Wednesday, 29 July 2020

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 disabitkan hukuman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020

Tercatat dalam sejarah Malaysia,

Buat pertama kali seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas 7 pertuduhan membabitkan kes SRC International.Mengikut sumber berita negara,hukuman dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri ke-6 yang juga ahli Parlimen Pekan,Pahang sebanyak 12 tahun penjara dan didenda sebanyak Rm210 juta.

Jika bayaran tidak dapat dilangsaikan maka hukuman penjara boleh ditambah 5 tahun lagi.Dalam proses ke mahkamah rayuan,beliau diikat jamin sebanyak Rm1 juta dengan dua penjamin.Beliau boleh menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen seperti biasa dan belum hilang kelayakan selagi mana belum menjalankan hukuman.Keputusan akan ditentukan di Mahkamah Rayuan.

Berita ini tentu memberi impak yang amat besar kepada rakyat Malaysia amnya.Terutama kepada sekalian ahli parti politik Melayu terbesar di Malaysia dan para penyokong beliau.Bangkitlah kembali dan teruskan jalan demi agama,bangsa dan negara jika benar jalan perjuangannya.Kesilapan hanya boleh diperbaiki dengan muhasabah diri,insafi kekhilafan dan rombak kembali kepimpinan dengan nafas baru.

Semenjak sekian lama,dunia politik acapkali dikotorkan dengan mainan duit,harta,pangkat dan kuasa.Bolehkah keadaan ini berubah? Dalam kerangka pandangan orang politik yang tidak kukuh pegangan dan halatuju,mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibanteras kecuali menukar fikrah dan sudut pandangan daripada belenggu dunia semata-semata ke arah pengabdian dunia menuju jalan ke akhirat.

"Tanpa belas,ketamakan akan menjerumuskan insan ke arah kebinasaan"

Baik kawan mahupun lawan,baik kerajaan mahupun pembangkang,tiada yang kekal di antara keduanya.Pergolakan di antara kebenaran dan kebatilan sentiasa berterusan.Yang pasti salah satu akan menguasai negara.Hanya kita yang menentukan menggunakan akal yang diberi tuhan.Siapakah yang lebih kurang mudaratnya.

Asalkan ia memberi manfaat dan tak kejam terhadap sesuatu pihak,pasti sokongan akan diberi tanpa dinanti.Kita yang memerhati dan selalu dikejutkan dengan berita-berita yang menyesakkan,terkadang tak mahu lagi ambil peduli dan cakna dengan isu semasa dan politik negara.

Namun ini negara kita,

Jangan biarkan ia di tangan yang menghancurkan perpaduan mahupun kesimbangan dalam keharmonian negara.Bangkitlah wahai anak muda,sedarlah ayahanda dan ibunda! Ini negara kita,berbilang kaum dan pelbagai agama dan bangsa kita di bawah langit yang sama.

Sayangi Malaysiaku!

                                             Google Image

Rumah kita bersama,jangan biarkan sesiapa menggugat keharmoniannya! Hatta ahli politik sekalipun! Undi kita tanggungjawab kita bersama membina negara yang selamat untuk hidup dalamnya!

Moga kita tak tersalah pilih.

Yakin pasti ada yang terbaik di antara mereka walau tak sempurna mana.

Kerana kita,manusia biasa.

Namun bukan alasan untuk berbuat durjana.

2 comments:

  1. Besar tanggungjawab memimpin negara ni. Rakyat bukan nak kan kemajuan saja tapi juga pemimpin yang amanah dan jujur.

    ReplyDelete
  2. Banyak kesalahan dia.. Entahla.. Baca je apa orang post..

    ReplyDelete