Perjalanan hidup kita di muka bumi ini mempunyai banyak mehnah dan ujian. Terkadang kita berasa sedih terkadang kita gembira terkadang kita buntu dalam perjalanan. Tak sedar kita hendak ke mana. Bagaikan hilang arah. Dunia yang luas ini kita terasa amat sempit. Kita seakan terlupa sebenarnya kita hendak ke mana. Jadi sebenarnya kita hendak ke mana guys?
Lagi pula bila PKP di Malaysia tiada tanda-tanda akan berkesudahan. Turun paras 5,000 sehari selepas itu naik kembali. Sehingga ramai yang telah buntu dan hilang kewarasan akal dan fikiran. Kejadian terbaru berlaku di sebuah tanah air di utara Malaysia di mana si mati telah membunuh diri akibat kemurungan diberhentikan kerja dan tak mampu menanggung peritnya sebuah kehidupan. Dan mungkin ada banyak lagi kejadian seumpama itu yang tidak mendapat liputin. Mungkin itu saja jalan terakhir yang boleh difikirkan mereka untuk mengakhiri kesengsaraan hidup ini.
Jika ada dalam kalangan kita yang tertekan, kemurungan dan mula berfikir bukan-bukan. Tolong. Tolong jangan duduk berseorangan, keluarlah melihat pemandangan ciptaan Allah dan cara hidup orang lain. Dari situ dengan izinnya akan kita temui hikmah pada setiap kehidupan. Pandanglah hidup dengan pandangan rahmat Allah. Masih ada sinar untukmu bagi meneruskan kehidupan selagi mana kudrat dan nyawa di badan.
Jika masih tidak dapat mengawal tekanan setelah meluahkan dan bersembang dengan orang-orang sekeliling, berjumpalah doktor pakar dalam bidang kesihatan mental. Doktor itu tak wujud dengan sengaja. Adanya dia untuk membantu setiap sakit yang dimiliki untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. Sehingga akhirnya kita dapat menjalani kehidupan dengan tenang sehinggalah ajal datang mendekat. Pada waktu yang sepatutnya.
Dunia ini susah dan memang tak adil bagi sesetengah orang. Itulah hakikatnya tapi ia hanyalah fatamorgana. Dunia ini bersifat sementara. Semua akan mati, dunia ini pun akan hancur binasa. Bagaimana tahu semua akan mati? Cuba lihat di tanah perkuburan, bukankah dahulu mereka semua pernah hidup? Begitulah takdir kita suatu hari nanti. MUNGKIN HARI INI HARI ESOK ATAU NANTI.
Ganbatte!
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
As follow sini... good sharing..
BalasPadam