Sabtu, 23 Januari 2021

10 Kelebihan Membaca Al-Quran

Tahukah anda surau dan masjid di setiap pelusuk daerah di negeri seluruh Malaysia mengadakan kelas fardhu ain.Kita sebagai rakyat Malaysia sangat beruntung sebab tak ada siapa yang sekat kita untuk belajar agama malah diisediakan pendidikan percuma lagi.Antara mahu dengan tidak sahaja.Pendidikan fardhu ain ini wajib untuk setiap muslim yang telah baligh dan berakal.Tak terkecuali di kampung saya.Setiap hari rabu,masjid di kampung akan adakan kelas fardhu ain jika tidak ada aral.Saya kerap mengikuti kelas ini dengan mak saya setiap kali cuti balik kampung.Namun kerana covid yang melanda dunia hujung tahun 2019 yang lalu menjadikan kelas tidak boleh lagi berjalan seperti biasa.

Kalut-kalut tak jumpa pen biru,pen merah pun jadilah.

Terimbau kenangan dan suasana kelas fardhu ain di Kampung.Di sini saya coretkan perkongsian ustazah mengenai kelebihan membaca Al-Quran lebih tiga tahun(10 Januari 2018) yang lalu.Catatan lama tapi ilmunya berguna seumur usia.Pasti semua dah sedia maklum kelebihan-kelebihannya kan. Cuma tinggal untuk amalkan je lagi termasuklah diri ini. Tiadalah Allah menurunkan Al-Quran ini melainkan hendakkan kebaikan untuk hamba-hambanya.

Damai makcik-makcik kampung rapat-rapat dengan ustazah sebelum wujudnya covid-19


1.Mendapat kebaikan di dunia dan akhirat

Kelebihan pertama yang ustazah sebutkan ialah kelebihan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Begitu beruntungnya mereka yang membaca Al-Quran,bukan saja kebaikan di dunia malah juga di akhirat.Maka apa kita tunggu lagi!

Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan) dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat".(Saba' 34:49)

2.Meningkatkan darjat

Sudah tentu tingkatan orang yang membaca Al-Quran lain daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.Seperti itulah perbezaan orang yang beriman dengan tidak beriman.Tak sama kan.Semakin banyak kita membaca Al-Quran semakin tinggi darjat kita.Semoga begitu juga dengan tingkatan syurga kita.Allahumma aamiin.

3.Mendapat rahmat dan perlindungan Allah

Apa-apa yang mengingatkan diri kita pada Allah,akan mendapat rahmat dan perlindungan dariNya.Apatah lagi bila kita membaca Al-Quran.

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."(A-li'Imraan 3:164

4.Mendapat syafaat

"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat bagi ahlinya iaitu orang yang membacanya,mempelajari dan mengamalkan" HR.Muslim

5.Baik perilakunya

Dengan berkat Al-Quran,akhlak yang tak bagus itu perlahan-lahan akan menjadi baik.InsyaAllah.Mana mungkin orang yang membaca Al-Quran dan hayati maknanya tak terkesan dengan peringatan demi peringatan di dalamnya.Mustahil sungguh kecuali membaca tanpa sedar.Semoga perilaku kita seindah kalamullah.


Semasa kelas berjalan,hujan rahmat menyejukkan bumi dan seisinya.Begitu juga hati.


6.Hati menjadi tenang dan tenteram

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah.Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya."(Az-Zumar 39:23)

7.Selamat di dunia dan akhirat

Bila kita istiqamah membaca Al-Quran secara tak langsung ia akan membawa kita tetap di atas jalan kebenaran sentiasa.InsyaAllah maka jalan kita takkan tempang dan selamat mengikut petunjuk di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

8.Penyembuh penyakit

Tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali mati.Maka Al-Quran juga adalah salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.Jika sesuai dengan caranya,maka penyakit akan sembuh dengan izinNya.Di sini ustazah terangkan bahawa kita boleh meminta orang alim untuk doakan dan bacakan ayat Al-Quran sebagai salah satu ikhtiar meminta pada Allah untuk disembuhkan penyakit.

9.Dapat menyembuhkan penyakit hati

Jangan salah faham.Penyakit hati ini bukan penyakit hepatitis A,B atau C.Atau cirrhosis ke..hahaa..penyakit hati ini penyakit rohani seperti hasad dengki,busuk hati,iri hati,sombong dan lain-lain.Nampak orang pakai tudung baru,dia pun nak juga.Nampak orang pakai baju sama pun menyampah pula.Lepas tu ada mak cik ni menyampuk.."Yelah ustazah..kilang tu takde la pula buat untuk kita je ..ye dak.."Hihii.Betul tu mak cik.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus 10:57)

10.Memberikan kenikmatan kepada kedua orang tua

Al-Quran ini bila dibaca oleh anak-anak akan memberi kenikmatan kepada kedua orang tua.Bak kata,sejuk perut mak mengandung.Tenteram hati bapa yang melihat.Pahala bila anak baca Al-Quran ini umpama MLM kepada ibubapa.Tak perlu buat apa-apa dah dapat pahala.Alhamdulillah.Begitulah nikmatnya hidup bila dapat anak yang soleh solehah.Dan aku kongsikan 10 kelebihan membaca Al-Quran di sini sebagai peringatan untuk jangka masa panjang.Semoga beroleh keberkatan buat diri dan semua yang membaca.




Selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan