Memaparkan catatan dengan label Imuniti Kelompok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imuniti Kelompok. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2021

Cara Mendapat Tarikh Temu janji Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera Dengan Segera

Oleh Mas FVOME(masfvome@gmail.com)

Kadar vaksinasi virus Covid-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang ketara seiring dengan jumlah kes positif yang tiada tanda akan berhenti menaik setakat 11 Julai 2021.Perkembangan positif vaksinasi ini memberi harapan kepada negara di mana tak lama lagi kita akan membentuk imuniti kelompok. Dengan imuniti kelompok ini, kita akan bebas bergerak dengan norma baharu tanpa takut dijangkiti. Walaupun kadar jangkitan masih tinggi, kesan teruk jangkitan dan kadar kematian terhadap individu selepas divaksin dapat dikurangkan. 

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk divaksin setelah kempen meluas yang menggalakkan pengambilan vaksin yang dilaksanakan pelbagai pihak sama ada NGO mahupun pihak kerajaan. Hal ini memudahkan negara kita untuk mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat. Namun begitu, masih ada yang tidak mendapat tarikh temu janji walaupun telah mendaftar sekian lama. Jadi bagaimana caranya untuk mendapat tarikh temu janji vaksin dengan segera?

Terdapat teknik viral yang diperkenalkan oleh individu yang tak dikenali tersebar di laman sosial mahupun whatsapp group. Ramai yang telah mencuba teknik tersebut dan ternyata berjaya mendapat tarikh temu janji dalam masa terdekat. Namun ada juga yang gagal dan meluahkan rasa ketidakpuashatian menanti saban hari. Baru-baru ini saya sendiri telah mencuba dan selepas beberapa hari mendapat email helpdesk,tarikh temu janji untuk dos 1 telah diberikan.


Tidak dapat dipastikan sama ada kerana teknik tersebut atau sememangnya sudah tiba masa untuk nama saya naik dalam sistem.Namun,kandungan email berkenaan berpesan supaya tidak mempercayai perkara viral ini dan tiada jalan singkat kecuali hanya dengan sabar menunggu.Dan terbaru,terdapat pengguna twitter yang menggunakan cara update aplikasi MySejahtera dan terus dapat tarikh.Hal ini sebenarnya bergantung pada rezeki masing-masing.Tak salah untuk kita ikhtiar walau dengan apa cara sekalipun.Mana tahu salah satu teknik itu boleh mempercepatkan kemunculan tarikh temujanji.

Walau bagaimana pun pergerakan vaksin di negara kita merupakan antara yang terpantas sejak kebelakangan ini.Dari minggu lepas sehingga ke hari ini sudah ramai yang mendapat tarikh temu janji vaksin. Semoga kepantasan ini kekal berterusan sehingga negara kita berjaya mencapai imuniti kelompok.

Rujukan

1.https://twitter.com/JKJAVMY/status/1414039254057971712?s=19
2.https://twitter.com/wsmakrm/status/1411489397132779521?s=19
3.https://twitter.com/_Aafje/status/1414205245576515584?s=19

Khamis, 8 Julai 2021

Sejarah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2021

Oleh Mas FVOME (masfvome@gmail.com)

      Berkuatkuasa pada 7 Julai 2021,Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan bagi melancarkan pentadbiran negara.1 Manakala dalam masa yang sama, Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin. Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin diminta berundur dengan cara terhormat lalu digantikan dengan Perdana Menteri Baharu Sementara bagi mencapai imuniti kelompok sebelum berundur bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya ke-15.2

Bagaimanapun sebagai komponen dalam Perikatan Nasional,PAS telah menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.3 Pakatan Harapan pula mengeluarkan kenyataan Media pada 8 Julai 2021 menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan UMNO seterusnya hilang majoriti Ahli Parlimen maka beliau turut diminta berundur secara terhormat.4


Manakala Kes Covid-19 di Malaysia terutamanya Negeri Selangor masih tiada tanda-tanda akan reda walaupun PKPD telah dilaksanakan. Kilang-kilang juga telah mula dibenarkan beroperasi mengikut  SOP SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN(PKPD Selangor) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara(Rasmi).Namun begitu, suntikan vaksin menunjukkan angka peningkatan di mana pemberian vaksin lebih tertumpu pada kawasan PKPD. Hal ini menunjukkan perkembangan positif bagi mencapai imuniti kelompok sedikit masa lagi.5

Sepanjang pandemik ini, kebanyakan rakyat sudah kehilangan pendapatan dan tempat bergantung. Daripada hidup selesa akhirnya terduduk tanpa bekalan makanan dan wang perbelanjaan. Semoga setiap pemimpin tidak kira parti di Malaysia mendapat keputusan sebulat suara bagi melaksanakan cara terbaik untuk mengatasi pandemik ini agar Malaysia terus berdaya saing dan maju di mata dunia. Paling tidak, menyelamatkan rakyat yang tersepit di antara hidup dan mati akibat tekanan PKP yang tiada berkesudahan ini.

 Trivia

Salah seorang anak Timbalan Perdana Menteri merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-5 dengan tagline “Baekk punyaaa” iaitu Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi. Beliau tersingkir pada minggu ke-8 dalam pertandingan nyanyian tersebut dan pernah popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” yang dirakamkan oleh KRU Studios.6

Rujukan

1.Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri(7 Julai 2021)

https://twitter.com/MuhyiddinYassin/status/1412696275405873156?s=09

2.Kenyataan Media UMNO(7 Julai 2021)

https://twitter.com/DrZahidHamidi/status/1413038726209433600?s=08

3.Kenyataan Media Presiden PAS(7 Julai 2021)

https://twitter.com/abdulhadiawang/status/1413054874875355141?s=08

4.Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan(8 Julai 2021)

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1413083234074710019?s=09

5.Jumlah Pemberian Kumulatif Vaksin(7 Julai 2021)

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1412941049266196481?s=09

6.Akademi Fantasia Musim Ke-5 (2007)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia_(musim_5)