Soalan yang paling gerun untuk didengari jika sesiapa pun bertanya.Yang lebih menggerunkan, "bujang lagi kan?" Tak lebih menyeramkan, "umur berapa dah?" Semua itu pasti menggelisahkan bagi insan yang menginjak ke angka pertengahan 20-an.Lebih sensitif bagi perempuan.Lelaki umur berapa pun boleh buat selamba lagi.Betul ke lelaki sekalian? Sila utarakan jawapan anda.
Bagi perempuan bekerjaya,lebih lagi baru nak merasai hidup mampu menyara diri tanpa mengharapkan bantuan keluarga,soalan itu amatlah bagai angin lalu.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri tapi akan singgah di hati sebentar.Menjejak nurani seorang wanita.Bukan tak nak,bukan tak mahu,cuma belum tiba masanya.Kun Fayakun.
Bagi lelaki,
Mereka boleh memilih hendak wanita yang bagaimana untuk dijadikan surihati.Tak kira free hair atau bertudung labuh,jahil atau alim,cantik atau sederhana kerana sifatnya lelaki mendidik dan membimbing wanita.Walau bagaimana sekalipun seorang perempuan itu,mampu dicairkan oleh lelaki yang dikasihi sepenuh hati.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita".
An-Nisa' 4:34
Namun untuk wanita,
Tidak mudah memilih ayah buat bakal anak-anak.Pembimbing dari dunia nan fana menuju syurga nan abadi.Jika tersalah pilih,sukar untuk bahagia.Hanya mampu bersabar dalam derita.Tak mudah lelaki mengikut perempuan kerana keegoan yang tinggi kecuali yang ikhlas menyayangi.Tidak mengapa saudari,bersabarlah menanti yang terbaik daripada tergopoh-gapah ambil apa yang di depan mata demi keselamatan dunia akhirat.
"Sendiri itu lebih baik daripada mempunyai pasangan hidup yang membawa ke neraka" -Mas FVOME
Jika anda masih bersendiri saat ini,jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada mendengar.Tumpukan perhatian kepada yang lebih utama.Di saat menunggu jodoh menjemput ketahuilah ajal juga mencari.Tanpa ketahui siapa yang akan sampai dahulu,perbanyakkan amal sebelum dijemput agar kita lebih bersedia.Sama ada alam rumahtangga atau alam kubur.
Alam dunia pula,
Sendiri juga boleh bahagia.Catatkan matlamat dan impian anda,kumpul duit dan aset di samping memperbaiki diri.Bahagiakan diri dengan merealisasikan impian yang diidamkan.Semoga apabila disatukan dengan jodoh yang ditakdirkan Allah kelak,anda tidak menyesal tiada apa-apa.Nikmati waktu bersendiri anda sebelum dirampas waktu berdua.
Google Image