Sabtu, 31 Julai 2021
Berdamailah Dengan Takdir Kita
Khamis, 29 Julai 2021
Kehidupan Yang Terumbang-Ambing Di Kala Pandemik
Isnin, 19 Julai 2021
Kini Google Adsense Dipaparkan Dalam Blog From View of My Eyes(Official)
Isnin, 12 Julai 2021
Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom
Ahad, 11 Julai 2021
Cara Mendapat Tarikh Temu janji Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera Dengan Segera
Sabtu, 10 Julai 2021
Giveaway Road To 3M Mamapp

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Minggu ini kita santai..ambil nafas..kes Covid-19 setakat 10 Julai 2021 masih melepasi angka 9K ya anak-anak. Jom tenangkan fikiran dengan join giveaway daripada blog Mamapipie
Mamapipie akan melepasi jangkaan pengunjung lebih 3 Juta! Woww ! Kamu mampu? Saya tak mampu. Tahniah buat Mamapipie ! Semoga blog makin maju dan berjaya di masa akan datang. Inspirasi untuk dapatkan pengunjung yang lebih ramai.
Bagi yang mendapat screenshot angka yang terdekat pula turut diberi habuan sebanyak RM30 ringgit sehingga 20 peluang. Jom kawan-kawan,apa lagi jangan lepaskan peluang keemasan ini.Syarat-syaratnya pula amat mudah iaitu hanya ikuti blog dan semua laman sosial beliau.Apa tunggu lagi! Moh kiter!
“Wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine."
Jumaat, 9 Julai 2021
Giveaway Aku Dan Kamu
![]() |
Tekan Sini Untuk Menyertai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Dah lama saya tak sentuh blog dan bersiaran blogwalking daripada blog ke blog.Selalu "turn off" tapi masih sayang.PKPD di Selangor memberikan saya ruang dan peluang untuk kembali menaip di blog.Sudah lama jari-jemari tidak menari di papan keyboard.Terubat rasa rindu di jari dan hati mengimbas kembali nostalgia aktif berblogging suatu ketika. Saya berhasrat untuk lebih aktif dalam dunia blog dengan menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti dan sahih sumbernya.Semoga mendapat sokongan para pengunjung dan pembaca setia. Saya membuka ikatan ukhuwah dengan menyertai giveaway Aku Dan Kamu daripada blog Turtle Runner.Tuan blog membuat giveaway ini sempena ulang tahun beliau dan suami pada bulan Julai ini.Giveaway ini akan tamat pada penghujung Julai iaitu 31 Julai 2021. "#asaliff Semoga mahligai yang dibina bersama kekal dilimpahi dengan sakinah,mawaddah dan warahmah!Semoga Allah memberkati ikatan cinta halal kalian dengan redhanya.Semoga dikurniakan anak-anak soleh solehah penyejuk di mata penenang di hati.Semoga kekal taat dan bahagia bersama sehingga ke syurgaNya.Allahumma aamiin" |
Khamis, 8 Julai 2021
Sejarah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2021
Oleh Mas FVOME (masfvome@gmail.com)
Berkuatkuasa pada 7 Julai 2021,Perdana Menteri telah melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan bagi melancarkan pentadbiran negara.1 Manakala dalam masa yang sama, Majlis Kerja Tertinggi(MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin. Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin diminta berundur dengan cara terhormat lalu digantikan dengan Perdana Menteri Baharu Sementara bagi mencapai imuniti kelompok sebelum berundur bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya ke-15.2
Bagaimanapun sebagai komponen dalam Perikatan Nasional,PAS telah menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.3 Pakatan Harapan pula mengeluarkan kenyataan Media pada 8 Julai 2021 menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan UMNO seterusnya hilang majoriti Ahli Parlimen maka beliau turut diminta berundur secara terhormat.4
Manakala Kes Covid-19 di Malaysia terutamanya Negeri Selangor masih tiada tanda-tanda akan reda walaupun PKPD telah dilaksanakan. Kilang-kilang juga telah mula dibenarkan beroperasi mengikut SOP SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN(PKPD Selangor) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara(Rasmi).Namun begitu, suntikan vaksin menunjukkan angka peningkatan di mana pemberian vaksin lebih tertumpu pada kawasan PKPD. Hal ini menunjukkan perkembangan positif bagi mencapai imuniti kelompok sedikit masa lagi.5
Sepanjang pandemik ini, kebanyakan rakyat sudah kehilangan pendapatan dan tempat bergantung. Daripada hidup selesa akhirnya terduduk tanpa bekalan makanan dan wang perbelanjaan. Semoga setiap pemimpin tidak kira parti di Malaysia mendapat keputusan sebulat suara bagi melaksanakan cara terbaik untuk mengatasi pandemik ini agar Malaysia terus berdaya saing dan maju di mata dunia. Paling tidak, menyelamatkan rakyat yang tersepit di antara hidup dan mati akibat tekanan PKP yang tiada berkesudahan ini.
Salah seorang anak Timbalan Perdana Menteri merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-5 dengan tagline “Baekk punyaaa” iaitu Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi. Beliau tersingkir pada minggu ke-8 dalam pertandingan nyanyian tersebut dan pernah popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” yang dirakamkan oleh KRU Studios.6
Rujukan
1.Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri(7 Julai 2021)
https://twitter.com/MuhyiddinYassin/status/1412696275405873156?s=09
2.Kenyataan Media UMNO(7 Julai 2021)
https://twitter.com/DrZahidHamidi/status/1413038726209433600?s=08
3.Kenyataan Media Presiden PAS(7 Julai 2021)
https://twitter.com/abdulhadiawang/status/1413054874875355141?s=08
4.Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan(8 Julai 2021)
https://twitter.com/anwaribrahim/status/1413083234074710019?s=09
5.Jumlah Pemberian Kumulatif Vaksin(7 Julai 2021)
https://twitter.com/JKJAVMY/status/1412941049266196481?s=09
6.Akademi Fantasia Musim Ke-5 (2007)
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia_(musim_5)
Rabu, 7 Julai 2021
Takdir Yang Kau Pilih
Perjalanan hidup kita di muka bumi ini mempunyai banyak mehnah dan ujian. Terkadang kita berasa sedih terkadang kita gembira terkadang kita buntu dalam perjalanan. Tak sedar kita hendak ke mana. Bagaikan hilang arah. Dunia yang luas ini kita terasa amat sempit. Kita seakan terlupa sebenarnya kita hendak ke mana. Jadi sebenarnya kita hendak ke mana guys?
Lagi pula bila PKP di Malaysia tiada tanda-tanda akan berkesudahan. Turun paras 5,000 sehari selepas itu naik kembali. Sehingga ramai yang telah buntu dan hilang kewarasan akal dan fikiran. Kejadian terbaru berlaku di sebuah tanah air di utara Malaysia di mana si mati telah membunuh diri akibat kemurungan diberhentikan kerja dan tak mampu menanggung peritnya sebuah kehidupan. Dan mungkin ada banyak lagi kejadian seumpama itu yang tidak mendapat liputin. Mungkin itu saja jalan terakhir yang boleh difikirkan mereka untuk mengakhiri kesengsaraan hidup ini.
Jika ada dalam kalangan kita yang tertekan, kemurungan dan mula berfikir bukan-bukan. Tolong. Tolong jangan duduk berseorangan, keluarlah melihat pemandangan ciptaan Allah dan cara hidup orang lain. Dari situ dengan izinnya akan kita temui hikmah pada setiap kehidupan. Pandanglah hidup dengan pandangan rahmat Allah. Masih ada sinar untukmu bagi meneruskan kehidupan selagi mana kudrat dan nyawa di badan.
Jika masih tidak dapat mengawal tekanan setelah meluahkan dan bersembang dengan orang-orang sekeliling, berjumpalah doktor pakar dalam bidang kesihatan mental. Doktor itu tak wujud dengan sengaja. Adanya dia untuk membantu setiap sakit yang dimiliki untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. Sehingga akhirnya kita dapat menjalani kehidupan dengan tenang sehinggalah ajal datang mendekat. Pada waktu yang sepatutnya.
Dunia ini susah dan memang tak adil bagi sesetengah orang. Itulah hakikatnya tapi ia hanyalah fatamorgana. Dunia ini bersifat sementara. Semua akan mati, dunia ini pun akan hancur binasa. Bagaimana tahu semua akan mati? Cuba lihat di tanah perkuburan, bukankah dahulu mereka semua pernah hidup? Begitulah takdir kita suatu hari nanti. MUNGKIN HARI INI HARI ESOK ATAU NANTI.
Ganbatte!
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);