Ahad, 31 Mei 2020

Yang Bujang Harap Bersabar,kata KKM

Pandemik yang belum berakhir membuatkan yang bujang dalam dilemma.Tambahan pula tweet KKM mengenai syarat merentas negeri tidak terpakai pada bujang.Sudah beberapa bulan tak balik ke kg sejak pandemik bermula.Tika undang-undang dikuatkuasakan untuk membendung virus Covid19,hati sudah mula tahu apa yang bakal dilalui.Rindu pada kampung halaman semakin meruncing namun hati tetap sabar menunggu waktu.

"Aku pilih derita merindui demi menjaga nyawa sesama kita"

Mas FVOME

Kes saban hari menunjukkan penurunan penularan dalam kalangan rakyat tempatan.Malah menunjukkan peningkatan dalam kadar kesembuhan membuatkan harapan semakin sinar buat negara kita yang tercinta ini.Kita lawan sama-sama.Kita pasti menang! InsyaAllah.

Cerita mengenai bujang,

                                                     Google Image

Ada bujang yang merindui kampung halaman,namun ada juga yang tidak mahu pulang ke kampung halaman walaupun selepas pandemik ini berakhir.Walau apa pun alasannya tidak mahu pulang ke kampung.Tolong jangan menyesal di kemudian hari.Marilah kita pulang ke kampung membawa hadiah buat keluarga tercinta sedikit masa saja lagi.Moga membawa senyuman bahagia pada wajah-wajah kesayangan setelah lama tidak bertemu.

"Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.

Riwayat al-Bukhari (594)

Walau mungkin nanti,cara kita dengan norma baru selagi mana vaksin belum ditemui.Memandang wajah emak,memandang wajah ayah,memandang wajah adik-beradik satu persatu,memandang wajah saudara mara seorang demi seorang hadir di depan mata sudah cukup membahagiakan walaupun dipisahkan dengan jarak satu meter.

Selagi mana tidak lagi dipisahkan dengan jarak berpuluh kilometer,selagi mana tidak dipisahkan dalam dua dunia yang berbeza,kita patut sudah cukup bersyukur.Jangan keluar rumah jika tiada keperluan.Contohnya merayap di mall-mall tanpa tujuan.Virus tak berbau.Keep strong together.Sikit je lagi.Kita pasti Menang!InsyaAllah.

31 ulasan:

  1. #kitajagakita ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

    BalasPadam
  2. Aku pilih derita merindui demi menjaga nyawa sesama kita"

    Best ayat ni

    Semoga ada bahagia di sebalik penantian

    BalasPadam
  3. Semua pasti teringin pulang ke kampung. Risau bersesak je nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu pun risau juga tu..moga rakyat Malaysia terus berdisiplin selama wabak ini masih ada.

      Padam
  4. Betul syukur masih bernafas hari ni.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Thnks sis,Salam perkenalan jugak #StayConnected

      Padam
  6. Betul, mungkin yang taknak balik tu ada alasan dia sendiri

    BalasPadam
  7. Betul. Manfaat waktu yg kita ada sebaiknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah permatabiru,kalau tak masa ini akan memenggal kita..

      Padam
  8. Jgn risau kalau jodoh tak ke mana kan..

    BalasPadam
  9. InshaAllah..semoga Allah perlihara kita semua

    BalasPadam
  10. Kadang kesian juga dekat yang bujang.. Banyak baca kat twitter.. Macam2 hal. Tapi tu la.. Kita hnya ikut arahan je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kami..huhuu..kami redha..arahan untuk dipatuhi demi kebaikan bersama

      Padam
  11. kesian juga ke bujang๐Ÿ˜… brapa lama lagilah dorang takdapat jumpa family

    btw follow sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. doakan kami sis..moga berjumpa family di kampung nanti..tq follow nanti saya dtg menjengah ya!

      Padam
  12. Kita perlu perbanyakkan bersabar..pasti ada hikmat dan sinar yang menanti ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah..baiklah sis..terima kasih atas pesanan yg menenangkan hati๐Ÿ’•

      Padam
  13. Takpe, bersabar dulu...insyaAllah lepas ni semua ok

    BalasPadam
  14. #kitajagakita
    In shaa Allah, bila dh kembali ok nanti..boleh la jumpa semula. Skrg ni bersabar la demi kebaikan insan2 yg disayangi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah sis, terima kasih atas peringatan #KitaJagaKita #DemiInsanTersayang

      Padam
  15. Yang penting kedua belah pihak sihat, syukur alhamdulillah.

    BalasPadam