Selasa, 9 Jun 2020

Saat Terasa Getir Melangkah Mencari Rezeki

Getir.

                                                    Google Image

Hari ini mula kerja semula selepas cuti umum terasa beratnya mata,tapi apakan daya badan dah ada di tempat kerja.Jika kerja fleksibel kan seronok.Siapa tak nak.Tapi mana ada kerja bermudah-mudahan.Setiap kerja diiringi dengan amanah.Walau berat mana pun kerja kita,nak tak nak kena buat juga.

Ingatkah kau pada mereka yang dibuang kerja?Ingatlah pada mereka yang sukar mendapat kerja.Ingatlah juga pada mereka yang asyik ditolak permohonan kerja.Bersyukurlah dengan pekerjaan anda sekarang walau apa pun tugasannya.Lebih baik daripada mengemis simpati.

Merenung waktu,

Apa yang kau cari di dunia ini dengan kerja yang gah di mata manusia.Jangan kau sombong.Walau sekecil apa pun pekerjaan itu hatta mengutip sampah.Semuanya mulia di sisi Allah selagi tidak bercanggah dengan syariat.Tidak ada satu pekerjaan pun yang sia-sia.Pasti ada sebab kenapa kita di situ.Walaupun terkadang kita terasa berat namun tetap digagahi hari demi hari.Demi sesuap nasi.Menjemput rezeki ilahi.

"Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"

Tak ada satu perkara pun yang kita dapat tempuhi dengan tenang walau segetir mana pun ujian yang melanda melainkan dengan sabar.Ya.Bukan mudah nak sabar.Berkata sabar mudah tapi untuk mendidik hati sabar acapkali terkandas.Tapi tak rugi mendidik hati agar tetap bersabar.

Percaya pada diri,ada sesuatu yang lebih baik menunggu.Jangan ikutkan mainan perasaan.Lakukan kerja dengan sepenuh hati agar diberkati rezeki.Tumpukan sepenuh perhatian.Usaha gigih pasti membuahkan hasil.Kau hanya perlu bersabar.Sedikit masa lagi.Sedikit saja lagi.Sabar.

 "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."-Ar-Ra`d : 26

Asalkan kau beriman.

Itu sudah lebih daripada cukup.

31 ulasan:

  1. Semoga ada hilmah di sebalik semua yang berlaku hari ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah ada pengajaran di sebalik sesuatu.

      Padam
  2. Betul tu hidup satu ujian, dunia tempat berpenat-penat.
    Moga diberi ganjaran pahala atas kesusahan. Terima kasih ingatkan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin.sama2 saling mengingatkn.Moga kita tak leka dunia ini sementara (:

      Padam
  3. Semoga yg di buang kerja akibat covid19 di murahkan rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..smoga mereka dpt gantian yg lebih baik

      Padam
  4. Semua ade hikmah dia.. Kerja kene juga utk menampung hidup

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah.pengurusan kewangan tu penting moga dipermudhkn segala urusan hidup

      Padam
  5. betul tu.. bila sebut pasal amanah. berat sangat. rasa tak senang hati bila tak selesaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sgt berat..takut dipersoal kalau kita tak buat sehabis baik

      Padam
  6. Syukur masih ada pekerjaan.

    BalasPadam
  7. Betul tu.. tak ada kerja yang mudah walau sebagai suri rumah. InsyaaAllah semuanya berhikmah

    BalasPadam
    Balasan
    1. iNsyaAllah suri rumah tak kurang ganjaranNya di sisi Allah..mungkin lebih banyak lagi..berbakti untuk keluarga kerana Allah..smoga Allah berkati

      Padam
  8. Selamat kembali bekerja. Semoga dipermudahkan segala urusan dan stay safe. Aaminn

    BalasPadam
  9. love it! setiap bait kata kata semangat yang sangat terkesan di hati.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum. Semoga Allah meningkatkan kesabaran dan keimanan kita.. Ammiinn..

    BalasPadam
  11. Kepada mereka yang kurang bernasib baik, banyakkan bersabar dan teruskan usaha.. sesungguhnya Allah bersama dengab orang sabar

    BalasPadam
  12. Betul tu..ada hikmah disebalik sesuatu...keep it up!

    BalasPadam
  13. Betul apa yang berlaku, sabar. Selagi boleh sabar, sabar

    BalasPadam
  14. sabar dlm berusaha,sabar dalam ujian tanpa batasan insyaAllah Allah permudahkan😉

    BalasPadam
  15. ada masanya memang kadang2 terbit dalam kepala risau dan takut dengan keadaan ekonomi. in the future macam mana tapi.. Allah xkan saja2 ignore kita. yakin padaNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah rzeki utk setiap yg bernyawa tu ada

      Padam