"Harta kamu bukan untuk kamu saja..Allah bagi rezeki lebih kepada kamu untuk dibahagi-bahagikan..berkongsilah rezeki itu"
"Tak habis-habis gosip je akak-akak nie.."
Tatkala terdengar hingar bingar suara di meja.Namun,pernahkah kamu dengar mereka dari awal masuk kerja sehingga jam menunjukkan waktu pulang?Bukan semua intipati mereka gosip semata-mata walaupun ada terselit kebenaran umpatan yang tidak mudah dihindarkan.Membahan sesama sendiri juga sudah biasa.Itulah erti sahabat yang saling mengenali.Tak mudah ambil hati kerana dia turut membahan.
Namun awas!
Jangan pula orang yang tak dikenali datang membahan.Bagai naga yang sedang kemarahan,pasti akan hangus anda dikerjakan.Hanya berjalan di sebelah meja mereka,mendengar sambil lalu takkan sama dengan duduk semeja.Mendengar atau masuk dalam perbualan.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Dengarkan saja yang positif.
Kedengaran perbualan lain,
"Belanjalah kitorang..kau kan rajin OT",kata akak coklat.
"Aiyoo..saya banyak la nak kena bayar.." balas akak hitam.
"Tahu tak dalam islam semakin banyak kau memberi semakin murah rezeki kau?" sampuk akak hijau.
Terdetik saat ini.
Betul juga.Selalu dengarkan tazkirah sebegini? Hati dijentik dengan perbualan bersahaja mereka.Terkadang culas juga nak bersedekah tatkala dalam kesempitan.Misalnya,dalam dompet kau ada rm20 je untuk belanja.Tapi tiba-tiba ada orang nak pinjam Rm15 sebab keadaan dia yang lebih mendesak.Mesti kau rasa susah nak bagi pinjam kan? Aduhai sayang.Berkongsilah rezeki itu.
Jangan khuatir.
"Jika kita memudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan urusan kita"
Takkan miskin jika kita bersedekah.Malah harta yang kita sedekahkan itulah yang membantu kita di sana nanti.Allah menjanjikan sebaik-baik pulangan.Dan sebenarnya,apa yang kita sedekahlah itu milik kita.Namun apa yang disimpan belum tentu lagi.Manakala bagi yang berfahaman lain,bersedekah itu juga mendamaikan hati dan membuatkan hidup menjadi lebih tenang.Cuba lihat hidup mereka yang kedekut.Mewahkah mereka? Ya.Mewah kan.Tapi tenang ke? hmmm..perlu direnungkan sejenak.
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."
Al-Baqarah:268
Sungguh pengampunan Allah lebih kita perlukan.
Percayalah.
Tidakkah kita mahu diampunkan Allah?
Semoga Allah menghapuskan segala dosa dengan berkat bersedekah.
Ayuh kejar keampunanNya!
insyaAllah takde lagi,yang ada walaupun cukup2 makan tapi terpancar cahaya ketenangan di wajah.Tak dpt dibeli dengan duit tu.
BalasPadamWalaupun membawang, ada pengajaran dan manfaatnya
BalasPadamitulah,bukan semua membawang tu busuk..kena pandai pilih topik
PadamLagi banyak bersedekah lagi banyak rasa kecukupan tu dan lebih tenang
BalasPadamkan marsha..rasa qanaah sentiasa
PadamSedekah ni banyak kelebihannya.. Bagi rm1 pun ok..
BalasPadambetul.rm1 yang ikhlas lg bernilai drpd rm100 yg x ikhlas
Padamikr, sharing is caring. tak salah pun share rezeki dengan yang lain. Allah akan beri lebih lagi kalau kita memberi. nice post you got here!!
BalasPadamtq izzati..makin kita share insyaAllah makin banyak pulangan
Padambetul. dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. the power of sedekah bermacam balasan rezeki Allah berikan pada kita.
BalasPadamtakkan rugi kita bersedekah kan.
PadamASsalamualaikum. Saya setuju tu... lagipun kita tak tahu bila hari susah kita dan siapa akan membantu kita.
BalasPadamwasalam..insyaAllah asbab sedekah ada je yg akan bantu nnti
PadamRenungan bersama.. 😊
BalasPadamsama2 kita renungkn😇
PadamIn sha allah kalau kita memberi, murah rezeki kita
BalasPadaminsyaAllah dengan barakah.
Padambetul ni.. saya pernah dngr ceramah dari ustaz. dalam hak kita ada hak orang lain juga sebenarnya. rajinkan memberi insyallah Allah topap banyak lagi..
BalasPadamsama2 berkongsi rezeki kan.Moga Allah berkati
Padamsedekah kepada yang lebih memerlukan banyak pahalanya... tapi klu asyik nak kena blanjer akak tu je, stress juga :-)
BalasPadamhahaa..yer la juga..berpada2..bukan sedekah dh namanya kalau hari2..tu sara hidup namanya😂
Padamyang lebih berkongsi...tapi yang kurang jangan pula asyik mengambil kesempatan
BalasPadamitulahh..kena pandai tgk mna yg amik kesempatan
PadamAssalamualaikum... berkongsi rezeki kan.Moga Allah berkahi kita semua dan sehat selalu #39
BalasPadamwasalam w.bt. insyaAllah allahumma aamiin..terima kasih follownya
BalasPadam