Minggu demi minggu tiada berkesudahan.Pergi pagi balik malam.Kerja kerja dan kerja lagi mencari duit duit dan duit lagi.Selagi tak tercapai keinginan,selagi tak puas mendapat apa yang diimpikan.Kerja lagi dan lagi dan lagi.
Tapi,
Bukan itu saja,kerja bukan untuk dapat apa yang diimpikan tapi juga untuk meneruskan kelangsungan hidup yang tak tahu entah sampai bila.Kerja untuk simpanan kecemasan seandainya sejarah seperti Covid-19 berulang.
Ramai yang dibuang kerja,ramai yang diberhentikan,ramai pula yang diberi notis 24 jam membuatkan mereka terduduk termangu memikirkan tanggungan yang ada.Apa yang hendak diberi makan? Ke mana hendak diadukan.Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Google Image
Musibah itu hikmah.
Lagu UNIC,Seindah Sabar (https://youtu.be/6uRpb9N3Pdw) indah memujuk hati supaya tetap tabah kerana di situlah letaknya keimanan.Renungkan kembali jauh ke dalam diri..lalu aku hidup sebagai apa? Kata Buya Hamka.Rezeki melangit luas,di langit di darat dan seluruh alam semesta.Walau secebis sisa tetap akan ada untuk yang bernyawa.
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(Hud 11:6)