Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan

Selasa, 23 Jun 2020

Musibah Itu Hikmah,Ada Rezeki Untuk Kita

Hari demi hari.

Minggu demi minggu tiada berkesudahan.Pergi pagi balik malam.Kerja kerja dan kerja lagi mencari duit duit dan duit lagi.Selagi tak tercapai keinginan,selagi tak puas mendapat apa yang diimpikan.Kerja lagi dan lagi dan lagi.

Tapi,

Bukan itu saja,kerja bukan untuk dapat apa yang diimpikan tapi juga untuk meneruskan kelangsungan hidup yang tak tahu entah sampai bila.Kerja untuk simpanan kecemasan seandainya sejarah seperti Covid-19 berulang.

Ramai yang dibuang kerja,ramai yang diberhentikan,ramai pula yang diberi notis 24 jam membuatkan mereka terduduk termangu memikirkan tanggungan yang ada.Apa yang hendak diberi makan? Ke mana hendak diadukan.Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

                                                   Google Image

Musibah itu hikmah.

Lagu UNIC,Seindah Sabar (https://youtu.be/6uRpb9N3Pdw) indah memujuk hati supaya tetap tabah kerana di situlah letaknya keimanan.Renungkan kembali jauh ke dalam diri..lalu aku hidup sebagai apa? Kata Buya Hamka.Rezeki melangit luas,di langit di darat dan seluruh alam semesta.Walau secebis sisa tetap akan ada untuk yang bernyawa.

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."

(Hud 11:6

Khamis, 11 Jun 2020

Dalam Harta Kita,Ada Hak Orang Lain

"Harta kamu bukan untuk kamu saja..Allah bagi rezeki lebih kepada kamu untuk dibahagi-bahagikan..berkongsilah rezeki itu"

Begitulah antara intipati sesi sembang akak-akak dalam lingkungan 30-an ke 40-an di tempat kerja sebentar tadi.Dalam pedas,ada pengajaran yang terselit.Bukan semua yang disembangkan itu kosong.Ada nilai kata untuk direnungi diri.Begitulah kita sebaiknya sentiasa berbaik sangka sesama manusia.

"Tak habis-habis gosip je akak-akak nie.." 

Tatkala terdengar hingar bingar suara di meja.Namun,pernahkah kamu dengar mereka dari awal masuk kerja sehingga jam menunjukkan waktu pulang?Bukan semua intipati mereka gosip semata-mata walaupun ada terselit kebenaran umpatan yang tidak mudah dihindarkan.Membahan sesama sendiri juga sudah biasa.Itulah erti sahabat yang saling mengenali.Tak mudah ambil hati kerana dia turut membahan.

Namun awas!

Jangan pula orang yang tak dikenali datang membahan.Bagai naga yang sedang kemarahan,pasti akan hangus anda dikerjakan.Hanya berjalan di sebelah meja mereka,mendengar sambil lalu takkan sama dengan duduk semeja.Mendengar atau masuk dalam perbualan.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Dengarkan saja yang positif.

                                                      Google Image

Kedengaran perbualan lain,

"Belanjalah kitorang..kau kan rajin OT",kata akak coklat.

"Aiyoo..saya banyak la nak kena bayar.." balas akak hitam.

"Tahu tak dalam islam semakin banyak kau memberi semakin murah rezeki kau?" sampuk akak hijau.

Terdetik saat ini.

Betul juga.Selalu dengarkan tazkirah sebegini? Hati dijentik dengan perbualan bersahaja mereka.Terkadang culas juga nak bersedekah tatkala dalam kesempitan.Misalnya,dalam dompet kau ada rm20 je untuk belanja.Tapi tiba-tiba ada orang nak pinjam Rm15 sebab keadaan dia yang lebih mendesak.Mesti kau rasa susah nak bagi pinjam kan? Aduhai sayang.Berkongsilah rezeki itu. 

Jangan khuatir.

"Jika kita memudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan urusan kita"

Takkan miskin jika kita bersedekah.Malah harta yang kita sedekahkan itulah yang membantu kita di sana nanti.Allah menjanjikan sebaik-baik pulangan.Dan sebenarnya,apa yang kita sedekahlah itu milik kita.Namun apa yang disimpan belum tentu lagi.Manakala bagi yang berfahaman lain,bersedekah itu juga mendamaikan hati dan membuatkan hidup menjadi lebih tenang.Cuba lihat hidup mereka yang kedekut.Mewahkah mereka? Ya.Mewah kan.Tapi tenang ke? hmmm..perlu direnungkan sejenak.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Al-Baqarah:268

Sungguh pengampunan Allah lebih kita perlukan.

Percayalah.

Tidakkah kita mahu diampunkan Allah?

Semoga Allah menghapuskan segala dosa dengan berkat bersedekah.

Ayuh kejar keampunanNya!