Memaparkan catatan dengan label Pandemik COVID19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandemik COVID19. Papar semua catatan

Khamis, 8 Julai 2021

Sejarah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2021

Oleh Mas FVOME (masfvome@gmail.com)

      Berkuatkuasa pada 7 Julai 2021,Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan bagi melancarkan pentadbiran negara.1 Manakala dalam masa yang sama, Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin. Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin diminta berundur dengan cara terhormat lalu digantikan dengan Perdana Menteri Baharu Sementara bagi mencapai imuniti kelompok sebelum berundur bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya ke-15.2

Bagaimanapun sebagai komponen dalam Perikatan Nasional,PAS telah menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.3 Pakatan Harapan pula mengeluarkan kenyataan Media pada 8 Julai 2021 menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan UMNO seterusnya hilang majoriti Ahli Parlimen maka beliau turut diminta berundur secara terhormat.4


Manakala Kes Covid-19 di Malaysia terutamanya Negeri Selangor masih tiada tanda-tanda akan reda walaupun PKPD telah dilaksanakan. Kilang-kilang juga telah mula dibenarkan beroperasi mengikut  SOP SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN(PKPD Selangor) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara(Rasmi).Namun begitu, suntikan vaksin menunjukkan angka peningkatan di mana pemberian vaksin lebih tertumpu pada kawasan PKPD. Hal ini menunjukkan perkembangan positif bagi mencapai imuniti kelompok sedikit masa lagi.5

Sepanjang pandemik ini, kebanyakan rakyat sudah kehilangan pendapatan dan tempat bergantung. Daripada hidup selesa akhirnya terduduk tanpa bekalan makanan dan wang perbelanjaan. Semoga setiap pemimpin tidak kira parti di Malaysia mendapat keputusan sebulat suara bagi melaksanakan cara terbaik untuk mengatasi pandemik ini agar Malaysia terus berdaya saing dan maju di mata dunia. Paling tidak, menyelamatkan rakyat yang tersepit di antara hidup dan mati akibat tekanan PKP yang tiada berkesudahan ini.

 Trivia

Salah seorang anak Timbalan Perdana Menteri merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-5 dengan tagline “Baekk punyaaa” iaitu Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi. Beliau tersingkir pada minggu ke-8 dalam pertandingan nyanyian tersebut dan pernah popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” yang dirakamkan oleh KRU Studios.6

Rujukan

1.Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri(7 Julai 2021)

https://twitter.com/MuhyiddinYassin/status/1412696275405873156?s=09

2.Kenyataan Media UMNO(7 Julai 2021)

https://twitter.com/DrZahidHamidi/status/1413038726209433600?s=08

3.Kenyataan Media Presiden PAS(7 Julai 2021)

https://twitter.com/abdulhadiawang/status/1413054874875355141?s=08

4.Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan(8 Julai 2021)

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1413083234074710019?s=09

5.Jumlah Pemberian Kumulatif Vaksin(7 Julai 2021)

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1412941049266196481?s=09

6.Akademi Fantasia Musim Ke-5 (2007)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia_(musim_5)

Ahad, 31 Mei 2020

Yang Bujang Harap Bersabar,kata KKM

Pandemik yang belum berakhir membuatkan yang bujang dalam dilemma.Tambahan pula tweet KKM mengenai syarat merentas negeri tidak terpakai pada bujang.Sudah beberapa bulan tak balik ke kg sejak pandemik bermula.Tika undang-undang dikuatkuasakan untuk membendung virus Covid19,hati sudah mula tahu apa yang bakal dilalui.Rindu pada kampung halaman semakin meruncing namun hati tetap sabar menunggu waktu.

"Aku pilih derita merindui demi menjaga nyawa sesama kita"

Mas FVOME

Kes saban hari menunjukkan penurunan penularan dalam kalangan rakyat tempatan.Malah menunjukkan peningkatan dalam kadar kesembuhan membuatkan harapan semakin sinar buat negara kita yang tercinta ini.Kita lawan sama-sama.Kita pasti menang! InsyaAllah.

Cerita mengenai bujang,

                                                     Google Image

Ada bujang yang merindui kampung halaman,namun ada juga yang tidak mahu pulang ke kampung halaman walaupun selepas pandemik ini berakhir.Walau apa pun alasannya tidak mahu pulang ke kampung.Tolong jangan menyesal di kemudian hari.Marilah kita pulang ke kampung membawa hadiah buat keluarga tercinta sedikit masa saja lagi.Moga membawa senyuman bahagia pada wajah-wajah kesayangan setelah lama tidak bertemu.

"Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.

Riwayat al-Bukhari (594)

Walau mungkin nanti,cara kita dengan norma baru selagi mana vaksin belum ditemui.Memandang wajah emak,memandang wajah ayah,memandang wajah adik-beradik satu persatu,memandang wajah saudara mara seorang demi seorang hadir di depan mata sudah cukup membahagiakan walaupun dipisahkan dengan jarak satu meter.

Selagi mana tidak lagi dipisahkan dengan jarak berpuluh kilometer,selagi mana tidak dipisahkan dalam dua dunia yang berbeza,kita patut sudah cukup bersyukur.Jangan keluar rumah jika tiada keperluan.Contohnya merayap di mall-mall tanpa tujuan.Virus tak berbau.Keep strong together.Sikit je lagi.Kita pasti Menang!InsyaAllah.