Jumaat, 5 Jun 2020

Meningkah Arus,Kumpul Aset Tanpa Cinta

"Bila nak kahwin?"

Soalan yang paling gerun untuk didengari jika sesiapa pun bertanya.Yang lebih menggerunkan, "bujang lagi kan?" Tak lebih menyeramkan, "umur berapa dah?" Semua itu pasti menggelisahkan bagi insan yang menginjak ke angka pertengahan 20-an.Lebih sensitif bagi perempuan.Lelaki umur berapa pun boleh buat selamba lagi.Betul ke lelaki sekalian? Sila utarakan jawapan anda.

Bagi perempuan bekerjaya,lebih lagi baru nak merasai hidup mampu menyara diri tanpa mengharapkan bantuan keluarga,soalan itu amatlah bagai angin lalu.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri tapi akan singgah di hati sebentar.Menjejak nurani seorang wanita.Bukan tak nak,bukan tak mahu,cuma belum tiba masanya.Kun Fayakun.

Bagi lelaki,

Mereka boleh memilih hendak wanita yang bagaimana untuk dijadikan surihati.Tak kira free hair atau bertudung labuh,jahil atau alim,cantik atau sederhana kerana sifatnya lelaki mendidik dan membimbing wanita.Walau bagaimana sekalipun seorang perempuan itu,mampu dicairkan oleh lelaki yang dikasihi sepenuh hati.

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita". 

An-Nisa' 4:34

Namun untuk wanita,

Tidak mudah memilih ayah buat bakal anak-anak.Pembimbing dari dunia nan fana menuju syurga nan abadi.Jika tersalah pilih,sukar untuk bahagia.Hanya mampu bersabar dalam derita.Tak mudah lelaki mengikut perempuan kerana keegoan yang tinggi kecuali yang ikhlas menyayangi.Tidak mengapa saudari,bersabarlah menanti yang terbaik daripada tergopoh-gapah ambil apa yang di depan mata demi keselamatan dunia akhirat.

"Sendiri itu lebih baik daripada mempunyai pasangan hidup yang membawa ke neraka" -Mas FVOME

Jika anda masih bersendiri saat ini,jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada mendengar.Tumpukan perhatian kepada yang lebih utama.Di saat menunggu jodoh menjemput ketahuilah ajal juga mencari.Tanpa ketahui siapa yang akan sampai dahulu,perbanyakkan amal sebelum dijemput agar kita lebih bersedia.Sama ada alam rumahtangga atau alam kubur.

Alam dunia pula,

Sendiri juga boleh bahagia.Catatkan matlamat dan impian anda,kumpul duit dan aset di samping memperbaiki diri.Bahagiakan diri dengan merealisasikan impian yang diidamkan.Semoga apabila disatukan dengan jodoh yang ditakdirkan Allah kelak,anda tidak menyesal tiada apa-apa.Nikmati waktu bersendiri anda sebelum dirampas waktu berdua.

                                                     Google Image

18 ulasan:

  1. Pertengahan 20 an
    Kita lagi up 10 thn lg.
    Soalan tu da lali dah

    BalasPadam
  2. Berkahwinlah bila bersedia. Paling penting

    BalasPadam
  3. Bagi Mai, yang baik tu selalunya datang lambat sikit, hehe. InsyaAllah fikir yang baik-baik,didik diri jadi yang terbaik, doa selalu mesti dapat jodoh yang baik juga. hee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. allahumma aamiin..insyaAllah bersangka baik dgn setiap takdirNya.

      Padam
  4. Setiap orang ada jodoh masing2.. Sentiasa berdoa dapat pasnagan yang baik

    BalasPadam
  5. cepat atau lambat je kan.InsyaAllah allahumma aamiin.

    BalasPadam
  6. Jodoh seseorang Allah tentukan
    Tapi memang ada orang tak bertemu jodohnya sepanjang hayat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kurang juga di lewat usia,insyaAllah Allah aturkan apa yg terbaik buat hambaNya.Jangan gundah pada yg tidak bertemu jodoh asalkan mampu bertemu Sang Pencipta dengan hati yg sejahtera.Moga dikurniakan syurgaNya.

      Padam
  7. Jodoh,maut Allah yang menentukan..

    BalasPadam
  8. sebelum kawen dulu tak pernah terasa bila orang tanya bila nak kawn sebab memang taknak kawen cepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pd penerimaan seseorg.Kalau yg dh lewat sgt tu mcm sensitif juga kan.

      Padam
  9. Jodoh tu rahsia Allah s.w.t. Doa yang baik-baik, in sha allah datang yg baik-baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. allahumma aamiin.InsyaAllah sentiasa bersangka baik dgn Allah

      Padam