Memaparkan catatan dengan label Chit Chat Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chit Chat Muhasabah. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mei 2020

Gara-Gara Pandemik Covid19,Raya Aidilfitri 2020 Tanpa Keluarga Di Sisi

Salam Syawal kawan-kawan.

Bagaimana raya korang semua?

Saya?

Alhamdulillah ala kulli hal,beraya tanpa keluarga yang berada di Darul Makmur.Manakala anaknya ini tersadai di Darul Ehsan.Namun pagi raya tetaplah disambut dengan sederhana dan mengikut sunnah.

Sehari sebelum raya barulah buat gila membeli belah barang dapur dan baju raya.Di penghujung waktu timbul pula rasa bersalah jika tak sambut dengan kegembiraan tanda kesyukuran dan hari kemenangan kita sebulan berpuasa.Maka baju raya adalah salah satu alternatif hendak meningkatkan mood gembira.

Sampai waktu berbuka,barulah baju raya yang dirasakan sesuai buat diri diperoleh.Tapi terasa ralat..tak sedar ramadan dah berlalu sebaik saja azan maghrib berkumandang.Terasa lebih syahdu daripada tak dapat pulang ke kampung.

"Oh ramadan..semoga kita bertemu lagi 11 bulan akan datang..bulan berkat bulan mulia..bulan terbebas api neraka..kau pergi begitu pantas😭"

Kembali ke rumah sewa,saat-saat terakhir mengemas rumah sewa sambil memasak rendang untuk santapan pagi raya.Yang pergi tetaplah akan pergi tapi yang tiba jangan diabaikan.Kecil hati member.Perumpamaan untuk ketibaan Syawal.Alhamdulillah disambut dengan penuh kesyukuran.

                                                       Google Image

Seawal pagi,takbir bergema memuji ilahi.Kita bersihkan diri dengan niat sunat aidilfitri.Moga terhapus segala dosa dan kotoran daripada hati dan badan.Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita.Berwangi-wangian memakai pakaian baru.Menghias diri seindah peribadi.Walau apa pun rupa bentuk kejadian.Itulah sebaik-baik ciptaan Allah.Yang mencaci dan memaki.Awas! ciptaan siapa yang kamu hina.Muhasabah kembali.

Kita cantik dengan cara tersendiri.Ada keistimewaan yang diberi.Sayangi diri kita lebih daripada kita sayangkan orang lain.Jangan biarkan diri kita kesedihan kerana orang lain.Kita mampu mengubahnya.

"You're beautiful just the way you are." 

-Bruno Mars

Sayup-sayup kedengaran takbir di surau kediaman.Rasa bersyukur walau dari kejauhan masih terdengar suara memuji kebesaran ilahi.Petanda tempat ini selamat untuk didiami dan diberkahi sekitarnya kerana doa malaikat buat insan yang memuji Allah.Makanan yang dah siap terhidang dijamu penuh berselera.Syukur akhirnya menyempurnakan Syawal dengan menunaikan solat sunat aidil fitri walau bersendirian bertakbir memuji ilahi.Namun gemanya terdengar di langit yang sama.

"Maka Nikmat Manakah Yang Ingin Kau Dustakan?

-Ar-Rahman(QS)

Walau norma baru menyambut hari raya,namun kebiasaan kita hidup bertuhan jangan dilupakan.Seiring zaman takkan luput cara kita ibadah bertakbir,bertahlil dan bertahmid.Allah yang menentukan setiap sesuatu.Allah jua yang boleh mengangkat kembali bencana ini.Mudah-mudahan pandemik Covid19 ini akan beransur pulih seterusnya menghilang seperi hilangnya debu-debu dosa dengan istighfar.Allahumma aamiin.

Minal aidin wal faizin.

                                                

Jumaat, 15 Mei 2020

Lulus tak puasa hari ini? Atau Kurus~

Apa khabar kawan-kawan?

Sejak bila ada kawan ini.😂

Terinspirasi daripada blog .Amirul.

Nak ada post punya pasal dia pun mengajaklah sembang dalam entry dia.Nak tak nak aku kena buat juga ini.Kalau tidak bersawang lagi blog aku.Hanya tinggal kenangan.Oh No!! 

Apa khabar korang hari ini? Apa khabar iman? Semoga bertambah dalam redha Allah.Macam mana puasa hari ini? Penat tak?Harap lulus sampai berbuka.Paling kurang pun kurus saja kan sebab mengata orang banyak.Lagi-lagi kaki sembang.

"Ehhh!! pandai jer kauu..bukan mengata yer..bercerita je.."

Banyaklah korang.Ada beza tau antara mengata dengan bercerita.Mengata adalah menceritakan tentang aib seseorang.

Contoh :
"Kau kenal Mat Sengal tu..semalam aku nampak dia makan dengan kawan-kawan dia dekat kedai Ah Ngek..giler laa..tengah bulan puasa macam ni..bla..bla..bla.."

Manakala bercerita adalah memberitahu sesuatu khabar gembira atau duka.

Contoh :
"Semalam Cik Kiah dah lahirkan anaknya yang sulung..comel wehh!"

Kalau nak tahu mengata ini dalam bahasa lainnya ghibah aka mengumpat.Jangan tak tahu ada ayat al quran yang beri amaran pasal pengumpat ini.Boleh ambil al quran terjemahan sekarang buka surah Al-Humazah.Now!!

Dah buka dah? dah baca? Alhamdulillah sekarang boleh share dekat komen apa yang korang faham tentang ayat itu.Atau apa yang korang rasa dari lubuk hati yang paling dalam..agak-agak apa yang Allah nak bagitahu ya?

Dah terantuk barulah nak tengadah.Kita selalu buat silap.Tak lepas dari dosa.Hanya pada Allah kita berlindung dan meraih kekuatan dijauhkan daripada sekecil-kecil dosa hinggalah ke sebesar-besar dosa.Walaupun sukar namun tak susah jika ada niat nak berhijrah ke arah kebaikan.

"Ahh!! ini semua poyo!"

Poyo ke kalau buat baik dan mengikut acuan islam yang sebenar? Kalau begitu tanggapannya,marilah kita poyo sama-sama agar tiada yang terbakar oleh api neraka yang menjulang hingga ke ulu hati.

                                                Google Image

Nauzubillah min zalik.Jom kita sama-sama muhasabah.