Selasa, 23 Jun 2020

Musibah Itu Hikmah,Ada Rezeki Untuk Kita

Hari demi hari.

Minggu demi minggu tiada berkesudahan.Pergi pagi balik malam.Kerja kerja dan kerja lagi mencari duit duit dan duit lagi.Selagi tak tercapai keinginan,selagi tak puas mendapat apa yang diimpikan.Kerja lagi dan lagi dan lagi.

Tapi,

Bukan itu saja,kerja bukan untuk dapat apa yang diimpikan tapi juga untuk meneruskan kelangsungan hidup yang tak tahu entah sampai bila.Kerja untuk simpanan kecemasan seandainya sejarah seperti Covid-19 berulang.

Ramai yang dibuang kerja,ramai yang diberhentikan,ramai pula yang diberi notis 24 jam membuatkan mereka terduduk termangu memikirkan tanggungan yang ada.Apa yang hendak diberi makan? Ke mana hendak diadukan.Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

                                                   Google Image

Musibah itu hikmah.

Lagu UNIC,Seindah Sabar (https://youtu.be/6uRpb9N3Pdw) indah memujuk hati supaya tetap tabah kerana di situlah letaknya keimanan.Renungkan kembali jauh ke dalam diri..lalu aku hidup sebagai apa? Kata Buya Hamka.Rezeki melangit luas,di langit di darat dan seluruh alam semesta.Walau secebis sisa tetap akan ada untuk yang bernyawa.

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."

(Hud 11:6

9 ulasan:

  1. Rezeki Allah maha luas
    Gapailah rezeki yang halal lagi berkat

    BalasPadam
  2. Betul. Musibah tu ada hikmah. Macam saya, masa pkp covid19 ni husben saya nampak ruang untuk bukak syarikat lagi. Alhamdulillah syarikat tu dapat menjana pendapatan masyuk masa pkp hari tu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah nice sharing. Betul tu, musibah itu hikmah. and saya selalu ingat pesan cikgu saya, jangan sedih kalau apa yang kita usahakan tu tak jadi sebab Allah knows better. Dan yang paling penting rezeki tak pernah salah alamat :)

    BalasPadam
  4. nice sharing... rezeki Allah seluas langit dan bumi, semakin kita bersyukur.. makin kita sedar betapa banyaknya rezeki kurniaanNya

    BalasPadam
  5. Positif..musibah itu ada hikmahnya.

    BalasPadam
  6. masa kritikal ni mmg ramai yg di buang pekerjaan. ummi pn risau tp kne tawakal dlam usaha.

    BalasPadam
  7. yang penting kita sabar dan tabah.. mmg ada hikmahnya yg kita tak tahu

    BalasPadam
  8. hidup ini terus diuji dgn musibah. terpaksalah kita hadapinya dgn tenang. Done folllow ur blog. TQ. www.zukidin.com

    BalasPadam
  9. great sharing. semoga kita semua terus tabah

    BalasPadam