Sedar-sedar sudah penghujung Jun 2021.Pertengahan tahun yang hilang begitu saja akibat pandemik yang tidak reda-reda.Sehingga ke saat ini,angka positif terusan menunjukkan 5 ribu ke atas.Ramai yang sudah terkesan sejak pandemik bermula 2019 lagi.
Sudah hampir dua tahun kita melalui perkara yang sama tanpa ada perubahan malahan semakin teruk.Ada yang sudah tidak mampu meneruskan kehidupan,sehingga terduduk.Ada yang kekacauan jiwa kerana dibuang kerja,terpaksa hidup ala kadar sekadar melepaskan nyawa.
Tiada lagi kebanggaan kemewahan yang sementara.Ujian Covid-19 ini membawa neraca yang baru buat jiwa-jiwa yang telah kehilangan arah.Mengembalikan jiwa yang telah mati menuju kepada pencipta seluruh alam.Ketahuilah,jika begitulah keadaannya inilah dugaan paling terindah.
Membawa kembali jiwa kita yang kering kekontangan kerana cintakan dunia dan takut mati.Apakah yang lebih bahagia selain mengenal kembali tujuan penghidupan ini?Tidaklah Dia jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya.
Jika kamu rasa tak mampu,sesungguhnya ada Dia yang akan mencukupi dan memberikan kekuatan yang baru buatmu.Sedarilah,Allah takkan biarkan kita kecewa sendirian.Sesungguhnya ujian ini bukan untuk menyiksa melainkan untuk kembali taat padaNya.Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung.
Moga syurga ganjarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan