Khamis, 8 Julai 2021

Sejarah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2021

Oleh Mas FVOME (masfvome@gmail.com)

      Berkuatkuasa pada 7 Julai 2021,Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan bagi melancarkan pentadbiran negara.1 Manakala dalam masa yang sama, Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin. Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin diminta berundur dengan cara terhormat lalu digantikan dengan Perdana Menteri Baharu Sementara bagi mencapai imuniti kelompok sebelum berundur bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya ke-15.2

Bagaimanapun sebagai komponen dalam Perikatan Nasional,PAS telah menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.3 Pakatan Harapan pula mengeluarkan kenyataan Media pada 8 Julai 2021 menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan UMNO seterusnya hilang majoriti Ahli Parlimen maka beliau turut diminta berundur secara terhormat.4


Manakala Kes Covid-19 di Malaysia terutamanya Negeri Selangor masih tiada tanda-tanda akan reda walaupun PKPD telah dilaksanakan. Kilang-kilang juga telah mula dibenarkan beroperasi mengikut  SOP SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN(PKPD Selangor) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara(Rasmi).Namun begitu, suntikan vaksin menunjukkan angka peningkatan di mana pemberian vaksin lebih tertumpu pada kawasan PKPD. Hal ini menunjukkan perkembangan positif bagi mencapai imuniti kelompok sedikit masa lagi.5

Sepanjang pandemik ini, kebanyakan rakyat sudah kehilangan pendapatan dan tempat bergantung. Daripada hidup selesa akhirnya terduduk tanpa bekalan makanan dan wang perbelanjaan. Semoga setiap pemimpin tidak kira parti di Malaysia mendapat keputusan sebulat suara bagi melaksanakan cara terbaik untuk mengatasi pandemik ini agar Malaysia terus berdaya saing dan maju di mata dunia. Paling tidak, menyelamatkan rakyat yang tersepit di antara hidup dan mati akibat tekanan PKP yang tiada berkesudahan ini.

 Trivia

Salah seorang anak Timbalan Perdana Menteri merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-5 dengan tagline “Baekk punyaaa” iaitu Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi. Beliau tersingkir pada minggu ke-8 dalam pertandingan nyanyian tersebut dan pernah popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” yang dirakamkan oleh KRU Studios.6

Rujukan

1.Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri(7 Julai 2021)

https://twitter.com/MuhyiddinYassin/status/1412696275405873156?s=09

2.Kenyataan Media UMNO(7 Julai 2021)

https://twitter.com/DrZahidHamidi/status/1413038726209433600?s=08

3.Kenyataan Media Presiden PAS(7 Julai 2021)

https://twitter.com/abdulhadiawang/status/1413054874875355141?s=08

4.Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan(8 Julai 2021)

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1413083234074710019?s=09

5.Jumlah Pemberian Kumulatif Vaksin(7 Julai 2021)

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1412941049266196481?s=09

6.Akademi Fantasia Musim Ke-5 (2007)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia_(musim_5)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan