Ahad, 24 Mei 2020

Gara-Gara Pandemik Covid19,Raya Aidilfitri 2020 Tanpa Keluarga Di Sisi

Salam Syawal kawan-kawan.

Bagaimana raya korang semua?

Saya?

Alhamdulillah ala kulli hal,beraya tanpa keluarga yang berada di Darul Makmur.Manakala anaknya ini tersadai di Darul Ehsan.Namun pagi raya tetaplah disambut dengan sederhana dan mengikut sunnah.

Sehari sebelum raya barulah buat gila membeli belah barang dapur dan baju raya.Di penghujung waktu timbul pula rasa bersalah jika tak sambut dengan kegembiraan tanda kesyukuran dan hari kemenangan kita sebulan berpuasa.Maka baju raya adalah salah satu alternatif hendak meningkatkan mood gembira.

Sampai waktu berbuka,barulah baju raya yang dirasakan sesuai buat diri diperoleh.Tapi terasa ralat..tak sedar ramadan dah berlalu sebaik saja azan maghrib berkumandang.Terasa lebih syahdu daripada tak dapat pulang ke kampung.

"Oh ramadan..semoga kita bertemu lagi 11 bulan akan datang..bulan berkat bulan mulia..bulan terbebas api neraka..kau pergi begitu pantas😭"

Kembali ke rumah sewa,saat-saat terakhir mengemas rumah sewa sambil memasak rendang untuk santapan pagi raya.Yang pergi tetaplah akan pergi tapi yang tiba jangan diabaikan.Kecil hati member.Perumpamaan untuk ketibaan Syawal.Alhamdulillah disambut dengan penuh kesyukuran.

                                                       Google Image

Seawal pagi,takbir bergema memuji ilahi.Kita bersihkan diri dengan niat sunat aidilfitri.Moga terhapus segala dosa dan kotoran daripada hati dan badan.Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita.Berwangi-wangian memakai pakaian baru.Menghias diri seindah peribadi.Walau apa pun rupa bentuk kejadian.Itulah sebaik-baik ciptaan Allah.Yang mencaci dan memaki.Awas! ciptaan siapa yang kamu hina.Muhasabah kembali.

Kita cantik dengan cara tersendiri.Ada keistimewaan yang diberi.Sayangi diri kita lebih daripada kita sayangkan orang lain.Jangan biarkan diri kita kesedihan kerana orang lain.Kita mampu mengubahnya.

"You're beautiful just the way you are." 

-Bruno Mars

Sayup-sayup kedengaran takbir di surau kediaman.Rasa bersyukur walau dari kejauhan masih terdengar suara memuji kebesaran ilahi.Petanda tempat ini selamat untuk didiami dan diberkahi sekitarnya kerana doa malaikat buat insan yang memuji Allah.Makanan yang dah siap terhidang dijamu penuh berselera.Syukur akhirnya menyempurnakan Syawal dengan menunaikan solat sunat aidil fitri walau bersendirian bertakbir memuji ilahi.Namun gemanya terdengar di langit yang sama.

"Maka Nikmat Manakah Yang Ingin Kau Dustakan?

-Ar-Rahman(QS)

Walau norma baru menyambut hari raya,namun kebiasaan kita hidup bertuhan jangan dilupakan.Seiring zaman takkan luput cara kita ibadah bertakbir,bertahlil dan bertahmid.Allah yang menentukan setiap sesuatu.Allah jua yang boleh mengangkat kembali bencana ini.Mudah-mudahan pandemik Covid19 ini akan beransur pulih seterusnya menghilang seperi hilangnya debu-debu dosa dengan istighfar.Allahumma aamiin.

Minal aidin wal faizin.

                                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan