Selasa, 14 Julai 2020

Perempuan Umpama Kain Buruk Selepas Berkahwin

Dari kejauhan kelihatan seseorang menghampiri meja kami.

"Ohh..akak HijauTwo..janganlah duduk sini..namun.."

Akak HijauTwo mengambil tempat di kerusi yang kosong di sebelah aku.Suasana yang agak sunyi bertambah hening dengan kehadiran beliau.Tak sampai beberapa saat,dua tiga orang akak Hijau yang lain datang bertanyakan sesuatu pada akak HijauTwo secara serentak.

Suasana bertukar hingar-bingar.

Beliau kelihatan agak kusut.Manakan tidak,dua tiga orang datang serentak bertanyakan itu ini membuatkan akak HijauTwo mengomel-ngomel.Lalu menyampaikan luahannya pada kami yang sedang ralit membuat kerja.

"Budak-budak sekarang manja tak boleh kena marah dah nak buat muka"

"Akak dulu susah tau..mula-mula buat kerja nie tak senang macam korang sekarang ni"

"Akak dulu memang daripada keluarga yang susah memang matlamat nak tolong mak ayah,tak tahulah matlamat korang apa dia untuk kerja ni.."

"Akak dulu memang kalau boleh nak duduk rumah jaga anak tapi sebab suami akak kurang kemampuan akak terpaksa kerja.Bukan jodoh akak dengan pakwe lama dulu.Dia orang senang.Tapi tak apalah mungkin ada hikmahnya kehidupan ini."

                                           Google Image

Kita ni bila dah kahwin umpama kain buruk.Kalau tak kerja,kita tak ada apa-apa.Kalau suami sakit atau berlaku apa-apa yang tak diingini kita hilang arah.Jadi perempuan kena kerja sebagai back up suami dan keluarga untuk suatu hari yang tak pasti.

Kata-kata beliau buatkan aku tak semena-mena termenung jauh.Merenung jauh menembusi dimensi.Cita-cita dan impian untuk seronok dan bahagia dalam rumahtangga sirna seketika.Lebih banyak mehnah dan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan.

Teringat aku akan peribahasa melayu,

"Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai"

Perkongsiannya buatkan aku lebih memikirkan.

Aku gerun.

Namun iman mengatakan,tak perlu takut untuk membina sebuah mahligai cinta jika benar niat asalnya.Hanya kerana Yang Satu.Berjanji Ingin bersama-sama tabah mengharungi ujian mengikut landasanNya demi bahagia yang diimpi iaitu keredhaan ilahi lalu hidup di Syurga Nan Abadi.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

At-Tawbah:71

Di sana nanti.

Pasti takkan sia-sia jerih perihmu di bumi.


5 ulasan:

  1. betul tu. perempuan bila da kawin kena ada backup. in case anything happen dgn husband senang

    BalasPadam
  2. kahwin ni bukan lah teruk sangat sebenarnya. Cukup kalau kita memilih orang yang betul, InsyaAllah.. Bahagia je. Tak kira la suami mati awal ke mati lambat ke, kena cerai ke, tak de istilah bila suami tak de terus jadi kain buruk..


    Salah kalau kita anggap macam tu..

    Kalau niat kawin sebab nak seronok memang merana la lepas kena tinggal. Kenapa dia rasa kalau kawin dengan lelaki kaya , boleh bahagia??Yakin sangat dia.

    BalasPadam
  3. niat baik, dibalas baik. insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Ya kan, semua kena kita seimbangkan, moga2 tak tumbang

    BalasPadam
  5. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ;)

    BalasPadam