Rabu, 3 Jun 2020

Kau,Jangan Lembap Sangat Boleh?

Pernahkah korang terasa susah bila nak belajar benda baru? Setiap dari kita mesti pernah melaluinya.Bukan mudah nak belajar sesuatu yang baru ini lagi pula di tempat yang baru.Aku pernah rasa begitu masa zaman intern dulu hinggalah bila dah kerja sekarang.Lagi-lagi bila tukar department.Rasa macam "loser" juga la.Tak semena-mena "self esteem" jatuh ke peringkat yang paling bawah bila kawan seangkatan lebih cepat tangkap.

 Maka terkial-kial kita terkapai sendirian.Untung kalau kawan jenis nak tunggu dan tunjuk ajar kita dengan cara yang lebih mudah.Namun amat malang sekali jika dapat kawan yang memang sombong,tak nak hulurkan tangan ringankan beban seperti tagline Bersamamu TV3.Meraunglah jiwa sendirian sambil menyanyi lagu Tema Bersamamu oleh Jaclyn Victor.

"Kawan gembira mudah dicari,namun kawan tika berduka amat rare sekali"

Mas FVOME

Bila kau memang jenis yang lambat tangkap atau dalam bahasa kasarnya lembap.Memang agak meranalah hidup.Seperti diri ini yang mengaku agak lembap juga untuk tangkap sesuatu yang baru.Maka seringkali Deritaku BahagiaMu lah kehidupan ini serba serbi.Tapi jangan putus asa kawan-kawan! Tak ada yang mustahil dalam hidup ini.Semua orang boleh berjaya dengan cara tersendiri.

"Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia"

Walau apa pun orang kata,yang penting kita nak belajar dan perbaiki diri jadi lebih baik.Jangan pernah mengalah sebab hidup ini hanya sekali.Rugilah kita jika berputus asa di waktu sekarang sedangkan banyak benda yang sangat menyeronokkan di luar sana yang kita boleh terokai lebih mendalam.Itu juga memotivasikan diri aku.

Memang hidup ini tak mudah,tapi juga tak susah.Ingatlah firman Allah dalam surah Asy-Syarh,bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Bukan sekali tapi dua kali! Jadi, jangan mudah mengalah untuk belajar sesuatu yang baru meskipun mengambil masa yang lama.Tak kira dalam pelajaran atau pekerjaan.Yang terasa pahit akan manis juga di pengakhirannya.


16 ulasan:

  1. Senang cerita hidup kita mmg kena berdikari, kwn utk suka mmg ramai, tp kwn ketika susah pndek kata mcm tak de.. kalau ada itu satu keuntungan. Kuat semangat okay.. Allah kan ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah tq Fiza.Selalu pesan juga kt diri yg Allah kan ada..😉

      Padam
  2. Moga dipermudahkan dalam apa jua urusan dan lapangan kelak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. allahumma aamiin.tq sis,doa kembali pada sIs Salina😇

      Padam
  3. Apa-apapun bagi Marsha kena cuba jaya dulu. Usaha tu penting dan kemudian baru tawakkal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sis, diiringi doa insyaAllah akan dipermudahkan

      Padam
  4. Ye.. Nad pun jenis lembap.. Tapi kalau irg ajar bokeh ingt dan dpt tangkap.. Kenela berdikari tunjukkan kita boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..mula2 je slow..bila dh dpt tngkp kalah org expert..ececee..hahaa

      Padam
  5. Perjalanan masih jauh. Masih banyak lagi kena pelajari. Kak nina sendiri pun slow sesetengah benda. Terutama bab teknikal blog ni. Oelan-pelan kayuh kata orang. InsyaAllah, semoga dipermudahkan bila niat kita baik. Doa banyak² dan tingkatkan usaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah sis .smoga diperMudhkn..caiyok! betul tu jauh lagi perjalanan rugi berhenti mcmtu je..slow boleh laju bila dh apply skill tu sentiasa kn

      Padam
  6. Setiap orang ada kelemahan masing2. Janji jangan putus asa dan teruskan usaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju.tak ada manusia yg sempurna supaya tak bongkak.Moga terus kuat baiki kelemahan

      Padam
  7. Setiap orang Allah dah atur perjalanan, ada pace masing2. Slow ke cepat semua Allah ketentuan Allah. Ada hikmah disebalik yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar.Begitu banyak hikmahnya,kita perlu sentiaaa bersangka baik dgn Allah

      Padam
  8. Bersabarlah. In sha allah kita akan berjaya kalau kita usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.Pertolongan Allah bersama org2 yg sabar.

      Padam