Isnin, 1 Jun 2020

Demi Masa! 1 Jun 2020 Sudahh!

Tup.Tup.

Dah 1 Jun 2020.

Terasakah anda tahun 2020 ini begitu pantas seperti lagu Sheila On 7? Ya.Memang tak dapat dinafikan masa amat mencemburui kita.Maka cuti seminggu pun berlalu begitu saja tanpa tahu apa yang telah dilakukan.Maka rugilah orang sebegini seperti yang dinyatakan di dalam quran surah Al-Asr.

Maksudnya,

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

(Al-'Asr 103:

Sentapnya itu menusuk tepat di hati.Petanda masih ada nur iman di dalam diri.Namun jika tak terasa apa-apa maka wajarlah kita memohon keampunan daripada Allah.Semoga dikurniakan nikmat iman yang berpanjangan yang tahu siapa tuhan yang esa.Yang memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Semoga hari yang mendatang seterusnya lebih baik daripada hari kemudian yang kita lalui.Kemudian,hari yang telah pergi takkan mungkin datang kembali.Fahamilah.Begitulah juga umur kita yang pergi takkan kembali lagi walau satu detik pun.

Semoga kita dapat mengisi hari dengan perkara yang lebih bermakna dan bermanfaat seperti menziarahi blog saya dan kawan-kawan.

"Terima kasih korang atas sokongan..saya akan balas kunjungan anda semua pada waktu malam..peace yo!"

Selingan saja,

Tak cukup dengan itu,lemparkan senyuman kepada sesiapa saja yang anda jumpa hari ini.Semoga ia membawa sinar mentari dalam kehidupan yang suram.Moga bertambah ceria hari ini!

Mari berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.Tak lupa,lemparkan senyuman anda seikhlas hati! Cheers!

                                              Google Image








30 ulasan:

  1. Semoga hari ini dan hari-hari mendatang berlalu dengan penuh pengisian bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Setuju, saling berpesan, saling mengingati sebaiknya.. Tanda ingatan sesama. InsyaAllah, Nina usahakan jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Aamiinnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitu juga di sini..jom sis Nina kita berusaha jadi lebih baik dan saling berpesan dan mengingati๐Ÿ’•

      Padam
  3. Musim PKP
    Nak lempar senyum pon orang tak nampak sebab pakai mask. Nampak mata je kecik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha nie lawak sis Akashah,tak pe sis..sis senyum je nanti org dpt rasa

      Padam
  4. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  5. Tahun yg penuh dengan dugaan dan cabaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan sis Fiza,namun tahun yng cepat berlalu dngn pelbagai dugaan ni..moga mendatang sinar buat kita

      Padam
  6. Saya datang dengan senyuman ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰ Terima kasih sis dtg dgn senyuman..buatkan hblog saya bertambah ceriaa๐Ÿ˜‡๐Ÿค—

      Padam
  7. Balasan
    1. setuju kak shikin,takde duit boleh sedekah dgn senyuman..hihi

      Padam
  8. Pejam celik je kan dah 1 jun...moga bulan ni lebih baik dari sebelumnya

    BalasPadam
  9. Senyum!!! Wajib...perkongsian yg best, sm2 ingt mengingatkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeahh! senyum sis Amelia! terima kasih! sama2 kita saling mengingati๐Ÿ’• moga pahala bercambah

      Padam
  10. Semoga kita jadi yg lbh baik dr hari sebelumnya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  11. Mudah2an kita tidak tergolong dalam kalangan orang2 yang rugi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nauzubillah min zalik.Minta dijauhkan.Moga kita tergolong dlm kalangan yg beruntung

      Padam
  12. Dengan emoji je boleh senyum.. Hehehe.. Semoga hari2 seterusnya semua baik2 je ye

    BalasPadam
  13. Cepat je masa kan...dah separuh 2020...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan sis..tak sedar masa cepat macam tu je..padahal rasanya baru masuk 2020

      Padam
  14. Masa akhir zaman dah nak kiamat memang laju sangat rasa. Semoga kita manfaatkan sebaik yer

    BalasPadam
  15. Aamiin. Semoga hari mendatang lebih baik dari sebelumnya

    BalasPadam