Oleh Mas FVOME(masfvome@gmail.com)
Kadar vaksinasi virus Covid-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang ketara seiring dengan jumlah kes positif yang tiada tanda akan berhenti menaik setakat 11 Julai 2021.Perkembangan positif vaksinasi ini memberi harapan kepada negara di mana tak lama lagi kita akan membentuk imuniti kelompok. Dengan imuniti kelompok ini, kita akan bebas bergerak dengan norma baharu tanpa takut dijangkiti. Walaupun kadar jangkitan masih tinggi, kesan teruk jangkitan dan kadar kematian terhadap individu selepas divaksin dapat dikurangkan.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk divaksin setelah kempen meluas yang menggalakkan pengambilan vaksin yang dilaksanakan pelbagai pihak sama ada NGO mahupun pihak kerajaan. Hal ini memudahkan negara kita untuk mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat. Namun begitu, masih ada yang tidak mendapat tarikh temu janji walaupun telah mendaftar sekian lama. Jadi bagaimana caranya untuk mendapat tarikh temu janji vaksin dengan segera?
Terdapat teknik viral yang diperkenalkan oleh individu yang tak dikenali tersebar di laman sosial mahupun whatsapp group. Ramai yang telah mencuba teknik tersebut dan ternyata berjaya mendapat tarikh temu janji dalam masa terdekat. Namun ada juga yang gagal dan meluahkan rasa ketidakpuashatian menanti saban hari. Baru-baru ini saya sendiri telah mencuba dan selepas beberapa hari mendapat email helpdesk,tarikh temu janji untuk dos 1 telah diberikan.
Tidak dapat dipastikan sama ada kerana teknik tersebut atau sememangnya sudah tiba masa untuk nama saya naik dalam sistem.Namun,kandungan email berkenaan berpesan supaya tidak mempercayai perkara viral ini dan tiada jalan singkat kecuali hanya dengan sabar menunggu.Dan terbaru,terdapat pengguna twitter yang menggunakan cara update aplikasi MySejahtera dan terus dapat tarikh.Hal ini sebenarnya bergantung pada rezeki masing-masing.Tak salah untuk kita ikhtiar walau dengan apa cara sekalipun.Mana tahu salah satu teknik itu boleh mempercepatkan kemunculan tarikh temujanji.
Walau bagaimana pun pergerakan vaksin di negara kita merupakan antara yang terpantas sejak kebelakangan ini.Dari minggu lepas sehingga ke hari ini sudah ramai yang mendapat tarikh temu janji vaksin. Semoga kepantasan ini kekal berterusan sehingga negara kita berjaya mencapai imuniti kelompok.
Rujukan
1.https://twitter.com/JKJAVMY/status/1414039254057971712?s=19
2.https://twitter.com/wsmakrm/status/1411489397132779521?s=19
3.https://twitter.com/_Aafje/status/1414205245576515584?s=19
Tak pasti juga kaedah ini betul atau tak, ikutkan kesian juga bila admin mysejahtera perlu respond setiap helpdesk yang muncul
BalasPadamSemoga semua rakyat malaysia tak terlepas dari di vaksin... insyallah :)
BalasPadamgood tips
BalasPadamTak salah mencuba. Ada rezeki dapat awal, jika tidak menanti dengan sabar. Rajin update tu mungkin membantu juga.
BalasPadamdah lama dah apply vaksin.tapi tak dapat2 sampai sekarang
BalasPadam