiti maka tiada siapa yang mampu menjaga walaupun orang tersayang kecuali orang yang diselubungi PPE datang memberi ubat dan makanan.Tetaplah hidup walaupun dalam norma baharu.Hidup perlu diteruskan walau apa pun keadaannya sehingga dikembalikan semula ke asal.

Sabar itu iman,

Perjalanan masih panjang,

Cekalkan hati ke arah satu tujuan.