Memaparkan catatan dengan label Kejar ampunan Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejar ampunan Allah. Papar semua catatan

Khamis, 11 Jun 2020

Dalam Harta Kita,Ada Hak Orang Lain

"Harta kamu bukan untuk kamu saja..Allah bagi rezeki lebih kepada kamu untuk dibahagi-bahagikan..berkongsilah rezeki itu"

Begitulah antara intipati sesi sembang akak-akak dalam lingkungan 30-an ke 40-an di tempat kerja sebentar tadi.Dalam pedas,ada pengajaran yang terselit.Bukan semua yang disembangkan itu kosong.Ada nilai kata untuk direnungi diri.Begitulah kita sebaiknya sentiasa berbaik sangka sesama manusia.

"Tak habis-habis gosip je akak-akak nie.." 

Tatkala terdengar hingar bingar suara di meja.Namun,pernahkah kamu dengar mereka dari awal masuk kerja sehingga jam menunjukkan waktu pulang?Bukan semua intipati mereka gosip semata-mata walaupun ada terselit kebenaran umpatan yang tidak mudah dihindarkan.Membahan sesama sendiri juga sudah biasa.Itulah erti sahabat yang saling mengenali.Tak mudah ambil hati kerana dia turut membahan.

Namun awas!

Jangan pula orang yang tak dikenali datang membahan.Bagai naga yang sedang kemarahan,pasti akan hangus anda dikerjakan.Hanya berjalan di sebelah meja mereka,mendengar sambil lalu takkan sama dengan duduk semeja.Mendengar atau masuk dalam perbualan.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Dengarkan saja yang positif.

                                                      Google Image

Kedengaran perbualan lain,

"Belanjalah kitorang..kau kan rajin OT",kata akak coklat.

"Aiyoo..saya banyak la nak kena bayar.." balas akak hitam.

"Tahu tak dalam islam semakin banyak kau memberi semakin murah rezeki kau?" sampuk akak hijau.

Terdetik saat ini.

Betul juga.Selalu dengarkan tazkirah sebegini? Hati dijentik dengan perbualan bersahaja mereka.Terkadang culas juga nak bersedekah tatkala dalam kesempitan.Misalnya,dalam dompet kau ada rm20 je untuk belanja.Tapi tiba-tiba ada orang nak pinjam Rm15 sebab keadaan dia yang lebih mendesak.Mesti kau rasa susah nak bagi pinjam kan? Aduhai sayang.Berkongsilah rezeki itu. 

Jangan khuatir.

"Jika kita memudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan urusan kita"

Takkan miskin jika kita bersedekah.Malah harta yang kita sedekahkan itulah yang membantu kita di sana nanti.Allah menjanjikan sebaik-baik pulangan.Dan sebenarnya,apa yang kita sedekahlah itu milik kita.Namun apa yang disimpan belum tentu lagi.Manakala bagi yang berfahaman lain,bersedekah itu juga mendamaikan hati dan membuatkan hidup menjadi lebih tenang.Cuba lihat hidup mereka yang kedekut.Mewahkah mereka? Ya.Mewah kan.Tapi tenang ke? hmmm..perlu direnungkan sejenak.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Al-Baqarah:268

Sungguh pengampunan Allah lebih kita perlukan.

Percayalah.

Tidakkah kita mahu diampunkan Allah?

Semoga Allah menghapuskan segala dosa dengan berkat bersedekah.

Ayuh kejar keampunanNya!