Memaparkan catatan dengan label Covid-19 -Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid-19 -Isu Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 8 Julai 2021

Sejarah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2021

Oleh Mas FVOME (masfvome@gmail.com)

      Berkuatkuasa pada 7 Julai 2021,Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan bagi melancarkan pentadbiran negara.1 Manakala dalam masa yang sama, Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin. Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin diminta berundur dengan cara terhormat lalu digantikan dengan Perdana Menteri Baharu Sementara bagi mencapai imuniti kelompok sebelum berundur bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya ke-15.2

Bagaimanapun sebagai komponen dalam Perikatan Nasional,PAS telah menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.3 Pakatan Harapan pula mengeluarkan kenyataan Media pada 8 Julai 2021 menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan UMNO seterusnya hilang majoriti Ahli Parlimen maka beliau turut diminta berundur secara terhormat.4


Manakala Kes Covid-19 di Malaysia terutamanya Negeri Selangor masih tiada tanda-tanda akan reda walaupun PKPD telah dilaksanakan. Kilang-kilang juga telah mula dibenarkan beroperasi mengikut  SOP SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN(PKPD Selangor) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara(Rasmi).Namun begitu, suntikan vaksin menunjukkan angka peningkatan di mana pemberian vaksin lebih tertumpu pada kawasan PKPD. Hal ini menunjukkan perkembangan positif bagi mencapai imuniti kelompok sedikit masa lagi.5

Sepanjang pandemik ini, kebanyakan rakyat sudah kehilangan pendapatan dan tempat bergantung. Daripada hidup selesa akhirnya terduduk tanpa bekalan makanan dan wang perbelanjaan. Semoga setiap pemimpin tidak kira parti di Malaysia mendapat keputusan sebulat suara bagi melaksanakan cara terbaik untuk mengatasi pandemik ini agar Malaysia terus berdaya saing dan maju di mata dunia. Paling tidak, menyelamatkan rakyat yang tersepit di antara hidup dan mati akibat tekanan PKP yang tiada berkesudahan ini.

 Trivia

Salah seorang anak Timbalan Perdana Menteri merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-5 dengan tagline “Baekk punyaaa” iaitu Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi. Beliau tersingkir pada minggu ke-8 dalam pertandingan nyanyian tersebut dan pernah popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” yang dirakamkan oleh KRU Studios.6

Rujukan

1.Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri(7 Julai 2021)

https://twitter.com/MuhyiddinYassin/status/1412696275405873156?s=09

2.Kenyataan Media UMNO(7 Julai 2021)

https://twitter.com/DrZahidHamidi/status/1413038726209433600?s=08

3.Kenyataan Media Presiden PAS(7 Julai 2021)

https://twitter.com/abdulhadiawang/status/1413054874875355141?s=08

4.Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan(8 Julai 2021)

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1413083234074710019?s=09

5.Jumlah Pemberian Kumulatif Vaksin(7 Julai 2021)

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1412941049266196481?s=09

6.Akademi Fantasia Musim Ke-5 (2007)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia_(musim_5)

Ahad, 8 November 2020

3 Pengumuman Penting Yang Berlaku Pada Awal November 2020

Tahun 2020 telah hampir ke penghujungnya namun pergerakan manusia terbatas gara-gara virus COVID-19 yang melanda seluruh dunia tak terkecuali Malaysia secara amnya.Tiada siapa yang mampu lari dan terlepas daripada pandemik alam ini.Suatu yang perlu diketahui bahawasanya ini adalah peringatan yang tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah.Makhluk sesungguhnya tiada kuasa.Hanya dengan kedatangan virus ini telah mengubah hidup manusia keseluruhannya dengan norma baru.

Oleh itu ini adalah tiga pengumuman penting yang berlaku pada awal November 2020 di Malaysia.

1. PKPB SELURUH NEGERI DI SEMENANJUNG KECUALI PERLIS,PAHANG DAN KELANTAN BAGI TEMPOH 4 MINGGU BERMULA 9 NOVEMBER-6 DISEMBER 2020

Perintah kawalan pergerakan bersyarat ini telah diumumkan oleh YAB Dato' Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Pertahanan kerana peningkatan angka kes harian yang kekal mendadak berturut-turut sehingga 4 angka.Sebenarnya PKPB ini telah ditunggu oleh sebahagian rakyat kerana bimbang akan kes yang meningkat semenjak penularan gara-gara PRN Sabah.Namun masa yang diambil untuk membuat PKPB agak sedikit lewat mungkin kerana lebih tertumpu membuat PKPD secara bersasar.Tak lupa juga risau akan ekonomi negara yang hampir lumpuh semenjak diserang COVID-19.Betapa COVID-19 telah mengubah hidup manusia keseluruhannya sehingga ada yang diberhentikan kerja walaupun mempunyai banyak pengalaman dan telah berpuluh tahun kerja.

"Tiada jaminan pekerjaan yang kukuh kecuali rezeki itu datang daripada Tuhan,Usaha semampu!rahmatNya akan sentiasa mengiringi"-Mas FVOME

2. PENUTUPAN SEMUA SEKOLAH TERMASUK KOLEJ VOKASIONAL SELURUH NEGARA BERMULA 9 NOVEMBER HINGGA 17 DISEMBER 2020

Penutupan semua sekolah ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan iaitu Radzi Jidin.Setelah beberapa kali cubaan membuka sekolah selepas angka kes COVID-19 menurun,kini tak dapat dibendung lagi penutupannya sehingga bulan Disember. Angka kes COVID-19 yang semakin meningkat amat membimbangkan sehingga ada para pelajar yang terkesan.Tahun 2020 merupakan tahun impian bagi mereka yang malas untuk ke sekolah namun tidak bagi mereka yang dahagakan ilmu.Selagi mana boleh belajar selagi itulah mereka berusaha walaupun belajar secara alam maya.Tak dapat dielakkan,kita perlu mempunyai akses internet yang kukuh.Segalanya kini hanya di hujung jari.Betapa hal ini memberi kesan kepada para pelajar daripada golongan B40.Semoga ada jalan buat mereka pencinta ilmu.

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka untuk meraih ilmu(menuntut ilmu),maka Allah akan mudahkan jalannya menuju syurga"(HR Muslim)

3. TARIKH PEPERIKSAAN SPM/SVM/STAM DIPINDA DAN AKAN BERMULA 22 FEBRUARI TAHUN DEPAN MANAKALA STPM AKAN BERMULA 8 MAC 2021

Dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak kerajaan,rata-rata netizen meluahkan rasa bercampur baur.Ada yang seronok kerana boleh ambil peluang ini dengan belajar lebih masa lagi.Bagi pelajar yang lambat tangkap ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk cemerlang.Anda boleh ubah takdir yang sering gagal dengan penundaan ini.Fokus!Dan teruskan ulangkaji bersungguh-sungguh di samping mengingati Allah.Pandanglah hikmah di sebalik ujian,pasti kita akan tercengang.Namun ada pula yang sedih kerana sudah puas mengulangkaji.Jangan risau! kerana mengulang-ngulang ilmu itu adalah zikir.Ia takkan pernah sia-sia.Belajarlah lebih lagi dengan kefahaman.Semoga menjadi pakar pada setiap subjek yang diulang.Lalu memberi manfaat pada dunia kelak!Semangat! 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."(Al-Asr:1-3)

Pesanan khidmat masyarakat :Sila follow telegram Majlis Keselamatan Negara(Rasmi) untuk dapatkan info yang cepat,tepat dan sahih. 

https://t.me/MKNRasmi

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.