Google Image
Lambat-lambat nak tulis.Nak cuba konsisten update blog walaupun sehari sekali.Berkejar-kejaran dengan masa.Bukan dengan kekasih.Aku ada matlamat untuk blog.Macam orang lain juga,kesusahan mengajar kita untuk mencari pendapatan sampingan namun dengan cara yang berbeza.
Peluang buat income dengan blog ini mula aku temui bila zaman Bro Ben Ashaari buat segmen dulu-dulu.Beliau ada bercerita dan kongsikan dekat setiap entri yang santai bagaimana mahu buat duit dengan blog.Nuffnang,Churp-churp,iffinity*betul ke ejaan tu.Semua iklan yang dipasang di blog untuk menjana pendapatan.
Aku pun apa lagi tak lepaskan peluang namun semuanya hanya dusta.Hangat-hangat tahi ayam.Teruk lagi daripada itu.Masa itu,aku masih seorang pelajar.Mungkin akibat tekanan dan desakan masa maka blog dipadam begitu saja.
Begitu juga setelah itu, zaman menyertai bloglist dan giveaway.Alhamdulillah banyak juga tersenarai.Dan bermula dari sini pertama kali dapat review yang berbayar.Seronok! Dan aku juga ada menyertai satu group ini namun sama sahaja pengakhirannya.Tak dapat beri komitmen.Blog pula sudah lama tak berupdate maka ketinggalan begitu jauh beribu batu.
Dan saat itu aku menyambung pelajaran di peringkat seterusnya.Alhamdulillah dah selesai segala penat lelah belajar.Dan aku mula bekerja bermula akhir tahun 2018.Tahun yang di fikiran hanya ingin mencari duit untuk bayar hutang pelajaran dan kehidupan yang lebih baik.Yang lain tak lagi diendahkan.Apatah lagi blog.Kerana blog merupakan "passion" yang tidak mampu menampung kehidupan.
"Hanya minat tak cukup untuk teruskan,ia perlukan masa,usaha dan wang ringgit untuk berjaya"
Mas FVOME
Dan di sini,
Ibrah PKP.Taufiq dan hidayah menyuluh ke jalan online.Teringat kembali zaman kegemilangan berblog sambil berjalan-jalan tinggalkan jejak di blog kawan-kawan.Akhirnya,
setelah bertukar-tukar nama,URL blog dengan pelbagai nickname.Tibalah masanya blog From View of My Eyes diwujudkan.Namun dijenamakan semula dengan URL baru berkuatkuasa May 2020.Wawasan 2020 satu pandangan jauhhh,jauh ke hadapan.
Aku ingin bermula semula.
Adakah yang ingin membantu? Hanya datang follow atau membaca atau tinggalkan jejak saja pun dah cukup menggembirakan insan kerdil ini.Apatah lagi komen dengan kata-kata yang memberangsangkan.Begitu amat dihargai.💕
"Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)
Saya pun tengah kumpul mood untuk rajin berblog semula. Moga kita istiqomah hendaknya.
BalasPadaminsyaAllah sama2 usaha sis,moga dapat ilham sentiasa
PadamSemoga istiqamah, IQ pun kadang mood menulis off sebab keadaan semasa.
BalasPadambukan mudah kan IQ,tapi let's keep trying
PadamYaya kebanyakan masa tak sempat untuk update setiap hari. Banyak komitmen lain. Kalau ingin bermula semula dengan serius apa kata guna domain..cadangan je..
BalasPadamitulah,waktu selingan je mampu nak update.Teringin juga guna domain tapi PV tak cukup makan.Setakat permulaan berjinak2 dlu dgn blogspot.Kalau ada rezeki nanti nak tukar ke domain.Terima kasih sis yaya atas cdgn
Padamya..apapun yang kita usahakan pasti berhasil.. doa jgan lupa
BalasPadaminsyaallah!usaha smpai berjaya
PadamKan? Nak cari mood kena konsisten menulis
BalasPadamjom cipta mood menulis! saya jadikan ia sebagai satu tnggjwb kalau tak update rasa serba salah..setakat ni masih berjaya..insyaAllah
PadamInsya-allah bila dah berusaha akan dapat hasilnya. Lagipun dulu dah dapat hasil kan hihi all the best ye
BalasPadamhihii yups sis..insyaAllah i'm trying 😉 tq sis
PadamMood kena ada hihu
BalasPadammood tak menentu kan..hahaa..jadi kena ikut masa utk update
PadamSemoga terus istiqamah..biasalah ada masa kita jatuh.. Ada masa kita hilang arah tuju..komitmen, masa, wang adalah faktor juga kdg2.. Xda mood, writer block tu semua normal.. Apapun jgam pernah putus asa.. Semoga dgn apa yg kita tulis menjadi pahala buat kita..
BalasPadamallahumma aamiin..saya cita-citakan publish entry ada sedikit sebanyak manfaat buat pembaca
PadamSama tengah nak cuba konsisten 1 post sehari paling kurang. Jom sama-sama.
BalasPadamlet's do it !
PadamNad pun masa study dna kerja blog kelaut.. Penat dan takde masa.. Lepas kawin jadi surirumah baru ade masa dan fokus.. Sebab tau blog bolrh jana pendapatan tu fokus terus.. Insyallah nanti awk pun boleh
BalasPadaminsyaAllah tq Nad..pnjg cita2 nie..harap tercapai target walaupun susah nk selit masa tapi gigih menyelit tulis entry
PadamDni bertatih juga ni nak monetizekan blog.tengah cuba dan cuba sedaya upaya. Moga2 ada rezeki dengan blog macam zaman kegemilangan 2009 😁
BalasPadamaamiin..kita pun nak capai kegemilangan hihii..jom menggapai bintang sama2!
PadamAi pun pernah terhenti separuh jalan juga. Tapi sekarang aktif balik.
BalasPadamalhamdulillah..bila ia menjadi passion kita mmg susah nk tinggalkan walaupun on off ..semoga istiqomah
PadamTahniah berjaya update hari2.Marina kadang 2 minggu baru dapat up entri
BalasPadamalhamdulillah tq sis Marina..doakan,saya masih mencuba sbb baru lagi usia blog ni..hehe..kalau tak rajin susah nak hidup nnti
PadamSamalah kita... since berblogging sejak 2008, bersegmen, blogwalking, bloglist, giveaway dan sebagainya pastu sebab paranoid, tutup blog... ni slow-slow build balik semangat dan hala-tuju... insyaAllah, semoga usaha kita dirahmatiNya...
BalasPadaminsyAllah allahumma aamiin kita boleh..fighting!
Padamsemoga istiqamah ye. cari website yang sediakan themes cantik2 dan mesra ceo. banyakkan mencari info
BalasPadaminsyaAllah mommy,sambil kerja smbil berblogging penuh mencabar juga..huhu
Padam