Khamis, 29 Julai 2021

Kehidupan Yang Terumbang-Ambing Di Kala Pandemik

Ramai yang kehilangan pekerjaan,ramai juga yang dikurangkan gaji malah ada juga yang cuti tanpa gaji.Kita terkadang keliru dengan semua ini.Apakah yang telah diaturkanNya?Kita rasa tak berupaya untuk hadapi semua ini di kala pandemik semakin parah.Kes Covid-19 di Malaysia masih tiada perubahan.Semakin hari semakin meningkat.

Duit simpanan semakin hari semakin susut.Anak-anak tak keruan dengan pendidikan yang tak tentu.Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini,pandemik ini mencabar kekuatan emosi dan perasaan terlalu dalam.Jika tiada sokongan yang kuat boleh rebah tanpa noktah.Mahu atau tidak,virus ini telah hidup dalam komuniti.Kita tak berdaya menghalangnya lagi.


Tiba masa untuk kita bangkit kembali untuk teruskan kehidupan walaupun perit.Kepedihan hidup buat sekian kalinya ditambah dengan keluarga yang turut sama merasai kesakitan hidup dalam pandemik membuatkan kita tak boleh rebah begitu saja.Kita harus saling menguatkan antara satu sama lain.

#KerajaanGagal #KerajaanDerhaka semakin berkicauan di media sosial kerana tidak mampu membantu rakyat.Hanya rakyat yang jaga rakyat sekarang.Sedang mereka berbahas tanpa henti,berpolitik sampai mati tapi rakyat tetap perlu teruskan hidup demi amanah nyawa yang diberi tuhan.Semoga kita tak leka dalam perjalanan ini.Teruskan usaha sebaik mungkin,moga rahmat ilahi sentiasa mengiringi.




2 ulasan:

  1. betul. Mereka berebut kerusi, rakyat bertungkus lumus nak survive. :)

    BalasPadam
  2. Ramai yang dah penat.. Tak tahu dah nak cakap apa..
    Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Hari makin hari kes masih tinggi dan tiada tanda angka turun bawah 10k or 5k..

    BalasPadam